07
Filed under:
Artikel Pilihan by:
Tristan

Menurut KakiBangku, dia kalau boleh nak tengok pasukan bola sepak Malaysia masuk World Cup sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Itu cuma angan2 ke atau boleh jadi kenyataan? Jom kita selidik…
Ranking FIFA (Januari 2008): 164. Malaysia
Kuota untuk pasukan Asia ke Piala Dunia: 4.5 daripada 43 pasukan (0.5 tu maknanya diorang kena main playoff dengan pasukan dari Amerika Selatan atau Afrika)
Pasukan faveret di Asia: Jepun, Korea, Australia, Iran, Arab Saudi, Iraq, Kuwait, China.
Pasukan faveret di Asia Tenggara: Thailand, Indonesia, Singapura, Myanmar…. dan Malaysia.
Berti Vogts (bekas jurulatih Jerman yang selalu berlagak bagus) pernah menyarankan agar kuota untuk Asia dikurangkan. Memang dalam sejarah Piala Dunia, cuma 10 kali je pasukan dari Asia pernah menang perlawanan mereka. Memang wakil Asia masa tu pun cakap diorang memang rasa terkikis jiwa mendengar seorang dari Eropah cakap mcm tu yang ade bau2 perkauman. Tapi lepas tu ada orang lain balas, Piala Dunia ni untuk memupuk keharmonian di seluruh dunia, bukan sepak bola masuk gol semata-mata. Memang respek la orang tu, tapi dah lupa siapa (komen2 ini dibuat semasa France98)
Episod 2 akan membincangkan tentang jurang perbezaan antara pasukan2 di Asia Tenggara, dan juga tentang Malaysia, sebuah negara gergasi bola sepak Asia (ini yang nyata, bukan mimpi). Juga diharapkan ramai pembaca akan memberi komen dan pendapat bernas yang membina. Nantikan Episod 2 yang bertajuk ‘Dia Yang Terhandal’
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
06
Filed under:
Bola Sepak Malaysia by:
KakiBangku

Bola sepak Malaysia hari ini membuka satu lembaran baru apabila mendapatkan khidmat penyerang legenda Liverpool, Ian Rush untuk memperkuatkan jentera serangan negara. Terkejut juga rasa di hati apabila membaca artikel ini di Soccernet. Selain khidmat Ian Rush, jurulatih kebangsaan sekarang iaitu B. Sathianathan akan belajar selama 3 minggu dengan Carloz Quieroz, penolong pengurus Manchester United.
Khairy Jamaluddin, naib Presiden Malaysia Football Association telah memberitahu media tempatan yang:-
Ian Rush akan berada di sini pada bulan Mac. Kami tahu yang penyerang kami tidak menunjukkan prestasi yang bagus. Ini merupakan satu peluang untuk ’strike’ Malaysia belajar daripada yang terbaik. Ianya juga penting buat jurulatih negara kita mendapat pengalaman daripada jurulatih luar. Untuk itu B. Sathianathan akan menghabiskan masa selama 3 minggu dengan Carlos Quieroz di Manchester United.
Mungkinkah ini satu perkembangan yang baik untuk meningkatkan mutu bola sepak negara kita? Tak sabar rasanya untuk menunggu reaksi Ian Rush apabila melihat mutu penyerang-penyerang kebangsaan kita. Adakah ini merupakan satu lagi pembaziran buat negara ataupun merupakan satu langkah yang terbaik perlu diambil? Sama-sama kita tunggu dan lihat apakah kesan projek FAM kali ini untuk skuad kebangsaan Malaysia.
P:S :- Satu cadangan untuk FAM, kalau banyak betul duit apa kata ambil Gus Hiddink jadi jurulatih kebangsaan. Dijamin 100% at least boleh masuk suku akhir Piala Asia. Memang akan menjadi satu revolusi kepada bola sepak negara kita.
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
29
Filed under:
Artikel Pilihan by:
KakiBangku
Baru-baru ini di Malaysia kecoh mengenai gambar bogel anak pontianak@ zarina yang menunjukkan bahagian yang tidak sepatutnya(kalau nak tengok gambarnya cari sendiri). Tak sempat nak reda pasal si Zarina ini, muncul pula kes video 3gp Ida Nerina yang cun melecun dengan Fauzi Nawawi(suami Lisdawati yang lagi cun). Sebelum kisah si pontianak ada pulak kes video lucah Menteri MCA, Encik Chua apa ntah nama dia.
Pengenalan di atas ada kaitannya dengan bola sepak. Jangan ingat perempuan@ artis sahaja yang mampu membuat aksi seksi. Pemain bola sekarang pun dah jadi macam celebriti. Paparazi tabloid murahan berebut-rebut nak mencari gambar-gambar yang boleh menjual suratkhabar mereka.
Untuk artikel kali ini, BorakBola.Net – Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda mengumpulkan sedikit sebanyak gambar-gambar menarik(untuk peminat bola sepak wanita terutamanya) pemain bola sepak dunia sekarang.
Cristiano Ronaldo, Manchester United

Tak dapat dibayangkan bagaimana jurukamera ini mampu mengambil gambar Cristiano Ronaldo tengah bersiram di dalam bilik airnya. Paparazi England memang mantap dalam hal-hal sebegini.
David Beckham, La Galaxy

Jangan silap sangka yang Beckham sekarang suka bergambar begini. Untuk pengetahuan anda Beckham merupakan model iklan seluar dalam buat Armani. Pose sebegini sudah tentu akan menarik lebih ramai peminat wanita untuk membeli seluar dalam sebagai hadiah kepada pakwe-pakwe mereka.
John Terry, Chelsea Football Club

Tak tahu sama ada gambar ini boleh dikira seksi ataupun seksa. Mungkin bagi setengah wanita nampak seksi apabila ada aksi yang begini. Bagi lelaki mungkin terseksa sebab rasanya sakit jugak tarik seluar macam itu.
Sekian sahaja 3 gambar untuk kali ini. Nanti kalau lebih lebih terasa macam blog Melayu Boleh pulak. Tunggu artikel seterusnya tentang awek-awek dan isteri pemain bola sepak dunia.
Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jom borak dengan BorakBola.Net.
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]