Wenger - Tolak Peluang Mengurus England

By KakiBangku • Nov 10th, 2007 • Category: Liga England, Pengurus

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

Arsene Wenger, jurulatih Arsenal (pernah terfikir tentang nama Arsene dan Arsenal yang hampir serupa?) telah menolak kemungkinan yang dia akan mengurus skuad negara England suatu hari nanti. Bercakap di dalam temuramah bersama majalah ‘Four Four Two’, Wenger telah menyatakan yang skuad England seharusnya dilatih oleh seorang jurulatih berwarganegara England juga.

Dengan kedudukan pengurus England (Steve Mclaren) yang agak terumbang ambing sekarang, Wenger telah dikhabarkan merupakan calon utama untuk memegang kerusi panas tersebut. Arsene Wenger dilihat sebagai seorang pengurus yang mampu membawa England kembali semula ke zaman kegemilangan dengan tidak mengabaikan elemen ‘beautiful football’.


D dalam temuramah bersama majalah itu Wenger telah dilaporkan berkata:-

Saya mengurus di England, dan berharap dapat menolong memajukan bola sepak di England, tetapi bagi saya skuad negara England haruslah diuruskan oleh rakyat England sendiri. Jika saya adalah pengurus England, dan ketika itu saya menentang Perancis, lagu negara manakah yang perlu saya nyanyikan?

Nampaknya Persatuan Bola Sepak England terpaksa bekerja keras untuk mencari pengganti Steve Mclaren kerana kesemua pengurus yang berprofil tinggi telah menyatakan ketidaksanggupan mereka untuk mengemudi England. Dengan kebarangkalian yang tinggi untuk tidak layak ke Euro 2008, siapakah yang paling layak dan tabah untuk memegang jawatan yang dianggap paling panas dalam dunia bola sepak?

Harap-harap suatu hari nanti Arsene Wenger berminat nak jadi pengurus Malaysia.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , , , ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

One Response »

  1. hoho berapa msia sanggup bayar arsene utk jd pengurus…
    msia lg sanggup bayar n beli jet angkasawan..
    berbanding pengurus bola…..

Leave a Reply

Note: This post is over 8 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.