Ronaldinho Kembali Mengganas Semula?

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

ronaldinhoisbackagain

Ronaldinho, pemain Brazil Barcelona pada perlawanan menentang Atletico Madrid baru-baru ini menunjukkan kepada semua peminat bola sepak yang dia masih tetap berbisa. Kalau dahulu saya ada menulis tentang Ronaldinho, Magik Yang Hilang, mungkinkah jaringan gol lipat oleh Ronaldinho kali ini akan menjadi titik permulaan kepada kebangkitannya semula?

Untuk musim ini, pemain nombor 10 Barcelona ini hanya menjadi kesebelasan utama dalam 12 perlawanan daripada jumlah 26 perlawanan. Dengan 8 gol dalam La Liga, 1 gol dalam Champions League dan 11 ‘assist’ untuk keseluruhan, sumbangan Ronaldinho untuk pasukan Catalan ini terlalu sedikit berbanding musim sebelumnya. Pada musim lepas, jumlah gol yang dijaringkan adalah sebanyak 21 buah, menjadikannya sebagai penjaring terbanyak buat Barcelona.

Kecederaan yang tak sudah dan pembelian Thierry Henry oleh pengurusan Barcelona merupakan antara 2 punca utama kejatuhan prestasi pemain Brazil ini. Ditambah pula dengan kebangkitan 2 pemain muda Catalan Giants iaitu Dos Santos dan Bojan Krikic menyebabkan kelibat Ronaldinho kurang diperlukan oleh Frank Rijkaard. Kalau dahulu sebelum bermula sesuatu perlawanan, Rijkaard akan menepuk bahu Ronaldinho seolah-olah mengharapkan magik dari pemain ini, kini kemesraan antara kedua-dua insan ini tidak lagi kelihatan.

Salah satu punca kurangnya sumbangan Ronaldinho terhadap Barcelona ialah posisi yang diberikan kepadanya oleh Frank Rijkaard. Posisi terbaik buatnya sudah tentu sebagai pemain ‘in the hole’ dengan tugasan ‘free role’. Namun begitu akibat keterpaksaan untuk menempatkan Samuel Etoo, Lionel Messi dan Thierry Henry, Ronaldinho telah ditugaskan untuk mengepalai sayap kiri Barcelona, suatu posisi yang memerlukan larian dan stamina yang tinggi. Akibatnya untuk kebanyakkan perlawananan, Ronaldinho dilihat tidak menyerlah dan kurang memberikan persembahan bermutu buat Barcelona.

Mampukah dengan satu jaringan magik minggu ini mengubah nasib Ronaldinho? Adakah Ronaldinho sudah menemui kembali sentuhan ajaibnya? Mahu ataupun tidak, penyokong Barcelona sudah tentunya berharap agar pemain ini akan menemui sentuhannya kembali agar mampu merampas takhta liga dari Real Madrid. Ketinggalan 5 mata dengan musuh ketat mereka, Ronaldinho dilihat mampu untuk membantu Barcelona merapatkan jurang tersebut.

Hayati jaringan Ronaldinho semasa menentang Atletico Madrid baru-baru ini:-

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Result Week 25 : Spanish La Liga

Filed under: Artikel Pilihan by: BangkuSimpanan

laligalogo.jpg

Pendahulu liga, Real Madrid tewas mengejut kepada pasukan Getafe, pasukan di tangga ke-12 dalam liga Sepanyol. Ini merupakan kekalahan pertama Real Madrid di tempat sendiri. Real sebelum ini tidak pernah tewas di tempat sendiri selama setahun tetapi rekod ini telah hancur gara-gara gol kontroversi oleh pasukan pelawat.

Sementara itu, Barcelona merapatkan jurang kepada 2 mata apabila berjaya menewaskan Levante dengan bergaya sekali. Hattrick Eto’o memastikan saingan Liga Sepanyol semaking sengit diantara Real dan Barcelona.

Dalam perlawanan lain pasukan di tempat ke-3 Villarreal mencatatkan kemangan tipis ke atas A. Bilbao. Pasukan Atletico Madrid pula tumbang di gelanggang Osasuna dengan jaringan 3-1. Pasukan yang paling tidak konsisten dan bermasalah, Valencia hanya sekadar mampu seri 1-1 dengan R. Heulva dan masih kekal di tangga ke-9.

Berikut adalah result penuh untuk perlawanan ke-25 bagi Liga Sepanyol :-

  • Valencia 1:1 R. Heulva
    Mata(39′) : Carlos Martins(52′)
  • 2. Sevilla 5:0 R.Zaragoza
    L.Fabiano (20′,25′) ,R. Ayala (43′ own goal) , Carlos Diogo (50′ own goal), Seydou Keita (68′)
  • Osasuna 3:1 Atletico Madrid
    I.E.Sola (1′),Carlos Vela(5′),Hector Font(76′) : Diego Forlan(26′)
  • D. La Coruna 2:0 Espanyol
    F. Coloccini(17′), Lafita(24′)
  • Murcia 0:1 Valladolid
    J.Llorente(42′)
  • Racing Satander 1:0 Almeria
    Mohamed Tchite(61′)
  • A.Bilbao 1:2 Villarreal
    J.Llronte(4′) : G.Franco(65′),J. Capdevilla(83′)
  • R. Mallorca 1:1 Real Betis
    Fernando Varela(56′) : Edu(70′)
  • Barcelona 5:1 Levante
    Xavi(14′),L.Messi(44′),Eto’o(56′,62′,87′) : Riga Mustapha(41′ pen)
  • Real Madrid 0:1 Getafe
    Ikechukwu Uche(64′)


Real Madrid vs Getafe

 


Barcelona vs Levante

 


Sevilla vs R.Zaragoza

 


Valencia vs R.Heulva

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Kanoute, Contoh Pemain Islam Terbaik

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

kanoute.jpg

Kanoute dikatakan telah mengeluarkan wang sebanyak 510,860 euros untuk menyelamatkan satu-satunya masjid di Sevilla. Masjid tersebut dikatakan terpaksa dijual apabila kontrak dengan persatuan Islam tempatan di Sevilla tamat. Namun begitu, Kanoute telah membuat satu langkah yang mengkagumkan dengan membeli terus masjid tersebut daripada majlis daerah Sevilla.

Yang lebih mengkagumkan ialah apabila diminta membuat komen mengenai hal ini, Kanoute tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengiakan pembelian masjid tersebut. Ternyata Kanoute mengamalkan sikap tangan kanan memberi, tangan kiri pun tak tahu. Ternyata sangat berbeza dengan perangai pemain bola sepak negara lain yang kecoh satu kampung sedangkan buat kerja amalnya seciput sahaja.

Untuk pengetahuan anda, Kanoute telah memeluk Islam 10 tahun yang lepas. Semasa bulan Ramadhan yang lepas, ramai penyokong-penyokong Liga Sepanyol kagum dengan kehebatan Kanoute yang beraksi gagah sambil berpuasa. Malah pada musim yang lalu, Kanoute telah berjaya menjaringkan 20 gol. Ternyata puasa bukanlah satu halangan buat pemain Sevilla ini.

Dikatakan juga yang Kanoute tidak pernah mengabaikan sembahyangnya. Dia dilihat sering bersembahyang walaupun di bilik persalinan sebelum atau selepas sebuah perlawanan. Malah pernah timbul kekecohan apabila Kanoute tidak mahu memakai jersi Sevilla kerana mempunyai sponsor syarikat perjudian pada baju tersebut.

Siapakah lagi pemain bola sepak yang beragama Islam? Yang saya tahu antaranya ialah Zidane, Kolo Toure dan Nicolas Anelka. Jom kongsi bersama-sama di BorakBola.Net – Blog Bola Sepak Malaysia Anda.

P/S: Yang beragama Islam di Malaysia tue tak payah pun takperlah kot. Bukannya mengamalkan gaya hidup Islam pun diorang tue.

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Ronaldinho, Magik Yang Hilang

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

Ronaldinho - FC Barcelona Player

Masih segar rasanya di ingatan, satu masa dahulu pemain nombor 10 Barcelona mempersembahkan kehebatannya di atas padang. Dengan teknik kaki bersilang, hantaran kepada Xavi sambil memandang kepada Eto dan jaringan gol ajaib dari tendangan percuma, Ronaldinho suatu masa dahulu pernah digelar Tuhan kepada bandar Barcelona. (Baca artikel selengkapnya untuk melihat video Ronaldinho beraksi) Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

La Liga : Penjaring Terbanyak di Spain

Filed under: Liga England by: BangkuSimpanan

Mari kita lihat senarai penjaring terbanyak di Liga Sepanyol setakat ini(31/10/2007).

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)