
6 February 2008 ini bakal menyaksikan sambutan ke 50 tragedi yang mengorbankan 23 nyawa. Dikenali sebagai ‘The Munich Tragedy’, tragedi ini berlaku pada 6 Februari 1958. Kehilangan pemain-pemain muda dan berbakat Manchester United pada ketika itu ternyata merupakan satu tamparan hebat kepada The Reds. The Munich Tragedy mengorbankan 9 kesebelasan utama Manchester United yang kebanyakkannya adalah pemain antarabangsa England.
Sir Mat Busby ternyata bernasib baik apabila berjaya terselamat daripada menjadi korban Munich. Bertarung nyawa di hospital German selama 2 bulan, Sir Matt Bussby kembali membina semula empayar Manchester United setelah kehilangan rakan-rakan seperjuangannya. Sir Matt Busby ternyata mengambil langkah bijak dengan tidak meratapi kehilangan rakan-rakannya sebaliknya membalas pengorbanan mereka dengan menjadikan Manchester United antara kelab terbesar dunia kini.
Sambutan ke 50 kali ini bakal dilakukan oleh Manchester United semasa perlawanan menentang jiran mereka, Manchester City. ‘One minute of silence’ bakal dijalankan untuk menghormati mangsa-mangsa tragedi Munich. Namun begitu kemungkinan besar penyokong-penyokong Manchester City akan membuat bising, kecoh dan haru semasa ‘one minute silence’ ini.
Ini kerana penyokong Manchester City menggangap yang tragedi Munich merupakan sebab utama kelab Manchester United berjaya menjadi terkenal. Liputan media yang meluas tentang tragedi Munich dikatakan merupakan satu punca utama The Reds Devil ‘famous’ seperti sekarang.
Buat pemain-pemain luar Manchester United seperti Cristiano Ronaldo, Carloz Tevez dan Anderson pula, mereka telah dikumpulkan untuk melihat tayangan khas mengenai tragedi Munich ini. Sekurang-kurangnya mereka dapat memahami sejarah dan kisah silam kelab sendiri. Sir Alex Ferguson berkata yang reaksi daripada pemain-pemain luar semasa menonton video ini adalah amat mengkagumkan, seolah-olah mereka memahami betapa besarnya kesan tragedi Munich ini kepada Manchester United.
Senarai penuh pemain Manchester United yang terkorban dalam tragedi Munich:-
- Geoff Bent
- Roger Byrne
- Eddie Colman
- Duncan Edwards (selamat tetapi mati di hospital selepas 15 hari)
- Mark Jones
- David Pegg
- Tommy Taylor
- Liam ‘Billy’ Whelan
Sekurang-kurangnya kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur tiada tragedi seumpama ini yang berlaku terutamanya semasa zaman kegemilangan bola sepak Malaysia. Kalau berlaku untuk pemain-pemain bola sepak Malaysia sekarang, rasanya tak ramai yang akan meratapi pemergian mereka.Apa pendapat anda? Jom borak dengan BorakBola.Net – Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda.
