4 Bintang Liverpool

Filed under: Liga England by: KakiBangku

liverpool - the reds beat marseille

Liverpool pulang ke Anfield dengan 3 mata dan kelayakan ke pusingan kedua Champions League selepas menewaskan Marseille 4-0. The Reds menguasai perlawanan dengan jaringan dari Steven Gerrard, Fernando Torres, Dirk Kuyt dan Ryan Babel. Ternyata yang pengurus Liverpool, Rafael Benitez adalah expert di dalam perlawanan Champions League berbanding dengan English Premier League.Segala tekanan dan harapan peminat The Reds ini berjaya dipenuhi oleh pemain-pemain Liverpool. Dalam awal permainan, sepakan penalti gagal disempurnakan oleh Gerrard namun captain marvel ini berjaya menolak masuk bola tepisan penjaga gol Marseille. Dari situ, kesemuanya nampak mudah dengan Fernando Torres menunjukkan skill peribadi yang tinggi mengelirukan pertahanan lawan dan menjaringkan gol kedua Liverpool.

Read more…

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)