Murung nampaknya peminat-peminat pasukan Manchester United minggu ini dengan tewasnya kelab tersebut kepada musuh ketat mereka, Liverpool Football Club. Bagaikan tak percaya apabila Carloz Tevez berjaya membuka jaringan buat The Reds Devils hasil sentuhan manis pemain terbaru Manchester United, Berbatov.
Buat Rafael Benitez, kemenangan 2-1 ini merupakan kemenangan pertama ke atas Manchester United buat pasukan Liverpool sejak dbawah bimbingannya. Tambah manis kemenangan ini dicapai dengan ketiadaan 2 tonggak utama The Reds iaitu Fernando Torres dan kapten pasukan mereka, Steven Gerrard.
Tersentak dengan jaringan seawal minit ke 6 oleh Carloz Tevez, Javier Mascherano membuktikan kehebatannya apabila mendominasi bahagian tengah permainan. Jika pada perlawanan musim lepas Mascherano dibuang padang akibat kekasaran, kali ini dia membuktikan kematangannya walaupun boleh dikatakan gol Tevez berpunca akibat kegagalannya mengawal Carloz Tevez.
Dengan jaringan gol sendiri dari Wes Brown dan Ryan Babel yang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan gol kemenangan buat Liverpool, Sir Alex Ferguson mengamuk apabila menyatakan tidak ada satu perkara positif yang boleh diambil dari pasukannya dalam perlawanan ini.
Dalam perlawanan lain, Theo Walcott terus membuktikan kehebatannya selepas menjaringkan hatrick buat England semasa menentang Croatia dengan membantu Arsenal membenam Blackburn 4-0. Kali ini giliran penyerang berbisa dari Togo, Emanuel Adebayour menjaringkan hatrik buat The Gunners. Namun begitu kelibat lincah Theo Walcott yang sebenarnya menyebabkan pertahanan Blackburn kucar kacir sepanjang 90 minit perlawanan.
Perlawanan antara kelab terkaya Britain iaitu Chelsea Football Club dan Manchester City yang baru-baru ini dibeli oleh Pak Arab membuktikan duit bukanlah segalanya. “Debut” oleh pemain cilik Brazil, Robinho diserikan dengan jaringan gol pertamanya, namun keampuhan barisan Chelsea yang diketuai oleh Deco di barisan tengah membuktikan setiap pasukan perlu ada rencah mereka yang tersendiri untuk berjaya.
Sayangnya perlawanan antara Chelsea dan Manchester City berakhir dengan kelibat ketua pasukan The Blues, John Terry dibuang padang. Pembuangan ini memungkin Terry tidak dapat beraksi dalam perlawanan menentang Manchester United minggu ini. Mampukah pertahanan Chelsea beraksi cemerlang tanpa kelibat ketua pasukan mereka?
Dengan perlawanan pertama Champions League akan bermula minggu ini, semestinya pasukan-pasukan gergasi English ini akan cuba meneruskan aksi cemerlang mereka. Manchester United pula akan cuba melupakan perlawanan pahit menentang Liverpool untuk mencapai kemenangan pertama mereka menentang Villareal.
6 responses so far ↓
1 KakiBangku // Sep 16, 2008 at 12:08 am
testing komen untuk layout baru kali ini.
2 aYut // Sep 16, 2008 at 9:12 am
minggu yg menggembirakan~!!
3 hydir // Sep 17, 2008 at 4:54 pm
elo bro….
salam perkenalan dr Chelsea FC
4 cristiano ronaldo // Oct 9, 2008 at 8:09 pm
hye…
slm perknln dr mu fc
5 KakiBangku // Oct 11, 2008 at 2:42 am
salam perkenalan buat hydir dan cristiano ronaldo.selalu selalulah jenguk sini
6 aza // Oct 25, 2008 at 11:17 am
man utd you can win this time
Leave a Comment