06
Filed under:
Liga Juara-Juara by:
KakiBangku
Jika 2 minggu lepas didominasi dengan berita-berita kemenangan English Premier League Clubs d Champions League/Piala Juara-Juara, minggu ini ternyata mimpi buruk buat kesemua English Premier League Club.
Tiada satu kelab English pun yang berjaya mencatatkan kemenangan terhadap lawan masing-masing minggu ini. Paling teruk buat Chelsea apabila dibelasah oleh AS Roma di tempat lawan. Ternyata hasrat Luiz Felipe Scolari yang ingin menempah terus hotel di Roma untuk perlawanan akhir perlu ditangguhkan terlebih dahulu.
Sementara itu Liverpool, Arsenal dan Manchester United masing-masing diikat seri oleh lawan mereka. Liverpool memerlukan sepakan penalti pada minit akhir perlawanan dari Steven Gerrard untuk memastikan mereka tidak pulang dengan kekalahan menentang Atletico Madrid.
Manchester United juga memerlukan tandukan dari Ryan Giggs pada minit ke 83 setelah ketinggalan di belakang Celtic sejak minit ke 13. Manakala Arsenal terpaksa berpuas hati dengan keputusan tanpa jaringan dengan Fenerbahce di tempat lawan.
Nampaknya masih tiada kelab English yang telah berjaya menempah tempat ke perlawanan pusingan kedua Champions League. Hanya satu kemenangan lagi yang diperlukan oleh kesemua kelab ini. Terpaksalah mereka menunggu perlawanan seterusnya yang akan berjalan 2 minggu dari sekarang.
02
Filed under:
Liga England by:
KakiBangku
Fuh, berdebar jantung tengok game Manchester United lawan Hull City semalam. Dah elok-elok leading 4-1 separuh masa kedua, tiba-tiba je Hull City boleh kejar sampai 4-3. Geram pun ada jugak rasa. Elok-elok boleh tambah 3 goal difference, tengok-tengok dapat 1 jer. Tue pulak dengan Hull City. Ish jatuh maruah walaupun Arsenal pun kalah dengan The Tigers.
Nasib baik ada berita gembira buat peminat Manchester United macam aku nie. Liverpool kalah dengan Totenham kat White Hart Lane. Mula-mula nampak macam nak menang sebab Cik Dirk Kuyt(Cik Kunyit) awal-awal lagi dah bakar line score sebijik.
Sekali tue bisa Harry Redknapp(pengurus baru Totenham) memang menjadi. Terkulai jugak Liverpool kat tangan dia 2-1 dengan jaringan di saat-saat akhir perlawanan. Kesian pun ada jugak rasa.
Chelsea pulak macam biasa membelasah Sunderland 5-0. Time tengok gol-gol jaringan The Blues nie ada gak syak wasangka offside yang melampau timbul. Tapi nak buat macam mana. Diorang memang power pun. Terpaksa terima kenyataan.
Oh sebelum terlupa, Arsenal kalah dengan Stoke City. Atau lebih elok dikatakan kalah dengan balingan jarak jauh Delap. Memang jauh beb dia baling. Leh sampai gol tue dari tepi. Tak caya gi tengok replay gol Stoke. Dua-dua pun mamat Delap nie assist dari throw in.
Macam-macam drama game minggu nie. Tapi yang penting tak sia-sia berjaga tengok game. Banyak gol minggu nie. Tahniah buat pasukan kegemaran anda yang menang.
27
Filed under:
Liga England by:
KakiBangku
Akhirnya rekod 86 perlawanan tanpa kalah Chelsea di Stamford Bridge lebur di tangan Liverpool. Gol dari Xabi Alonso pada separuh masa pertama ternyata membawa sejarah apabila memusnahkan rekod tanpa kalah Chelsea di tempat sendiri selama 4 tahun 8 bulan. Satu rekod yang sangat mengkagumkan.
Berbeza dengan perlawanan Manchester United menentang Chelsea yang berakhir dengan keputusan seri, Liverpool yang mendahului tidak hanya bertahan pada separuh masa kedua.
Diketuai dengan Steven Gerrard, The Reds berusaha keras untuk tidak mengulangi kesilapan Manchester United yang bertahan sepnuhnya dengan cuba mencari gol kedua. Tidak seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini yang dipenuhi dengan kebosanan, kali ini kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan menyerang yang menarik.
Dengan kemenangan ini, Liverpool kini mengungguli tangga teratas Liga Perdana England dengan kelebihan 3 mata ke atas Chelsea. Yang lebih mengejutkan tangga ketiga liga diduduki oleh Hull City, pasukan yang baru menjejakkan kaki ke English Premier League musim ini.
Adakah dengan kemenangan ini akan membuka peluang kepada Liverpool untuk menamatkan kemarau kejuaraan liga? Adakah musim ini sememangnya akan menjadi musim Liverpool seperti yang sering dicanangkan oleh peminat-peminat The Reds?
Apa pendapat anda selaku peminat bola sepak? Buat penyokong Liverpool, kami ucapkan tahniah atas kemenangan ini. Namun perlu diingatkan masih banyak baki perlawanan sebelum kejuaraan liga dapat ditentukan. Semoga pertarungan merebut kejuaraan berprestij pada musim ini lebih menarik dan lebih debaran dari musim-musim sebelumnya.
23
Filed under:
Liga England by:
KakiBangku
Berakhirlah sudah pertarungan besar antara Chelsea dan Manchester United di Stadium Stamford Bridge Ahad yang lepas. Keputusan seri 1-1 hasil jaring Park Ji Sung dan Salamoun Kaiou menyaksikan kedua-dua pasukan ini berkongsi mata.
Sementara itu Arsenal berjaya memegang puncak liga buat masa ini dengan kemenangan 3-1 ke atas Bolton. Namun sayangnya Liverpool gagal menembusi benteng pertahanan Stoke City yang menyaksikan tiada sebarang gol disumbatkan dalam perlawanan tersebut.
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat dalam perlawanan antara Chelsea dan Manchester United kali ini? Antara kesimpulan yang mampu saya lakukan ialah:-
Read more…
20
Filed under:
Liga England by:
KakiBangku
Minggu ini bakal menyaksikan perlawanan penting buat “Big Four English Premier League” iaitu Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Manchester United. Lawan masing-masing bagi kelab-kelab ini ialah:-
Sabtu September 20 2008
Liverpool (Home) vs Stoke (Away) Stadium Anfield
Bolton (Home) vs Arsenal (Away) Stadium Reebok
Ahad September 21 2008
Chelsea (Home) vs Manchester United Stadium Stamford Bridge
Read more…
16
Filed under:
Liga England by:
KakiBangku
Murung nampaknya peminat-peminat pasukan Manchester United minggu ini dengan tewasnya kelab tersebut kepada musuh ketat mereka, Liverpool Football Club. Bagaikan tak percaya apabila Carloz Tevez berjaya membuka jaringan buat The Reds Devils hasil sentuhan manis pemain terbaru Manchester United, Berbatov.
Buat Rafael Benitez, kemenangan 2-1 ini merupakan kemenangan pertama ke atas Manchester United buat pasukan Liverpool sejak dbawah bimbingannya. Tambah manis kemenangan ini dicapai dengan ketiadaan 2 tonggak utama The Reds iaitu Fernando Torres dan kapten pasukan mereka, Steven Gerrard.
Read more…
12
Filed under:
Liga England by:
KakiBangku

Kelab Liga Perdana England, Arsenal kini selesa mendahului kedudukan liga dengan kelebihan 5 mata berbanding pencabar terdekat mereka, Manchester United. Dengan perlawanan The Gunners menentang Blackburn dilangsungkan selepas mengetahui kekalahan Manchester United dengan Manchester City, ternyata pemain Arsenal menggunakan sepenuhnya peluang tersebut untuk menjarakkan diri mereka di puncak liga.
Gol jaringan Senderos dan Emmanuel Adebayor meranapkan impian Blackburn untuk membuat kejutan terhadap skuad muda Arsenal di Emirates Stadium. Ternyata pemain-pemain muda Arsenal tidak tunduk di bawah tekanan selaku pendahulu liga. Kematangan The Gunners sekali lagi terbukti dengan deretan kemenangan apabila seteru utama mereka masing-masing mula menunjukkan konsetrasi yang kurang.
Sambutan kali ke 50 untuk tragedi Munich gagal disajikan dengan kemenangan sebagai tanda menghormati pemain-pemain yang terkorban dalam tragedi tersebut. Sebaliknya Manchester City dengan ‘man of the match’ Dietmer Hamman berjaya mengekang jentera serangan The Reds sepanjang perlawanan.
Ketiadaan Wayne Rooney yang digantung satu perlawanan akibat memungut 5 kad kuning ternyata membawa padah kepada pasukan Manchester United. Dengan Cristiano Ronaldo diletakkan untuk bergandingan dengan Carlos Tevez, bahagian serangan The Red Devils gagal menembusi benteng pertahanan City. Adakah Sir Alex Ferguson telah membuat kesilapan dengan tidak membeli penyerang baru semasa musim perpindahan bulan Januari baru-baru ini?
Chelsea dan Liverpool sekadar seri tanpa jaringan dalam perlawanan yang amat hambar. Keputusan ini tidak akan menyebelahi Liverpool. Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard berterus terang menyatakan yang mereka kini hanya berjuang untuk mendapatkan tempat ke 4 liga untuk melayakkan diri ke Champions League.
Kemenangan Everton kini membawa pasukan kecil ini di tangga ke 4 Liga Perdana England. Walaupun Tim Cahill dan Mikel Arteta, 2 tonggak utama pasukan berjersey biru ini kurang menyerlah dalam perlawanan menentang Reading, ternyata komitmen pemain lain menjadi punca kemenangan mereka.
Adakah Arsenal akan terus bertakhta di puncak liga? Mampukah Liverpool mendapatkan tempat terakhir ke Piala Juara-Juara? Kita selaku peminat bola sepak liga England, hanya mampu berharap akan musim kali ini cepat berakhir untuk mendapat jawapan bagi persoalan persoalan tersebut.