England vs Kazakhstan Preview

Filed under: World Cup 2010 by: KakiBangku

Kembali semula ke kancah bola sepak selepas bercuti Hari Raya Aidilfitri 2 minggu. Untuk makluman anda, kesemua liga Eropah kini berehat selama 2 minggu untuk memberikan laluan kepada perlawanan kelayakan Piala Dunia Afrika Selatan 2010.

Yang menjadi tumpuan semestinya perlawananan antara England dan Kazakhstan pada Sabtu ini. Nampak mudah atas kertas, seolah-olah kemenangan akan menjadi milik England. Masih segar dari kemenangan besar ke atas Croatia pada perlawanan sebelumnya, sudah tentu keyakinan pemain skuad England berada di tahap tertinggi.

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Jamie Carragher Dan Skuad England

Filed under: Liga England by: KakiBangku

jamiecarragher.jpg

Artikel ini telah ditulis oleh BobbyT, seorang peminat bola yang menyokong Newcastle United untuk pertandingan anjuran BorakBola.Net – Blog Bola Sepak Terbaik Anda. Anda bolehlah membaca nukilan BobbyT di http://bobbytoat.blogspot.com. Jika anda berminat untuk memenangi hadiah-hadiah menarik, sila baca syarat-syarat pertandingan kami di artikel ini.

Kenapakah Jamie Carragher tidak dipujuk kembali bermain untuk England?

Para penyokong kelab Liverpool sudah tentu tidak asing lagi dengan nama Jamie Carragher, beliau merupakan pemain England dan juga naib kapten pasukan Liverpool. Jamie Carragher boleh dikatakan pernah memenangi semua pertandingan kelab di England kecuali piala Liga Inggeris.

Walaupun Steven Gerrard terbukti jauh lebih popular berbanding Carragher di peringkat kelab dan negara, namun penyokong Liverpool sedar betapa pentingnya pimpinan beliau di benteng pertahanan Liverpool. Oleh sebab itulah, beliau diundi sebagai pemain tahunan Liverpool musim 2006-07 oleh para penyokong. Pada musim yang sama, Carragher telah mengumumkan keputusan untuk bersara daripada bermain untuk England. Beliau tidak berpuas hati kerana sering tidak diutamakan, malah diketepikan dalam pemilihan pasukan England walaupun dia mampu bermain di banyak posisi.

Saya secara peribadi percaya bahawa England tidak layak ke Euro 2008 kerana benteng pertahanan England pada masa itu yang sungguh lemah dan polisi Steve McLaren. Dua perlawanan kritikal yang menyebabkan England gagal melayakkan diri ke Euro 2008 ialah perlawanan antara Russia-England dan England-Croatia.

Dalam kedua-dua perlawanan tersebut, England kalah dengan perbezaan 1 gol yang tidak dijangkakan. Banyak kesilapan yang dilakukan oleh benteng pertahanan dalam kedua-dua perlawanan tersebut, yang paling ketara sekali ialah kesilapan yang dilakukan oleh Wayne Bridge, Joleon Lescott dan Scott Carson.

Mungkinkah England layak ke Euro 2008 jikalau Carragher dipujuk bermain di bahagian kiri pertahanan? Tiada siapa yang tahu, tetapi pada ketika itu, dengan kecederaan pada pemain penting pertahanan, John Terry dan Ashley Cole, saya yakin cuma Carragher dapat menggantikan tempat salah seorang daripada mereka. Namun, Steve McLaren tidak berfikir begitu, akhirnya terbukti pilihannya Wayne Bridge, Joleon Lescott dan Scott Carson semua gagal.

Sekarang Fabio Capello merupakan pengurus baru pasukan England. Capello terkenal suka bermain secara defensive. Banyak pengurus yang tahu bahawa pertandingan hanya dapat dimenangi dengan pertahanan yang kukuh. Lihatlah pasukan Greece dalam Euro 2006, pasukan Chelsea 2004-06 di liga Inggeris dan pasukan Itali di Piala Dunia 2006. Sepatutnya kalau Capello tidak ingin mengulangi kesilapan McLaren, beliau haruslah memujuk Carragher kembali bermain untuk England.

Pemain-pemain England, khususnya Gerrard juga harus meyakinkan Capello mengenai keupayaan Carragher. Kenapakah Carragher yang baru berusia 30 tidak dipujuk dengan lebih serius oleh pengurusan England? Dahulu apabila Paul Scholes bersara daripada England, dan setelah lama dia bersara, dia masih dipujuk berulang kali untuk kembali bermain untuk England. Kenapakah Carragher tidak diberi layanan yang sama dan diberi peluang sekali lagi, untuk dirinya sendiri dan juga untuk England?

Artikel ini telah ditulis oleh BobbyT, seorang peminat bola yang menyokong Newcastle United untuk pertandingan anjuran BorakBola.Net – Blog Bola Sepak Terbaik Anda. Anda bolehlah membaca nukilan BobbyT di http://bobbytoat.blogspot.com. Jika anda berminat untuk memenangi hadiah-hadiah menarik, sila baca syarat-syarat pertandingan kami di artikel ini.

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Skuad England Pertama Capello

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

englandfa.jpg

Fabio Capello, pengurus baru England hari ini menamakan skuad Englandnya. Skuad England pertama untuk perlawanan persahabatan menentang Switzerland menyaksikan nama David Beckham tidak tersenarai. Fabio Capello ternyata berharap agar David Beckham dapat bersabar untuk mendapatkan ‘cap’nya yang ke 100 dalam mewakili England.

Kebanyakkan muka-muka lama seperti Michael Owen, Steven Gerrard, Michael Carrick dan Rio Ferdinand masih tersenarai. Kejutan yang paling menarik berlaku dari skuad kendalian Martin O’ Neill, Aston Villa di mana 5 pemain mereka berjaya disenaraikan di dalam skuad England Fabio Capello.

Gabriel Agbonlahor, Scott Carson, Curties Davies, Gareth Barry dan Ashley Young merupakan pemain Aston Villa yang mendapat tempat di skuad England untuk kali ini. Ternyata ini peluang terbaik buat 2 pemain muda iaitu Agbonlahor dan Ashley Young untuk menunjukkan mereka sudah bersedia untuk beraksi di pentas antarabangsa.

Michael Owen masih mendapat tempat di dalam skuad ini walaupun prestasinya untuk Newcastle United berada di tahap rendah. Kemungkinan besar Capello terpaksa membawa Owen ke dalam squadnya kerana kekurangan penyerang berkaliber dari England.

Dengan 30 pemain disenaraikan, hanya 23 pemain akan dibawa untuk perlawanan menentang Switzerland. Senarai terakhir akan dikeluarkan dalam minggu ini oleh Capello. Mungkinkah nama-nama besar akan dibuang dari skuad terakhir nanti?

Berikut adalah senarai penuh skuad England Capello:-

Penjaga Gol: David James (Portsmouth), Scott Carson (Liverpool on loan at Aston Villa), Chris Kirkland (Wigan)

Pertahanan: Wayne Bridge (Chelsea), Ashley Cole (Chelsea), Curtis Davies (West Brom on loan at Aston Villa), Rio Ferdinand (Manchester United), Glen Johnson (Portsmouth), Ledley King (Tottenham Hotspur), Nicky Shorey (Reading), Wes Brown (Manchester United), Joleon Lescott (Everton), Micah Richards (Manchester City), Matthew Upson (West Ham United), Jonathan Woodgate (Tottenham Hotspur)

Pemain Tengah: Michael Carrick (Manchester United), Steven Gerrard (Liverpool), Gareth Barry (Aston Villa), Jermaine Jenas (Tottenham Hotspur), Owen Hargreaves (Manchester United), Joe Cole (Chelsea), Ashley Young (Aston Villa), Stewart Downing (Middlesbrough), Shaun Wright-Phillips (Chelsea), David Bentley (Blackburn Rovers)

Penyerang: Emile Heskey (Wigan Athletic), Gabriel Agbonlahor (Aston Villa), Michael Owen (Newcastle United), Wayne Rooney (Manchester United), Peter Crouch (Liverpool)

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Pemenang Tahun 2007

Filed under: Liga England by: KakiBangku

Manchester United - Champions of 2007

Di bawah adalah senarai pasukan dan individu yang boleh dianggap berjaya memenuhi cita-cita dan impian masing-masing. Antaranya ialah:-

Manchester United

Dengan dominasi skuad dari London iaitu Chelsea buat 2 tahun berturut-turut, Manchester United berjaya membuktikan yang mereka masih mempunyai keupayaan untuk menjadi juara Liga England.

Yang lebih menggembirakan ialah, kejayaan The Reds Devils ini tercapai dengan corak permainan free flowing football yang enak dilihat di mata peminat-peminat bola sepak.

Malah pencapaian ke separuh akhir Champions League, tewas menentang AC Milan dilihat sebagai satu tanda kebangkitan semula Manchester United di Eropah.

Penghargaan Khas: Cristiano Ronaldo. Tanpa pemain nombor 7 ini kelibat pasukan Manchester United menjulang Liga England tidak akan tercapai.

Fabio Capello

Bukan sahaja membawa pasukan Real Madrid menjulang Liga Sepanyol, tahun 2007 ternyata paling bermakna buat pengurus ini apabila dilantik untuk mengendalikan England.

Tolak ke tepi mengenai cabaran membawa England ke arah kejayaan, dengan menjadi pengurus England, Fabio Capello telah mendapat antara gaji pengurus termahal di dunia bola sepak.

2 kejayaan dalam masa satu tahun. Memang cukup mengkagumkan.

Cesc Fabregas, Arsenal

Pemergian Thierry Henry ke Barcelona ternyata mematangkan Fabregas. Dengan hanya 3 gol untuk musim sebelumnya, pembukaan musim baru Liga England pada Ogos 2007 membuktikan Fabregas telah maju setapak.

Mendominasi bahagian tengah, membantu menghasilkan jaringan dan menjaringkan gol-gol penting buat Arsenal, ternyata tahun 2007 merupakan permulaan baru buat pemain ini dan pasukannya.

Arsenal tanpa Thierry Henry ternyata lebih kuat kerana wujudnya pemain kecil ini.

Inter Milan

Walaupun memenangi Scudetto akibat skandal rasuah yang menimpa Liga Itali pada tahun 2006, pasukan Roberto Mancini ini membuktikan yang mereka merupakan antara pasukan terbaik dunia buat tahun 2007 apabila dengan mudahnya menjulang sekali lagi piala Liga Itali.

Di bawah kendalian pengurus mereka, Inter Milan sekali lagi sedang mendahului carta Liga Itali dan layak ke 16 pasukan terakhir di dalam Champion’s League. Adakah 2008 juga akan menjadi milik mereka?

Pasukan Kebangsaan Iraq

Perang, perang dan perang. Negara yang masih dalam proses pembaikpulih selepas zaman peperangan ini membuktikan yang mereka juga mampu berjaya dalam bidang sukan.

Dengan 100% anak jati, Iraq telah berjaya memenangi Piala Asia 2007 tanpa disangka-sangka. Kemenangan ini ternyata amat berharga terutamanya buat penduduk negara mereka. Sekurang-kurangnya semangat mereka untuk terus bangkit selepas peperangan semakin kuat dan bertambah.

Iraq telah membuktikan yang dalam bola sepak bukan wang, kepakaran dan kehebatan jurulatih sahaja yang diperlukan. Yang paling penting adalah semangat dan perasaan cintakan negara anda.

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Fabio Capello, Pengurus Baru England

Filed under: Liga England by: KakiBangku

fabiocapello.jpg

Pada Khamis, 13 Disember 2007, FA England telah melantik Fabio Capello untuk memegang kerusi panas pengurus England. Selepas kegagalan melayakkan diri ke Euro 2008 dan pemecatan Steve Mclaren, Fabio Capello dilihat oleh FA England sebagai calon paling sesuai untuk membina semula reputasi England. Antara calon-calon lain ialah Jose Mourinho, Jurgen Klinsmann dan Marcello Lippi.

BorakBola.Net membawakan anda sedikit maklumat mengenai pengurus baru England ini:-

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)