Kebangkitan AC Milan

Filed under: Liga Itali by: Tristan

ac milan rise again

Milan menyenaraikan ketiga-tiga bintang Brazil mereka. Kaka (Pemain Terbaik Dunia), Ronaldo (Bekas Pemain Terbaik Dunia) dan Pato (Bakal Pemain Terbaik Dunia?) diletakkan dalam kesebelasan utama semasa bertemu pasukan Campania yang baru dibentuk semula ini. Kemenangan 5-2 ke atas Napoli menjadi tanda-tanda awal kebangkitan Milan musim ini.Stadio Giuseppe Meazza gempita semasa Pato melangkah ke padang. Sambutan penonton untuk pemain ini diiktiraf sebagai yang kedua meriah dalam sejarah kelab tersebut. Sambutan paling meriah tentunya untuk Kaka, yang membuat penampilan sulung di Ancona beberapa tahun lepas. Walaupun baru setahun jagung (tak sempat ditinkan), Pato nyata punya mentaliti pemain professional dengan menyumbat gol kelima Milan. Teknik yang tinggi dan penuh tenang menolak bola ke gawang.

Permainan pertama Pato mengaburi persembahan dua lagi bintang Brazil Milan. Kaka (siapa tak kenal Kaka) yang merupakan antara pemian paling konsisten untuk Milan sepanjang musim ini menamatkan permainan dengan 1 gol. Ronaldo pula, yang menamatkan permainan dengan dua gol, mengakui yang 6 bulan yang terakhir ini merupakan saat yang paling mengecewakan baginya. Dengan gol-gol ini, dia berharap ini akan menjadi permulaan yang baru bagi dirinya.

Mampukah trio KaPaRo ini menjadi sebaik GreNoLi? Mungkinkah mereka mampu mengatasi kehebatan VanGuRi? Pastinya Carlo Ancelotti tidak mahu memberikan tekanan yang besar kepada bintang-bintangnya, tekanan kini nampaknya milik The Gunners yang akan bertemu Milan dalam persaingan Liga Juara-Juara.

Hmmm… nampaknya pemain paling penting Milan masih lagi Andrea Pirlo dan Paolo Maldini.

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Bola Sepak Itali

Filed under: Liga Itali by: Tristan

Bola sepak Itali mempunyai sejarah dan tradisi yang tersendiri. Bola sepak dibawa ke Itali oleh orang British pada penghujung kurun ke-19. Genoa merupakan pasukan bola sepak pertama di Itali, ditubuhkan pada 1893. Kini, di negara yang terkenal dengan industri automotif ini, sukan utama yang menjadi bualan rakyatnya bukanlah sukan permotoran, sebaliknya bola sepak, lebih dikenali sebagai il calcio.

Pada asasnya, bola sepak di Itali merupakan satu hobi, impian gila-gila remaja dan kepada majoriti, merupakan satu cara hidup. Bagi penduduk negara yang mana kerajaannya mengamalkan dasar bersembunyi dalam soal politik, bola sepak menjadi pelantar untuk mereka menjadi penonton dan peserta.

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)