24
Filed under:
Artikel Pilihan by:
KakiBangku

Dato Azzudin Ahmad
Kerusi Setiausaha Malaysia Football Association (FAM) sememangnya panas. Kalau silap duduk, boleh melecur punggung dibuatnya. Mungkin ini yang dirasakan oleh Dato’ Azzudin Ahmad, Setiausaha FAM sekarang semenjak dua menjak ini.
Ditegur secara terbuka oleh Presiden FAM ini mengenai kegagalannya untuk bersikap terbuka dengan persatuan bola sepak negeri, Dato’ Azzudin yang baru setahun memegang jawatan ini ternyata tertekan. Teguran keras ini perlu dilihat sebagai satu peringatan atau amaran kepada dirinya supaya meningkatkan lagi prestasi kerjanya.
Read more…
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
19
Filed under:
Bola Sepak Malaysia by:
KakiBangku

Malaysia Football Once Upon A Time
Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) sekali lagi membuat kejutan kepada semua peminat bola sepak tanah air. Tiada lagi kelibat pemain import buat musim hadapan di kesemua liga-liga Malaysia. Tiada lagi kelibat pemain-pemain berkulit lebih hitam dari pemain kita di atas padang kali ini.
Tambah kecoh apabila sebenarnya keputusan FAM ini diambil tanpa mengira pandangan dan cadangan dari persatuan bola sepak negeri. Sememangnya FAM adalah induk organisasi bola sepak Malaysia, tetapi sekurang-kurangnya keputusan sebesar ini haruslah dibawa berbincang bersama persatuan-persatuan yang berkaitan.
Yang tambah sedihnya, Kedah dan Perak yang baru-baru ini telah layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia dibelasah teruk oleh lawan masing-masing(Kedah dibelasah 5-0 di gelanggang lawan manakala Perak dibenam 2-0 di tempat sendiri). Sekiranya khidmat pemain import masih tidak ditamatkan semasa perlawanan ini berlangsung, saya yakin nasib Kedah dan Perak tidaklah seteruk sekarang.
Read more…
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]