Gambar Seksi Pemain Bola

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

Baru-baru ini di Malaysia kecoh mengenai gambar bogel anak pontianak@ zarina yang menunjukkan bahagian yang tidak sepatutnya(kalau nak tengok gambarnya cari sendiri). Tak sempat nak reda pasal si Zarina ini, muncul pula kes video 3gp Ida Nerina yang cun melecun dengan Fauzi Nawawi(suami Lisdawati yang lagi cun). Sebelum kisah si pontianak ada pulak kes video lucah Menteri MCA, Encik Chua apa ntah nama dia.

Pengenalan di atas ada kaitannya dengan bola sepak. Jangan ingat perempuan@ artis sahaja yang mampu membuat aksi seksi. Pemain bola sekarang pun dah jadi macam celebriti. Paparazi tabloid murahan berebut-rebut nak mencari gambar-gambar yang boleh menjual suratkhabar mereka.

Untuk artikel kali ini, BorakBola.Net – Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda mengumpulkan sedikit sebanyak gambar-gambar menarik(untuk peminat bola sepak wanita terutamanya) pemain bola sepak dunia sekarang.

Cristiano Ronaldo, Manchester United

cristianoronaldo.jpg

Tak dapat dibayangkan bagaimana jurukamera ini mampu mengambil gambar Cristiano Ronaldo tengah bersiram di dalam bilik airnya. Paparazi England memang mantap dalam hal-hal sebegini.

David Beckham, La Galaxy

beckhamarmaniunderwear.jpg

Jangan silap sangka yang Beckham sekarang suka bergambar begini. Untuk pengetahuan anda Beckham merupakan model iklan seluar dalam buat Armani. Pose sebegini sudah tentu akan menarik lebih ramai peminat wanita untuk membeli seluar dalam sebagai hadiah kepada pakwe-pakwe mereka.

John Terry, Chelsea Football Club

johnterry.jpg

Tak tahu sama ada gambar ini boleh dikira seksi ataupun seksa. Mungkin bagi setengah wanita nampak seksi apabila ada aksi yang begini. Bagi lelaki mungkin terseksa sebab rasanya sakit jugak tarik seluar macam itu.

Sekian sahaja 3 gambar untuk kali ini. Nanti kalau lebih lebih terasa macam blog Melayu Boleh pulak. Tunggu artikel seterusnya tentang awek-awek dan isteri pemain bola sepak dunia.

Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jom borak dengan BorakBola.Net.