England Bak Sarkis – Rio Ferdinand

Filed under: World Cup 2010 by: KakiBangku
Rio Ferdinand

Rio Ferdinand

Kami(pemain England) telah menjadi seperti sarkis. Semua tabloid akhbar tergila-gilakan berita tentang isteri dan awek-awek kami. Akhirnya kami pun terpengaruh sama, kami lebih mementingkan awek-awek kami daripada pasukan England itu sendiri”

Kalau pasukan England menjadi seperti sarkis, apakah binatang-binatang yang mewakili pemain-pemain England. Baca seterusnya untuk melihat pemain-pemain England dan binatang-binatang yang lebih kurang dengan mereka:-

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

England Menang Tapi Goyah

Filed under: World Cup 2010 by: KakiBangku

Kemenangan 5-1 ke atas Kazakhstan nampak meyakinkan jika anda tidak menonton perlawanan England. Sayangnya mutu permainan yang ditampilkan agak mengecewakan. Walaupun dipenuhi dengan bintang-bintang ternama English Premier League, nampaknya Fabio Capello masih tidak dapat menemui ramuan kejayaan sebenar buat England.

Kembalinya Steven Gerrard menyaksikan rombakan besar-besaran dilakukan ke atas barisan tengah England. Gareth Barry beraksi selaku “defensive midfielder” dengan Gerrard dan Lampard diberi lesen maju ke hadapan. Sementara itu budak emas England Theo Walcott mengepelai sayap kanan dengan Rooney di sayap kiri. Heskey mengetuai jentera serangan sementara Mathew Upson menggantikan John Terry yang cedera.

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Skuad England Pertama Capello

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

englandfa.jpg

Fabio Capello, pengurus baru England hari ini menamakan skuad Englandnya. Skuad England pertama untuk perlawanan persahabatan menentang Switzerland menyaksikan nama David Beckham tidak tersenarai. Fabio Capello ternyata berharap agar David Beckham dapat bersabar untuk mendapatkan ‘cap’nya yang ke 100 dalam mewakili England.

Kebanyakkan muka-muka lama seperti Michael Owen, Steven Gerrard, Michael Carrick dan Rio Ferdinand masih tersenarai. Kejutan yang paling menarik berlaku dari skuad kendalian Martin O’ Neill, Aston Villa di mana 5 pemain mereka berjaya disenaraikan di dalam skuad England Fabio Capello.

Gabriel Agbonlahor, Scott Carson, Curties Davies, Gareth Barry dan Ashley Young merupakan pemain Aston Villa yang mendapat tempat di skuad England untuk kali ini. Ternyata ini peluang terbaik buat 2 pemain muda iaitu Agbonlahor dan Ashley Young untuk menunjukkan mereka sudah bersedia untuk beraksi di pentas antarabangsa.

Michael Owen masih mendapat tempat di dalam skuad ini walaupun prestasinya untuk Newcastle United berada di tahap rendah. Kemungkinan besar Capello terpaksa membawa Owen ke dalam squadnya kerana kekurangan penyerang berkaliber dari England.

Dengan 30 pemain disenaraikan, hanya 23 pemain akan dibawa untuk perlawanan menentang Switzerland. Senarai terakhir akan dikeluarkan dalam minggu ini oleh Capello. Mungkinkah nama-nama besar akan dibuang dari skuad terakhir nanti?

Berikut adalah senarai penuh skuad England Capello:-

Penjaga Gol: David James (Portsmouth), Scott Carson (Liverpool on loan at Aston Villa), Chris Kirkland (Wigan)

Pertahanan: Wayne Bridge (Chelsea), Ashley Cole (Chelsea), Curtis Davies (West Brom on loan at Aston Villa), Rio Ferdinand (Manchester United), Glen Johnson (Portsmouth), Ledley King (Tottenham Hotspur), Nicky Shorey (Reading), Wes Brown (Manchester United), Joleon Lescott (Everton), Micah Richards (Manchester City), Matthew Upson (West Ham United), Jonathan Woodgate (Tottenham Hotspur)

Pemain Tengah: Michael Carrick (Manchester United), Steven Gerrard (Liverpool), Gareth Barry (Aston Villa), Jermaine Jenas (Tottenham Hotspur), Owen Hargreaves (Manchester United), Joe Cole (Chelsea), Ashley Young (Aston Villa), Stewart Downing (Middlesbrough), Shaun Wright-Phillips (Chelsea), David Bentley (Blackburn Rovers)

Penyerang: Emile Heskey (Wigan Athletic), Gabriel Agbonlahor (Aston Villa), Michael Owen (Newcastle United), Wayne Rooney (Manchester United), Peter Crouch (Liverpool)

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Fabio Capello, Pengurus Baru England

Filed under: Liga England by: KakiBangku

fabiocapello.jpg

Pada Khamis, 13 Disember 2007, FA England telah melantik Fabio Capello untuk memegang kerusi panas pengurus England. Selepas kegagalan melayakkan diri ke Euro 2008 dan pemecatan Steve Mclaren, Fabio Capello dilihat oleh FA England sebagai calon paling sesuai untuk membina semula reputasi England. Antara calon-calon lain ialah Jose Mourinho, Jurgen Klinsmann dan Marcello Lippi.

BorakBola.Net membawakan anda sedikit maklumat mengenai pengurus baru England ini:-

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Reaksi Kekalahan England vs Croatia

Filed under: Euro 2008 by: KakiBangku

malaysia premiere football blog @ blog bola sepak

Berikutan dengan kekalahan memalukan England menentang Croatia (3-2), BorakBola.Net telah menemuramah beberapa individu untuk sama-sama berkongsi pendapat mengenai kegagalan England layak ke Euro 2008. Mari kita dengar apa kata para peminat bola sepak tanah air mengenai kejutan ini.

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)