BorakBola In Google

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

Selepas beberapa lama tidak meng”update” BorakBola.Net – Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda, kami teringin melihat apakah yang dilihat oleh Google tentang blog kami. Kami menaip “borakbola” di carian Google dan hasilnya anda dapat lihat seperti di bawah.

BorakBola In Google Search

BorakBola In Google Search

Kini BorakBola.Net mempunyai linknya yang tersendiri apabila anda mencarinya di Google. Terima kasih atas sokongan anda selama ini.

BorakBola.Net Kembali Semula

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

Selepas menyepi selama beberapa bulan atas sebab pelajaran, gangguan luaran dan sebagainya, kini BorakBola.Net – Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda kembali semula untuk menyajikan berita-berita dan info terkini mengenai dunia bola sepak.

Pertamanya ingin memohon maaf kepada kesemua pembaca setia yang tertunggu-tunggu ‘update’ terkini dari kami. Kini kami akan sekali lagi menggegarkan dunia bolasepak dengan artikel-artikel menarik kami untuk tatapan ramai.

Harap mendapat sokongan dan sambutan kembali dari anda semua. Terima kasih kerana setia menunggu.

BorakBola.Net Blog Updates And Futures

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

borakbola-blogbolasepakmalaysiaterbaikanda

With the General Election 12th for Malaysians finally over, I would like to inform the readers of BorakBola – Your Malaysia Premiere Football Blog about a few features and updates which will be done from now on. For our lovers lovely information, this blog has been up for almost for 5 months. You can read more about us in this page.

Up until today, there are 105 articles written within 13 categories and 519 comments throughout the blog. Time permitted we’ll keep blogging about anything related to the football world.

Starting this week, there are some new weekly post which consists:-

  • POTW - Player Of The Week. Every week one of football player will be profiled in our post. For an example, you can view this post or this post. Readers also can request for the player you wanted to be profiled through this blog.
  • VOTW - Video Of The Week. Once a week, we will bring you the latest or the interesting football video to be feature here. For an example post, you can view this article.
  • Euro 2008 Review – As Euro 2008 is coming near to football fans around the world, we will try our best to bring closer look to each country that participate for the tournament. We’ll be focusing on the key players, predictions, managers and their groups until Euro 2008 starts.

To remind all of our visitors, BorakBola.Net competition is still running. This is your chance to win exclusive prizes from us. No hassle and it’s very easy to enter. Grab your prize today by entering our competition.

For the upcoming weeks, with these new features post, we hope that BorakBola.Net can truly become Malaysia Premiere Football Blog in the near future. If you are interested to be a guest writer, you are always welcomed to do so by contacting us through this page.

Thanks to all our readers for the warmth support.

Menangi Hadiah Lumayan Di BorakBola.Net

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

borakbola.jpg

BorakBola.Net Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik anda kini membuka peluang untuk para pembaca blog ini memenangi tiga hadiah ekslusif menerusi pertandingan mudah di blog kami. Hadiah-hadiah lumayan tersebut ialah:-

  • Pemenang Pertama
    Domain dan hosting untuk blog anda selama satu tahun bernilai RM130
  • Pemenang Kedua
    Domain sahaja untuk blog anda selama satu tahun bernilai RM50
  • Pemenang Ketiga
    2 set kerongsang Korea yang bernilai RM 40

Untuk layak turut serta dalam pertandingan ini, di bawah ialah cara-cara pertandingan ini akan dilaksanakan. Setiap cara akan melayakkan anda mendapat satu undian dalam ‘lucky draw’ yang bakal dilakukan selepas tamatnya tempoh pertandingan. Seandainya anda membuat ketiga-tiga pilihan yang ada, bermakna anda mempunyai 3 peluang untuk memenangi salah satu hadiahhadiah yang ditawarkan.

  • Langkah Pertama
    Mendaftar menjadi ahli forum BorakBola.Net dan membuat sekurang-kurangnya 10 pos bermutu di forum dan bukannya sekadar pos yang mempunyai sepatah dua perkataan.
  • Langkah Kedua
    Menghantar sekurang-kurangnya dua artikel dalam bahasa Melayu yang berkaitan dengan bola sepak kepada admin BorakBola.Net. Artikel tersebut mestilah tidak pernah diterbitkan di sumber lain sebelum ini dan akan menjadi milik sepenuh BorakBola.Net selepas dihantar kepada kami
  • Langkah Ketiga
    Mengulas mengenai BorakBola.Net dengan sekreatif yang termampu, tidak kira ulasan memuji ataupun mengutuk dan meletakkan link BorakBola di blog anda.

Jika anda memilih untuk memilih langkah pertama sebagai cara menyertai pertandingan ini, nama anda diambil secara automatik oleh admin selepas anda membuat 10 pos di forum kami.
Sekiranya anda berminat untuk menulis artikel untuk BorakBola.Net, sila hantarkan kedua-dua artikel tersebut ke alamat email nazu23 [at] hotmail.com.

Dan jika anda telah memilih untuk mengulas mengenai BorakBola di blog anda, anda bolehlah meninggalkan komen di artikel ini untuk menyatakan yang anda telah berbuat demikian untuk tindakan lanjut dari pihak kami.

Pertandingan ini akan berlangsung sehingga 31 Mac 2008. Namun begitu tempoh pertandingan ini boleh dipanjangkan atau dipendekkan mengikut sambutan yang diterima daripada pihak pembaca.

Segala pertanyaan boleh dianjurkan kepada nazu23 [at] hotmail..com ataupun di forum BorakBola.Net.

Perkara-perkara penting:-

1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua yang memahami apa yang ditulis mengenai pertandingan ini tidak kira kewarganegaraan anda.

2. Segala urusan pembelian domain akan dilakukan oleh admin BorakBola menerusi sebuah laman webhosting di Korea(kelajuan dan kestabilan syarikat ini dijamin 100% dari pihak kami). Pemenang boleh memilih nama domain sendiri dengan syarat domain tersebut masih tidak dimiliki, tidak mempunyai unsur-unsur lucah ataupun politik dan tidak melebihi nilai hadiah yang ditawarkan.

3. Penukaran hadiah boleh dilakukan dengan syarat nilainya adalah sama dengan nilai hadiah sebenar yang ditawarkan. Contohnya kalau dah ada domain sendiri dan rasa nak hadiah lain seperti jersey pasukan kegemaran anda, semua itu boleh dibincangkan dengan admin BorakBola.Net.

4. Setiap penyertaan hanya boleh memenangi satu hadiah yang ditawarkan. Setiap hadiah yang ditawarkan akan dimenangi oleh individu yang berbeza.

5. Pihak kami akan mengemaskini info terkini berkaitan pertandingan ini dari masa ke masa menerusi forum BorakBola.Net. Segala maklumat dan pertanyaan bolehlah dianjurkan di forum kami.