Tuah England Nampak Di Kaki

By KakiBangku • Nov 19th, 2007 • Category: Euro 2008, Pendapat Peribadi

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

Gus Hiddink akhirnya mengaku telah tewas dalam membawa Russia ke Euro 2008. Dengan kekalahan 2-1 kepada Israel kelmarin, nampaknya nasib England kembali semula ke tangan mereka. Perlawanan seterusnya untuk England, iaitu menentang Croatia di Stadium Wembley akan menentukan kelayakan pasukan ini ke Euro 2008.

Dengan ketiadaan Michael Owen, Wayne Rooney dan Emily Heskey akibat kecederaan, jentera serangan England kini hanya bergantung kepada Peter Crouch. Perlawanan persahabatan yang tiada maknanya dengan Austria baru-baru ini terpaksa dibayar dengan harga yang besar iaitu kecederaan penyerang harapan mereka Michael Owen. Tidak melampau dikatakan perlawanan persahabat ini diadakan untuk memastikan David Beckham menjadi pemain ke 5 dalam sejarah bola sepak England mendapat ‘100 caps’.

Walaupun dilihat England mampu mendapatkan satu mata yang diperlukan untuk layak ke Euro 2008, bermain di tempat sendiri bukanlah satu jaminan terhadap hal ini. Tekanan dari penyokong sendiri terutamanya akan membuatkan tekanan yang tinggi kepada pemain-pemain England. Jika pemain England bermain untuk seri, maka ia akan menjadi satu kesilapan yang sangat besar. Ini kerana konsetrasi pertahanan England dikenali dengan kehebatan mereka melepaskan gol di penghujung permainan. England seharusnya mencari 1 gol pendahuluan terlebih dahulu dan selepas itu bolehlah bermain ’simple passing’ football untuk mengekalkan kelebihan gol tersebut.

Satu masalah yang harus diselesaikan secepat mungkin ialah kombinasi pemain tengah England sendiri. Sudah diketahui umum yang gandingan Gerrard dan Lampard adalah kombinasi yang mustahil dengan kedua-dua pemain ini kurang memahami tugasan masing-masing. Namun dalam perlawanan menentang Austria baru-baru ini nampaknya Mclaren masih berdegil mahu menggunakan kombinasi yang sering membawa cemuhan dari penonton England ini.

Bagi saya, dengan mengikut ‘form’ pemain-pemain sekarang, walaupun agak sukar untuk dilakukan, Steven Gerrard haruslah diletakkan di bangku simpanan. Lampard harus digabungkan dengan Barry, dengan Barry bermain selaku ‘defensive midfielder’, memberi lesen untuk Lampard menyerang. Setakat ini dilihat Barry mempunyai kelebihan kerana keupayaannya menjadi ’shield’ untuk barisan pertahanan England. Dengan kelibat Barry mematahkan serangan lawan, Lampard tidak lagi perlu risau akan tugas untuk ‘trackback’ bola sebaliknya boleh menumpukan lebih kepada membantu menjaringkan gol.

Lusa, atau Rabu ini adalah penentu bagi England. Mereka tidak perlu bergantung pada pasukan lain kerana nasib mereka berada di tangan mereka sendiri. Hanya 1 mata yang diperlukan dan mampukah mereka melakukanya? Sama-samalah kita nantikan bersama.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

Leave a Reply

Note: This post is over 9 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.