19
Filed under:
Bola Sepak Malaysia by:
KakiBangku

Logo FAM
Tempat ke separuh akhir Pesta Bola Merdeka 2008 kini sudah terjamin buat Malaysia. Keputusan terkini PestaBola Merdeka 2008 menyaksikan Malaysia membenam Sierra Leone 4 gol berbalas 0. Sekali lagi padang lecak dan basah menjadi saksi kehebatan pasukan negara kita.
UPDATE: Highlight video aksi-aksi dan video gol jaringan Malaysia menentang Sierra Leone. Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk melihat video perlawanan Malaysia dan Sierra Leone.
Read more…
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
18
Filed under:
Bola Sepak Malaysia by:
KakiBangku

Pasukan Pesta Bola Merdeka Malaysia
Pesta Bola Merdeka kembali semula di Malaysia. Diundi di dalam kumpulan A bersama Nepal, Sierra Leone dan Afghanistan, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dilihat tidak mempunyai masalah untuk layak ke separuh akhir kejohanan ini.
Malah pasukan Harimau Malaya telah bermula garang dengan membelasah Sierra Leone 4 gol berbalas 0 pada perlawanan pertama mereka. Isnin ini skuad kendalian B. Sathianathan akan menentang skuad Afghanistan pula. Jika kemenangan bakal ditemui, pintu separuh akhir akan terjamin buat skuad negara kita.
Untuk lihat jadual penuh dan laman-laman lain yang membincangkan tentang Pesta Bola Merdeka 2008 ini, sila baca artikel ini sepenuhnya.
PEMBETULAN: Sebenarnya pasukan kebangsaan Malaysia menang perlawanan pertama menentang Nepal(4-0) dan kemudian perlawanan kedua menentang Sierra Leone juga 4 gol berbalas 0. Maaf atas kesilapan. Untuk melihat aksi-aksi menarik dan jaringan gol pasukan kebangsaan Malaysia menang ke atas Nepal di Pesta Bola Merdeka 2008, anda bolehlah membaca artikel ini sepenuhnya.
Read more…
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
11
Filed under:
Artikel Pilihan by:
KakiBangku

Mengenangkan jasa beliau sebagai bekas pemain bola sepak negara seangkatan dengan Allahyarham Mokhtar Dahari, Yang Dipertua Negeri Sembilan Belas telah berkenan untuk memberikan pangkat kebesaran Datuk kepada Shah Rukh Khan.
Shah Rukh Khan merupakan anak kepada Dell Akhbar Khan, bekas Setiausaha FAM. Setelah berhenti dari arena bola sepak, Shah Rukh Khan atau nama glamernya SRK telah melibatkan diri dalam bidang pengurusan bola sepak. Antara pencapaian beliau sehingga dapat anugerah Datuk ini ialah:-
Read more…
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
24
Filed under:
Artikel Pilihan by:
KakiBangku

Dato Azzudin Ahmad
Kerusi Setiausaha Malaysia Football Association (FAM) sememangnya panas. Kalau silap duduk, boleh melecur punggung dibuatnya. Mungkin ini yang dirasakan oleh Dato’ Azzudin Ahmad, Setiausaha FAM sekarang semenjak dua menjak ini.
Ditegur secara terbuka oleh Presiden FAM ini mengenai kegagalannya untuk bersikap terbuka dengan persatuan bola sepak negeri, Dato’ Azzudin yang baru setahun memegang jawatan ini ternyata tertekan. Teguran keras ini perlu dilihat sebagai satu peringatan atau amaran kepada dirinya supaya meningkatkan lagi prestasi kerjanya.
Read more…
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
19
Filed under:
Bola Sepak Malaysia by:
KakiBangku

Malaysia Football Once Upon A Time
Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) sekali lagi membuat kejutan kepada semua peminat bola sepak tanah air. Tiada lagi kelibat pemain import buat musim hadapan di kesemua liga-liga Malaysia. Tiada lagi kelibat pemain-pemain berkulit lebih hitam dari pemain kita di atas padang kali ini.
Tambah kecoh apabila sebenarnya keputusan FAM ini diambil tanpa mengira pandangan dan cadangan dari persatuan bola sepak negeri. Sememangnya FAM adalah induk organisasi bola sepak Malaysia, tetapi sekurang-kurangnya keputusan sebesar ini haruslah dibawa berbincang bersama persatuan-persatuan yang berkaitan.
Yang tambah sedihnya, Kedah dan Perak yang baru-baru ini telah layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia dibelasah teruk oleh lawan masing-masing(Kedah dibelasah 5-0 di gelanggang lawan manakala Perak dibenam 2-0 di tempat sendiri). Sekiranya khidmat pemain import masih tidak ditamatkan semasa perlawanan ini berlangsung, saya yakin nasib Kedah dan Perak tidaklah seteruk sekarang.
Read more…
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
10
Filed under:
Bola Sepak Malaysia by:
KakiBangku

Selepas sebulan menutup laman web rasmi mereka, FAM(Malaysia Football Association) atau Persatuan Bola Sepak Malaysia baru-baru ini telah membuka kembali website organisasinya untuk tatapan ramai. Sayangnya bagi pendapat diri ini, laman web yang baru ini langsung tidak menggambarkan kredibiliti organisasi bola sepak negara kita.
Tidak keterlaluan dikatakan yang laman web baru ini lebih buruk, teruk dan memalukan berbanding website sebelum ini. Dengan penggunaan ‘drop down’ menu yang tidak menarik, penggunaan banner yang diedit secara lewa menggunakan Adobe Photoshop dan yang paling memualkan ialah warna kuning akan menyakitkan mata apabila melayari laman web tersebut.
Dari segi ‘appearance’ ternyata memang mengecewakan. Namun bagi peminat liga tempatan, anda boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai keputusan-keputusan perlawanan dan juga kedudukan liga di muka hadapan laman web FAM yang baru ini. Selain itu penggunaan news@headline juga mampu memberikan pengunjung maklumat terbaru tentang dunia bola sepak negara kita.
Kesimpulannya laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia kali ini sememangnya boleh dikategorikan sebagai memalukan organisasi ini sendiri. Secara ikhlasnya semasa penutupan laman web FAM ini, saya berharapkan kemunculan website yang mampu menggambarkan keprofessionalan, kewibawaan dan kredibiliti FAM itu sendiri. Tak dapat saya gambarkan betapa punahnya harapan apabila melihat laman web FAM sebegini rupa.
Mungkinkah FAM sekadar ambil lewa sahaja mengenai laman web rasmi organisasinya sendiri? Kalau website pun tak boleh nak jaga, bagaimanakah FAM nak menjaga skuad kebangsaan negara kita? Nampaknya harapan untuk melihat bola sepak negara kita maju setapak hanya akan tinggal harapan jika FAM terus tidak professional.
Pesanan untuk organisasi FAM, kalau nak laman web cantik dan bergaya, silalah ‘hire’ saya. Kepuasan dijamin 100%.
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]