Website Terbaru FAM Memalukan?
By KakiBangku • Mar 10th, 2008 • Category: Bola Sepak MalaysiaJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

Selepas sebulan menutup laman web rasmi mereka, FAM(Malaysia Football Association) atau Persatuan Bola Sepak Malaysia baru-baru ini telah membuka kembali website organisasinya untuk tatapan ramai. Sayangnya bagi pendapat diri ini, laman web yang baru ini langsung tidak menggambarkan kredibiliti organisasi bola sepak negara kita.
Tidak keterlaluan dikatakan yang laman web baru ini lebih buruk, teruk dan memalukan berbanding website sebelum ini. Dengan penggunaan ‘drop down’ menu yang tidak menarik, penggunaan banner yang diedit secara lewa menggunakan Adobe Photoshop dan yang paling memualkan ialah warna kuning akan menyakitkan mata apabila melayari laman web tersebut.
Dari segi ‘appearance’ ternyata memang mengecewakan. Namun bagi peminat liga tempatan, anda boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai keputusan-keputusan perlawanan dan juga kedudukan liga di muka hadapan laman web FAM yang baru ini. Selain itu penggunaan news@headline juga mampu memberikan pengunjung maklumat terbaru tentang dunia bola sepak negara kita.
Kesimpulannya laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia kali ini sememangnya boleh dikategorikan sebagai memalukan organisasi ini sendiri. Secara ikhlasnya semasa penutupan laman web FAM ini, saya berharapkan kemunculan website yang mampu menggambarkan keprofessionalan, kewibawaan dan kredibiliti FAM itu sendiri. Tak dapat saya gambarkan betapa punahnya harapan apabila melihat laman web FAM sebegini rupa.
Mungkinkah FAM sekadar ambil lewa sahaja mengenai laman web rasmi organisasinya sendiri? Kalau website pun tak boleh nak jaga, bagaimanakah FAM nak menjaga skuad kebangsaan negara kita? Nampaknya harapan untuk melihat bola sepak negara kita maju setapak hanya akan tinggal harapan jika FAM terus tidak professional.
Pesanan untuk organisasi FAM, kalau nak laman web cantik dan bergaya, silalah ‘hire’ saya. Kepuasan dijamin 100%.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku
Bro, mane link nye? bak mai la sini
ops sorry terlupa nak letak.tgh edit-edit pos tadi.skang dah letak balik dah.sila-sila la tengok