Kemenangan 7-1 ke atas Sunderland baru-baru ini berjaya membawa Everton ke tangga 8 di dalam Liga Perdana England. Sebenarnya boleh dikatakan bahawa Everton adalah di antara pasukan yang kurang popular di kalangan peminat bola sepak Malaysia. Bukan itu sahaja, hampir tiada berita sensasi mengenai pemain-pemain Everton yang menguasi ruang tabloid England. Hanya kadang-kala berita mengenai kelantangan pengurus pasukan Everton, David Moyes yang mengisi ruang belakang akhbar-akhbar di sana.
Namun tidak boleh dinafikan yang sebenarnya Everton merupakan pasukan yang diam-diam berisi. Pernah mencatat kedudukan tertinggi iaitu di tangga ke 5 Liga Perdana England untuk 2 musim sebelum ini, tidak mustahil untuk dijangkakan yang Everton merupakan salah satu pasukan yang mampu membolosi dominasi Arsenal, Manchester United, Liverpool dan Chelsea. Ada beberapa faktor kebangkitan pasukan ini sebenarnya yang telah dikaji oleh penulis.
