Liverpool Tanpa Torres, Mampukah?

Filed under: Liga England by: KakiBangku
Fernando Torres Injured In Spain

Fernando Torres Injured In Spain

Aku dah cakap jangan main untuk Spain. Tengok kan dah injured. Sekarang sapa nak score goal untuk Liverpool? Nak harap kat Robbie Keane? Ptuih. Aku pun dah nyesal beli mamat tue. Takleh guna langsung. Kau harapan aku tapi time-time penting camnie la plak kau nak injured. Bedebah sungguh.

Mungkin itu caci @ maki hamun Benitez kepada Fernando Torres sekembalinya Torres dari bermain untuk negaranya Spain.

Read more…

Musim Ini Musim Liverpool?

Filed under: Liga England by: KakiBangku

“Bodoh punya Liverpool, dengan City pun leh kena tinggal 2 bijik gol. Camner la nak menang EPL season nie. Ngan Manchester leh lak menang, team-team ceroi macam nie punya la payah nak menang. Apa masalah pun aku tak tau la.”

Mungkin itu yang bermain di minda penyokong-penyokong The Reds sewaktu ketinggalan 2 biji gol pada separuh masa pertama semasa menentang Manchester City baru-baru ini. Sumpah seranah dah terkeluar rasanya, geram dengan mutu permainan yang ditunjukkan di padang Anfield.

Read more…

Mascherano, Liverpool Dan Manchester United

Filed under: Liga England by: KakiBangku

manchester united football club crest

Kemenangan 3-0 Manchester United ke atas ‘rival’ utama mereka Liverpool dibayangi dengan insiden penuh emosi pemain tengah Liverpool, Javier Mascherano. Dia dibuang padang selepas menerima kad kuning keduanya.

Menerima kad kuning pertama, Mascherano tidak dapat memahami dan hampir-hampir membelasah pengadil(kalau tengok dari riak muka) apabila mempersoalkan kenapa Fernando Torres menerima kad kuning kepada Steve Bennet. Secara ikhlasnya, saya pun tak faham kenapa pengadil nak bagi kad kuning kepada Torres. Macam tak ada reason.

Read more…

Dinamik Duo, Fernando Torres Dan Gerrard

Filed under: Liga England by: KakiBangku

fernandotorresandstevengerrard

Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic. Ricardo Carvalho dan John Terry. Eduardo dan Adebayour. Apakah persamaan enam pemain ini? Kesemua mereka merupakan duo utama buat pasukan masing-masing. Manchester United mempunyai rekod pertahanan terhebat dalam Liga Perdana Inggeris disebabkan persefahaman yang tinggi antara Ferdinand dan Vidic. Adebayour pula mampu menjadi penjaring kedua terbanyak liga akibat keserasiannya dengan Eduardo sebelum Eduardo ditimpa kecederaan.

Kini Liverpool Football Club juga mempunyai duo mereka yang tersendiri. Fernando Torres dan Steven Gerrard. Rafael Benitez akhirnya telah menjumpai gandingan terbaik buat kelab jagaannya. Dengan meletakkan ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard betul-betul di belakang penyerang berbisa Fernando Torres(lebih dikenali dengan ‘free role’),  gabungan kedua-kedua pemain ini ternyata begitu menyengat semenjak dua ini. Tambahan pula dengan Gerrard bermain sebagai ’support striker’, Xabi Alonso dan Javier Mascherano dapat mendominasi barisan tengah tanpa dikacau lagi oleh Steven Gerrard.

Semasa Gerrard diletakkan selaku ‘center midfield’ banyak permasalahan yang telah timbul. Rafael Benitez pening kepala memikirkan siapakah yang patut digandingkan bukan sahaja dengan Gerrard di bahagian tengah tetapi juga dengan Fernando Torres di bahagian hadapan. Seringkali Xabi Alonso yang mempunyai ‘range passing’ yang tinggi terpaksa diketepikan sementara Torres pula digandingkan dengan Dirk Kuyt.

Gandingan di atas ternyata gagal.  Gerrard seringkali mencuba ‘Hollywood passing’ serta Dirk Kuyt gagal membentuk persefahaman dengan Torres. Ini merupakan punca utama Liverpool terkeluar dari saingan merebut kejuaraan Liga Perdana England sejak bulan Januari lagi.

Torres ternyata lebih selesa beraksi sebagai penyerang solo. Dengan kepantasan, kekuatan fizikal dan keupayaan untuk mengkucar-kacirkan pihak lawan dengan lariannya, Rafael Benitez akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan Gerrard sebagai pembantu kepada Torres. Gandingan ini ternyata berhasil dengan Gerrard berjaya membaca pergerakan Torres dan sebaliknya.

Sejak Torres dan Gerrard digandingkan bermula dari perlawanan Champions League menentang Inter Milan, Liverpool tidak pernah lagi mengalami kekalahan. Malah jumlah jaringan untuk setiap perlawanan juga semakin bertambah dengan Fernando Torres berjaya menjaringkan 2 hatrik berturut-turut. Steven Gerrard juga kelihatan semakin selesa dengan posisi yang diberikan apabila turut menjaringkan gol dan melakukan ‘assist’.

Andainya gandingan sempurna ini ditemui semenjak bermulanya liga, mungkinkah kedudukan Liverpool dalam tangga Liga England tidak seperti sekarang ini? Walaupun kini Liverpool mungkin layak untuk 3 kali berturut-turut ke Final Champions League, peminat Liverpool ternyata masih dahagakan kejuaraan liga buat The Reds. Mungkinkah dengan resepi kejayaan sudah ditemui musim ini, musim hadapan akan menjadi milik Liverpool?

Selagi Torres dan Gerrard beraksi dalam jersi merah, selagi itulah peluang untuk Liverpool menggapai kejuaraan liga masih dipunyai. Gandingan dinamik duo ini perlu diasah dari masa ke masa untuk menjadi gabungan terbaik dalam Liga Perdana England untuk musim hadapan. 

Benitez, The Champions League Master Mind

Filed under: Liga Juara-Juara by: KakiBangku

logochampionsleague.jpg

Liverpool Football Club, under the guidance of Rafael Benitez, has beaten Inter Milan at Anfield with 2-0 score. Liverpool goals are by Dirk Kuyt and Steven Gerrard. Inter Milan played only with 10 men for 60 minutes after Materazzi(the one who got headbutted by Zidane) was sent off after receiving 2 yellow cards. Materazzi commited both fouls against the new Liverpool striker, Fernando Torres who had his first debut on Champions League knock out stage.

Benitez showed to the other Europe club manager that he is the master mind when it comes to Champions League matches. Liverpool dominated the game from the beginning by using Steven Gerrard as a free role behind Fernando Torres with Torres making some superb run through Inter Milan defenders.

Fresh from being beaten by Barnsley three days ago, Benitez restored Gerrard, Torres, Reina and Maschenaro to Liverpool starting lineup against Inter Milan. Dirk Kuyt played on the right wing, Babel on the left side while Mascherano and Lucas provided the defensive cover for Gerrard to freely burst forward(which he do the best).

The Reds fan were almost going home disappointedly when Dirk Kuyt fired an opener for Liverpool on the 85 minute. Steven Gerrard then gave his club a tremendous advantage by firing a wonderful 25 yard screamer from outside the penalty box. With 2 goals advantage, Liverpool is likely to advance into quarter final stage of Champions League.

Other results of Champions League Round Of 16:-

Schalke 04(1) – Porto(0)
As Roma(2) – Real Madrid(1)
Olympiacos(0) – Chelsea(0)

10 Pemain Termahal Dunia

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

pemaintermahaldunia.jpg

Dengan dunia bola sepak dipenuhi sumber kewangan yang melimpah ruah terutamanya buat kelab-kelab besar, harga badan setiap pemain makin hari makin meningkat. Pernah terfikir siapakah pemain termahal di dunia ini? Kini, BorakBola.Net – Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda membawakan statistik mengenai harga pemindahan pemain:-

10 Pemain Termahal Dunia

1. Zinedine Zidane: Juventus ke Real Madrid – 45.62 million GBP (2001)
2. Luis Figo: Barcelona ke Real Madrid – 37 mil (2000)
3. Hernan Crespo: Parma ke Lazio – 35.5 mil (2000)
4. Gianluigi Buffon: Parma ke Juventus – 32.6 mil (2001)
5. Christian Vieri: Lazio ke Inter – 32 mil (1999)
6. Shevchenko AC Milan ke Chelsea – 30 million GBP (2006)
7. Rio Ferdinand: Leeds ke Manchester United – 29.1 mil (2002)
8. Gaizka Mendieta: Valencia ke Lazio – 29 mil (2001)
9. Ronaldo: Inter ke Real Madrid – 28.49 mil (2002)
10. Juan Sebastian Veron: Lazio ke Manchester United – 28.1 mil (2001)

Status pemain termahal dunia setakat ini masih dipegang oleh legenda Perancis, Zidane. Kemungkinan besar rekod ini hanya boleh dipecahkan sekiranya pemain-pemain muda seperti Lionel Messi, Kaka, Fabregas dan Cristiano Ronaldo dibeli oleh kelab-kelab lain. Pembelian ini mungkin tidak akan berlaku dalam masa terdekat akibat keengganan kelab masing-masing melepaskan pemain terbaik mereka.

10 Pemain Termahal Liga Perdana England

1. Andriy Shevchenko: AC Milan le Chelsea – 30 million GBP (2006)
2. Rio Ferdinand: Leeds ke Manchester United – 29.1 mil (2002)
3. Juan Sebastian Veron: Lazio ke Manchester United – 28.1 mil (2001)
4. Michael Essien: Lyon to Chelsea – 24.43 mil (2005)
5. Didier Drogba: Marseille ke Chelsea – 24 mil (2004)
6. Wayne Rooney: Everton ke Manchester United – 23 mil (2004) 7. Shaun Wright-Phillips: Manchester City ke Chelsea – 21 mil (2005)
8. Fernando Torres: Atletico Madrid ke Liverpool – 20 mil (2007)
9. Ricardo Carvalho: Porto ke Chelsea – 19.85 mil (2004)
10. Ruud Van Nistelrooy: PSV ke Manchester United – 19 mil (2001)

Nampaknya 2 kelab iaitu Manchester United dan Chelsea(sejak kedatangan Ibrahimovic) paling berbelanja sakan dalam hal membeli pemain. Juan Sebastian Veron merupakan pembelian gagal Sir Alex tetapi dibeli pula oleh Jose Mourinho dengan harga yang agak tinggi. Manakalah Fernando Torres merupakan rekod pembelian termahal buat kelab Liverpool.

Dengan kebanyakan kelab kini lebih menumpukan pembelian kepada pemain muda yang tidak terkenal, harga pemain-pemain ini tidaklah semahal pemain-pemain ternama dunia. Siapa yang cepat membuat ‘approach’ berkemungkinan besar untuk membuat keuntungan yang tinggi apabila pemain-pemain muda ini mencipta nama dalam masa 4-5 tahun.

Pengurus yang paling bijak dan cermat serta mempunyai pandangan yang tajam dalam mengesan bakat-bakat muda sudah tentu milik Arsene Wenger. Wenger berjaya menukar Fabregas yang tidak mendapat tempat di dalam pasukan Barcelona kepada seorang pemain tengah yang hampir sempurna kini. Selain itu ada juga nama-nama pemain yang dikenali seperti Kolo Toure, Gael Glichy dan Flamini yang kini disegani sebagai pemain ternama di Liga England.

Apa pendapat anda tentang pembelian pemain masa kini? Adakah berbaloi untuk kelab-kelab mengeluarkan sejumlah wang yang besar membeli mereka? Jom borak bola di BorakBola.Net- Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda.

4 Bintang Liverpool

Filed under: Liga England by: KakiBangku

liverpool - the reds beat marseille

Liverpool pulang ke Anfield dengan 3 mata dan kelayakan ke pusingan kedua Champions League selepas menewaskan Marseille 4-0. The Reds menguasai perlawanan dengan jaringan dari Steven Gerrard, Fernando Torres, Dirk Kuyt dan Ryan Babel. Ternyata yang pengurus Liverpool, Rafael Benitez adalah expert di dalam perlawanan Champions League berbanding dengan English Premier League.Segala tekanan dan harapan peminat The Reds ini berjaya dipenuhi oleh pemain-pemain Liverpool. Dalam awal permainan, sepakan penalti gagal disempurnakan oleh Gerrard namun captain marvel ini berjaya menolak masuk bola tepisan penjaga gol Marseille. Dari situ, kesemuanya nampak mudah dengan Fernando Torres menunjukkan skill peribadi yang tinggi mengelirukan pertahanan lawan dan menjaringkan gol kedua Liverpool.

Read more…