Carlos Tevez, Si Penyelamat

By KakiBangku • Feb 21st, 2008 • Category: Liga Juara-Juara

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

logochampionsleague.jpg

Carloz Tevez membuktikan percaturan Sir Alex Ferguson untuk menggunakannya setelah Manchester United ketinggalan 1 gol kepada Lyon berbaloi jua akhirnya. Dengan baki permainan hanya tinggal 4 minit, Tevez yang kini muka ala-ala Blanka dari Street Fighter menolak bola mudah setelah kesilapan dari pemain pertahanan Lyon.

Karim Benzema, pemain muda Lyon terlebih dahulu telah menjaringkan gol pembukaan buat Lyon. Rembatan padu di celah-celah Rio Ferdinand dan Wes Brown berjaya menewaskan Van Der Sar yang tersadai lemah gagal menahan jaringan pemain berusia 20 tahun ini.

Dengan kuda-kuda tua Manchester United seperti Ryan Giggs dan Paul Scholes yang kurang memberi sumbangan kepada corak permainan, Nani dan Tevez dimasukkan untuk menyuntik lebih tenaga kepada skuad The Reds. Jentera serangan Manchester United kembali menyengat sehinggalah Tevez berjaya menyamakan kedudukan buat pasukannya.

Dengan kelebihan gol ‘away’, kini Manchester United dilihat mempunyai ‘advantage’ untuk layak ke suku akhir Piala Juara-Juara. Lyon akan bertandang ke Old Trafford 2 minggu selepas ini dengan misi menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol. Situasi ini semestinya berpihak kepada Manchester United yang terkenal dengan corak ‘counter-attack’ mereka.

Manakala Arsenal pula terpaksa sekadar berpuas hati tanpa jaringan dengan gergasi Eropah, AC Milan. Adebayour hampir-hampir memecahkan kebuntuan apabila tandukannya pada minit-minit terakhir perlawanan sekadar mampu menggegarkan palang gol AC Milan. Mungkinkah Arsenal mampu untuk menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol di San Siro kelak?

Keputusan penuh perlawanan Champions League Round 2 kali ini ialah:-

1. Liverpool(2) vs Inter Milan(0)
2. As Roma(2) vs Real Madrid(1)
3. Schalke 04(1) vs FC Porto(0)
4. Olympiacos(0) vs Chelsea(0)
5. Arsenal(0) vs AC Milan(0)
6. Lyon(1) vs Manchester United(1)
7. Celtic(2) vs Barcelona(3)
8. Fenerbahce(3) vs FC Sevilla(2)

Dengan berakhirnya pusingan pertama Round 16 Champions League ini, dapat dilihat beberapa kelab mempunyai peluang yang lebih cerah untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Buat kelab Liga Perdana Inggeris, hanya Arsenal sahaja dilihat mempunyai peluang yang agak tipis kerana terpaksa bertandang ke AC Milan tanpa bekalan jaringan di Emirates Stadium.

Kita tunggu 2 minggu selepas ini untuk melihat siapakah yang akan makin hampir bergelar juara Eropah untuk musim ini.


Lyon vs Man. United


Celtic vs Barcelona


AS Roma vs Real Madrid


Liverpool vs Inter Milan


Schalke 04 vs FC Porto


Arsenal vs AC Milan

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , , ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

One Response »

  1. man yoo~yuck~!!

Leave a Reply

Note: This post is over 6 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.