Barnsley Benam Chelsea Dalam FA Cup

Filed under: Liga England by: KakiBangku

facup.jpg

“Giant Killer”, kelab bola sepak Barnsley sekali lagi membuktikan FA Cup merupakan ruang buat kelab-kelab kecil membuat kejutan terhadap kelab besar England. Selepas menumbangkan Liverpool pada pusingan ke 16, kini Chelsea Football Club pula menjadi mangsa bahaman Barnsley. Keputusan rasmi selepas tamat permainan, Barnsley 1 dan Chelsea 0.

Diasak oleh pemain jutaan pound Chelsea, Barnsley berjaya mengekang serangan bertalu-talu The Blues dari awal permainan. Semakin terdesak untuk mencari gol pembukaan, akhirnya benteng Chelsea tewas akibat keghairahan mencari gol. Jika semasa perlawanan menentang Liverpool, penjaga gol Barnsley iaitu Luke Steele menjadi hero buat pasukannya, kali ini giliran Odejayi, pemain penyerang dari Nigeria yang tingginya mencecah 192 cm untuk menjaringkan gol terpenting dalam karier bola sepaknya.

‘Crossing’ cantik dari bahagian kanan padang oleh Martin Devaney nampak mudah untuk ditangkap kemas oleh Carlo Cudicini. Namun sayangnya kehadiran penyerang tinggi Barnsley(Odejayi) yang menanduk mudah bola ke dalam gawang sebelum penjaga gol Chelsea itu mampu membuat apa-apa. Seluruh stadium bergema dengan sorakan tidak percaya dari penyokong-penyokong Barnsley sementera kesemua penyokong Chelsea terdiam kaku dengan kejutan tersebut.

Baki perlawanan menyaksikan hampir kesemua pemain Barnsley berkampung di kotak penalti sendiri. Kemenangan akhirnya menjadi milik mereka apabila wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan. Sekali lagi Barnsley membuktikan yang mereka tidak boleh dipandang rendah apabila 2 gergasi Liga Perdana Inggeris telah tunduk di tangan mereka.

Dengan Portsmouth juga menewaskan Manchester United hasil sepakan penalti oleh Muntari, kini tidak ada satu pasukan pun dari Big Four(Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Manchester United) yang bakal beraksi dalam separuh akhir FA Cup musim ini. Kesilapan penjaga gol The Reds Devil, Tomasz Kuszczak yang dibuang padang akibat ‘foul’ terhadap Milan Baros menyaksikan Rio Ferdinand terpaksa beraksi sebagai penjaga gol selama 15 minit. Sir Alex Ferguson pastinya kecewa kerana peluang untuk mengulangi ‘treble’ seperti tahun 1999 tidak tercapai di musim ini.

Sesungguhnya FA Cup tahun ini benar-benar merupakan kisah ajaib bagi pasukan-pasukan kecil. Buat kelab-kelab besar pula, FA Cup musim ini merupakan piala paling malang buat mereka. Mampukah Barnsley meneruskan kejutan dan memenangi piala berprestij ini? Kelab manakah yang bakal menjadi mangsa habuan Barnsley seterusnya? Sama-sama kita tunggu dan lihat apabila undian untuk separuh akhir FA Cup England dilakukan dalam masa terdekat ini.

Video Barnsley(1) vs Chelsea(0)

Video Manchester United(0) vs Portsmouth(1)

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

The FA Cup Round 5 Preview

Filed under: Liga England by: KakiBangku

facup.jpg

Without English Premier League games to be played this weekend, I present you a quick preview for this week English FA Cup Round 5. My prediction for matches that includes English Premier Leagues(with big match between Manchester United and Arsenal at Old Trafford) clubs this round is:-

Liverpool vs Barnsley –> (3-1)
Chelsea vs Huddersfield –> (2-0)
Manchester United vs Arsenal (3-1)
Sheffield Utd vs Middlesbrough (1-3)
Preston vs Porstmouth (1-2)

With injuries hampering to Arsenal young squad, Manchester United will try to gain some confidence by beating their league rival. Sir Alex Ferguson is expected to field a full strength squad(Wayne Rooney and Patrice Evra are back from suspensions) with his counter parts, Arsene Wenger will most likely to field his second team for this match.

Apa prediction anda untuk pertandingan English Fa Cup Round 5 kali ini?

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)