Perkembangan Terkini Skuad Kebangsaan Malaysia

Filed under: Bola Sepak Malaysia by: KakiBangku

Atas kesibukan bekerja baru baru ini saya gagal memberi laporan terkini tentang perkembangan skuad bola sepak Malaysia seperti yang pembaca harapkan. Mohon maaf banyak-banyak dan kini saya mengambil peluang untuk memberikan informasi terkini kepada anda semua.

Mengikut saudara Poning di bahagian komen, pasukan Malaysia kini sudah layak ke separuh akhir Piala Grand Royal dengan membelasah pasukan Vietnam junior 3 gol berbalas 0. Anda boleh membaca komen saudara poning untuk maklumat yang lebih lanjut.

Jika ada para pembaca berminat untuk menulis di sini, saya amat alu-alukan dan sila hubungi saya menggunakan laman hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih.

Post-Mortem Pesta Bola Merdeka 2008

Filed under: Bola Sepak Malaysia by: KakiBangku

Pesta Bola Merdeka 2008 baru sahaja berakhir 2 minggu yang lepas. Pasukan tuan rumah, Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan dan terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas tewas kepada Vietnam pada penentuan sepakan penalti.

Antara perkara-perkara utama yang boleh diambil positif dan negatif untuk skuad kebangsaan bola sepak Malaysia pada pertandingan kali ini ialah:-

  • kebuntuan idea untuk membolosi gol lawan di dalam keadaan terdesak. Masalah ini ketara pada perlawanan akhir di mana pemain-pemain Malaysia kerap melambungkan bola tinggi ke kotak penalti Vietnam. Tidak ada kepelbagaian.
  • sifat over-confidence. Apabila membelasah lawan di peringkat kumpulan dan separuh akhir, pemain terlalu yakin akan menang mudah di perlawanan akhir. Akibatnya over-confidence ini memakan diri.
  • benteng pertahanan yang kukuk. Gabungan Zamani Misbah dan Aidil ternyata berhasil. Tiada gol yang diboloskan dari masa perlawanan biasa sepanjang temasya Pesta Bola Merdeka 2008 berlangsung.
  • penjaga gol Malaysia tidak diuji. Akibat ketumpulan jentera serangan lawan dan kehebatan centre back kita, keupayaan sebenar penjaga gol tak dapat ditentukan. Yang penting dia sangat lemah dalam sepakan penalti.
  • Sathia menyatakan rindunya pada khidmat Akmal Rizal. Mungkin kekurangan pengalaman di peringkat antarabangsa penyerang kita sekarang menyebabkan tewasnya Malaysia di perlawanan akhir.
  • tidak stick pada game-play. Mungkin nervous atau tertekan semasa perlawanan akhir, Malaysia nampak terlalu terdesak untuk menjaringkan gol sehingga kadang kala terlalu mempercepatkan permainan. Sathia perlu terapkan kekuatan mental yang lebih kepada pemain-pemain.
  • penyerang tidak tajam di depan pintu gol. Terlalu banyak peluang yang dilepaskan. Di perlawanan akhir misalnya, banyak peluang Indra Putra terhidang di depan mata. Sama ada reaksi yang terlalu lambat atau membuat keputusan yang salah menyaksikan peluang terlepas begitu sahaja.

Pada pendapat saya yang masih mentah dalam bola sepak Malaysia ini, pasukan yang dibentuk Sathia ini adalah antara pasukan terbaik yang Malaysia pernah ada. Walaupun Pesta Bola Merdeka 2008 hanya didatangi oleh pasukan-pasukan ranking rendah dan juga Under 23, namun mutu permainan negara kita boleh dikatakan jauh lebih meningkat berbanding dulu.

Kini kita sudah ada asas benteng pertahanan yang kukuh, kekuatan barisan tengah yang mantap dan penyerang yang mampu menjaringkan gol. Dengan Piala AFF bakal menjelang, Malaysia perlukan lebih banyak perlawanan persahabatan untuk memantapkan lagi persefahaman dan menimba pengalaman.

Kita tunggu dan lihat macam mana gaya persembahan skuad bola sepak Malaysia di Piala AFF Disember ini. Pastikan anda mengikuti kami untuk mengetahui jadual dan keputusan terkini Piala AFF kelak.

Report Card Malaysia Group Stage Pesta Bola Merdeka 2008

Filed under: Bola Sepak Malaysia by: KakiBangku
Logo FAM

Logo FAM

Artikel ini diambil dari laman web HarimauMalaya.com. HarimauMalaya merupakan tempat perkumpulan penyokong-penyokong setia pasukan kebangsaaan Malaysia. Untuk makluman lanjut anda boleh melayari HarimauMalaya.com.

Malaysia has rocked so far.Storming through the preliminaries by scoring 14 goals and conceding none. So here’s what I have to say about the team so far:

The Coach: B. Sathianathan (A-) Natinal Coach: B. Sathianathan

Has masterminded the vast improvement of the national squad. We’ve never scored this much and conceded none. Therefore, this is a relevant empirical measurement to assess the improvement of the national squad. The national squad has a lot to thank him. Got his tactics spot on for the three preliminary games. But I still question the inclusion of Nizaruddin in the team. Pick someone else Sathia!!

Read more…

Bola Sepak Malaysia Dan Pilihanraya

Filed under: Bola Sepak Malaysia by: KakiBangku

fam.jpg

Berakhirlah sudah pilihanraya umum ke 12 Malaysia. Kerajaan Malaysia masih dibentuk oleh Barisan Nasional. Dengan keputusan pilihanraya umum yang agak mengejut, Barisan Nasional gagal mendapatkan majoriti 2/3 di Parlimen. Mungkinkah dengan kebangkitan Barisan Alternatif kali ini akan sekurang-kurangnya meningkatkan lagi mutu bola sepak negara kita?

Kemenangan Timbalan Presiden Football Malaysia Association(FAM) Khairy Jamaluddin bakal menyaksikan yang menantu Abdullah Badawi ini terus kekal memegang jawatan tersebut. Khairy Jamalludin sebelum pilihanraya terlalu sibuk melobi sehingga melupakan tugasan jawatannya kini perlu menitikberatkan usaha untuk menaikkan lagi taraf bola sepak Malaysia.

Dengan suara pembangkang semakin kuat di Parlimen, selain dari hal-hal ekonomi dan politik, pihak pembangkang seharusnya menggunakan kesempatan ini untuk merpersoalkan situasi bola sepak Malaysia. Tanya ke mana duit FAM digunakan selama ini, minta perancangan FAM untuk 5 tahun akan datang dan kalau boleh buat proposal baru untuk membantu FAM mempertingkatkan mutu bola sepak kita.

Harap-harapnya pembangkang-pembangkang di Parlimen tidak hanya membincangkan isu-isu kewangan, politik, rasuah dan ISA untuk 5 tahun akan datang ini. Ini masa untuk perubahan buat semua. Semoga bola sepak Malaysia juga tidak terpinggir dalam arus perubahan kali ini. Majulah bola sepak untuk Malaysia.

Kenapa Saya Suka Bola Sepak?

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

cristianoronaldo.jpg

Kenapa saya suka bola sepak? Kenapa saya suka tengok bola kat tv? Kenapa saya suka baca artikel pasal bola? Kenapa saya suka amik tahu pasal dunia bola sepak? Kenapa saya nie boleh dikategorikan sebagai gila bola? Kenapa bola sepak nie nampak menarik je kat saya sedangkan kat orang lain tak ada apa-apa pun? Meh dengar sebab-sebab saya suka sangat semua benda berkaitan bola nie:-

1. Sebab pemain bola nampak kacak bila main bola

Walaupun saya nie bukan seorang perempuan, saya suka tengok bola nie sebab pemain bola yang tak handsome pun nampak kacak bila atas padang. Mamat-mamat bola yang kulit hitam, kulit gelap dan botak pun nampak bergaya bila ada bola kat kaki diorang. Kiranya bola sepak ini tak menilai wajah anda untuk berjaya dalamnya. Bayangkan kalau semua orang nak main bola kena muka ensem-ensem belaka, pandai main ke tak belakang kira. Mesti bola sepak nie jadi boring gile. Tak macam perempuan-perempuan yang memilih wajah-wajah hensem untuk dijadikan pakwe diorang, atas padang bola muka tak jadi ukuran, sebaliknya skill kita dgn bola itu yang akan menyebabkan ribuan wanita tergoda dengan anda.

2. Sebab satu match bola hanya 90 minit sahaja 

90 minit tak terlalu lama dan tak terlalu pendek. Orang kata cun-cun ajer lah. Tak macam tengok tennis(walaupun tennis best gak) yang kengkadang amik masa 3 4 jam baru habis satu match, excitement untuk bola nie 90 minit jer. Kalau game tak best pun kita kira membazir sejam setengah jer. Taklah terasa pembaziran sangat.

3. Tengok bola boleh merapatkan silaturrahim 

Kalau kita pergi tengok bola, jarang betul kita pergi layan sorang-sorang. At least mesti ada 2 3 orang member yang join kita gi tengok kat mapley. Bak kata orang, tengok bola sorang-sorang nie tak ada feel. Tak ada member nak borak dan kutuk sambil-sambil tengok bola. Bila ada member kat sebelah makin bestlah jadinya. Masing-masing dengan info terkini, pendapat peribadi dan kutukan-kutukan yang tak ingat. Itu yang seronoknya bile tengok bola ramai-ramai nie. Selain dapat beramah-mesra, kalau nasib baik member boleh bayar duit teh tarik ngan roti canai yang kita order kat mapley tue.

4. Sebab saya tak dapat buat skill macam diorang buat 

Selain dari tengok bola nie, aku pun main bola gak. Skill aku biasa-biasa jer. Kadang-kadang niat di hati tue ada juga nak tiru gaya Cristiano Ronaldo, Ronaldinho ke, takpun Kaka. Tapi apakan daya, kaki nie cepat betul rasa lenguh bila buat silang 2 3 kali. Sebab tuelah saya suka betul tengok bola sepak nie. Leh la angan-angan yang diri sendiri tengah buat skill kaki silang masa tengok Cristiano Ronaldo gelecek dua tiga defender atas padang. Mana tau nasib baik suatu hari nanti masa tengah main ngan member-member terkeluar pulak skill tue.

5. Kawan-kawan saya semua suka bola 

Ini pun sebab penting gak nie. Kalau kita sorang je tak layan bola dan member-member kita semua layan bola, time dorang bukak cerita pasal bola takkan kita nak berdiam diri jer. Melopong jer diorang cerita pasal game malam semalam. Kurang best la jadi tukang dengar jer. Mesti rasa nak join gak kan. Jadi nak taknak terpaksalah kita sendiri pun terminat bola nie. Lama-lama layan, last-last kita punya information lagi banyak dari member-member yang layan bola lagi awal dari kita. Akhirnya member-member kita semua tanya kita jer kalau nak tau informasi terbaru pasal bola sepak dunia.

Itulah antara sebab-sebab mengarut kenapa saya suka bola sepak. Banyak lagi sebab=sebab yang ada dalam kepala nie cuma tak tau nak terjemahkan dalam perkataan. Apa pula sebab pembaca-pembaca blog BorakBola.Net – Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda minat bola? Adakah sebab ada nostalgia-nostalgia istimewa sejak kecil lagi? Takpun memang dari kecik mak ayah anda semua pun kaki bola juga? Jom sama-sama kongsi dengan saya jikalau anda sudi.

8 Misteri Peribadi Tentang Kaki Bangku

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

kakibangku.jpg

Setelah seminggu di’tag’ oleh Naem di Diari Adsense dan baru-baru ini ini pula oleh Afham pula, tibalah masanya segala misteri peribadi, rahsia gelap dan konspirasi tentang KakiBangku, penulis BorakBola.Net- Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda dibongkari satu persatu. Diminta supaya semua pembaca tidak terkejut ataupun terkesima apabila membaca satu persatu rahsia yang telah begitu lama dipendam selama ini.

  1. Sama macam Naem jugak, saya pernah belajar di sekolah agama tapi perangainya dah jauh berbeza sangat masa zaman kegemilangan di sekolah dulu. Sekolah dulu kat Kajang, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang ataupun lebih dikenali dengan singkatan SMAPK.
  2. Sekarang ini tengah belajar kat Korea Selatan di bawah tajaan JPA. Sepatutnya dah balik dah sekarang ini tetapi disebabkan otak dah senak sikit semenjak dua nie terpaksa la extend untuk satu semester lagi.
  3. Pernah termakan daging ‘babi’ masa kat Korea. Nampak macam carrot tau, bukannya sengaja. Tidak ada niat di hati.
  4. Tidak suka makan sayur terutamanya sayur-sayur hijau. Kalau makan burger, confirm sayur-sayur tue akan diletakkan ke tepi dulu barulah makan. Best tue makan daging jer. Rasa enak di mulut.
  5. Suka duduk kat Korea. Antara sebab-sebabnya(selain dari awek-awek yang seksi masa musim panas) ialah Internet dia yang laju dan murah. Serius laju gile. Macam kalau nak main game online tue orang kata tak ada masalah la. Mungkin sebab Internet kat Korea nie dah jadi budaya orang dia.
  6. Pernah jadi ketua naqib masa kat sekolah dulu(pergh, betapa tingginya ilmu masa sekolah dulu tetapi sekarang….)
  7. Kawan-kawan saya cakap muka saya, perangai saya dan cara cakap saya sebijik macam ayah saya. Hahaha. Masa balik Malaysia hari tue ada juga tengok-tengok betul ke sama. Rupa-rupanya memang sama pun. Hehehe.
  8. Last skali, takut nak balik Malaysia sebab tengok keadaan Malaysia sekarang agak terumbang-ambing. Ingat nak carik bini orang sini je. Tapi takut diorang tak reti masak tomyam je.Uhuk. Makanan feveret tue.

Taknak tag orang lain. So itulah sahaja 8 rahsia kegelapan KakiBangku. Semoga selepas ini pembaca-pembaca BorakBola.Net lebih terasa mesra dan tak kekok untuk berinteraksi di blog ini. Oh lupa pulak, saya nie lahir tahun 1983. So sekarang dah umur 25 tahun. Tua la jugak. Terima kasih kerana sudi membaca.

Menangi Hadiah Lumayan Di BorakBola.Net

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

borakbola.jpg

BorakBola.Net Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik anda kini membuka peluang untuk para pembaca blog ini memenangi tiga hadiah ekslusif menerusi pertandingan mudah di blog kami. Hadiah-hadiah lumayan tersebut ialah:-

  • Pemenang Pertama
    Domain dan hosting untuk blog anda selama satu tahun bernilai RM130
  • Pemenang Kedua
    Domain sahaja untuk blog anda selama satu tahun bernilai RM50
  • Pemenang Ketiga
    2 set kerongsang Korea yang bernilai RM 40

Untuk layak turut serta dalam pertandingan ini, di bawah ialah cara-cara pertandingan ini akan dilaksanakan. Setiap cara akan melayakkan anda mendapat satu undian dalam ‘lucky draw’ yang bakal dilakukan selepas tamatnya tempoh pertandingan. Seandainya anda membuat ketiga-tiga pilihan yang ada, bermakna anda mempunyai 3 peluang untuk memenangi salah satu hadiahhadiah yang ditawarkan.

  • Langkah Pertama
    Mendaftar menjadi ahli forum BorakBola.Net dan membuat sekurang-kurangnya 10 pos bermutu di forum dan bukannya sekadar pos yang mempunyai sepatah dua perkataan.
  • Langkah Kedua
    Menghantar sekurang-kurangnya dua artikel dalam bahasa Melayu yang berkaitan dengan bola sepak kepada admin BorakBola.Net. Artikel tersebut mestilah tidak pernah diterbitkan di sumber lain sebelum ini dan akan menjadi milik sepenuh BorakBola.Net selepas dihantar kepada kami
  • Langkah Ketiga
    Mengulas mengenai BorakBola.Net dengan sekreatif yang termampu, tidak kira ulasan memuji ataupun mengutuk dan meletakkan link BorakBola di blog anda.

Jika anda memilih untuk memilih langkah pertama sebagai cara menyertai pertandingan ini, nama anda diambil secara automatik oleh admin selepas anda membuat 10 pos di forum kami.
Sekiranya anda berminat untuk menulis artikel untuk BorakBola.Net, sila hantarkan kedua-dua artikel tersebut ke alamat email nazu23 [at] hotmail.com.

Dan jika anda telah memilih untuk mengulas mengenai BorakBola di blog anda, anda bolehlah meninggalkan komen di artikel ini untuk menyatakan yang anda telah berbuat demikian untuk tindakan lanjut dari pihak kami.

Pertandingan ini akan berlangsung sehingga 31 Mac 2008. Namun begitu tempoh pertandingan ini boleh dipanjangkan atau dipendekkan mengikut sambutan yang diterima daripada pihak pembaca.

Segala pertanyaan boleh dianjurkan kepada nazu23 [at] hotmail..com ataupun di forum BorakBola.Net.

Perkara-perkara penting:-

1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua yang memahami apa yang ditulis mengenai pertandingan ini tidak kira kewarganegaraan anda.

2. Segala urusan pembelian domain akan dilakukan oleh admin BorakBola menerusi sebuah laman webhosting di Korea(kelajuan dan kestabilan syarikat ini dijamin 100% dari pihak kami). Pemenang boleh memilih nama domain sendiri dengan syarat domain tersebut masih tidak dimiliki, tidak mempunyai unsur-unsur lucah ataupun politik dan tidak melebihi nilai hadiah yang ditawarkan.

3. Penukaran hadiah boleh dilakukan dengan syarat nilainya adalah sama dengan nilai hadiah sebenar yang ditawarkan. Contohnya kalau dah ada domain sendiri dan rasa nak hadiah lain seperti jersey pasukan kegemaran anda, semua itu boleh dibincangkan dengan admin BorakBola.Net.

4. Setiap penyertaan hanya boleh memenangi satu hadiah yang ditawarkan. Setiap hadiah yang ditawarkan akan dimenangi oleh individu yang berbeza.

5. Pihak kami akan mengemaskini info terkini berkaitan pertandingan ini dari masa ke masa menerusi forum BorakBola.Net. Segala maklumat dan pertanyaan bolehlah dianjurkan di forum kami.