Tristan merasa terpukul dengan kenyataan Sir Alex Ferguson yang turut dipaparkan dalam laman borakbola ini. Tunggu dulu Ferguson. Anda dan pasukan terbaik anda masih belum mencapai apa-apa kejayaan musim ini. Hati pihak manakah yang cuba direbut Ferguson dengan kenyataan ini? Peminat? Keluarga Glazer? Ataupun pemain-pemain yang dimegah-megahkan semasa dibeli, tetapi kini kerap memanaskan bangku simpanan? Maaflah Michael Carrick jika anda tercekik membaca artikel ini (which is impossible), tetapi nampaknya kenyataan Ferguson itu ditujukan untuk diri Pak Ferguson sendiri.
Siapakah yang tidak gentar mendengar nama Rooney, Ronaldo, dan Tevez?Kelibat 3 pemain ini sahaja sudah cukup untuk menggerunkan pihak lawan dengan corak permainan serangan mereka. Ditambah pula dengan pembelian pemain seperti Nani, Anderson dan Hagreaves baru-baru ini, Sir Alex Ferguson telah menyatakan yang skuad Manchester United sekarang ini adalah yang terbaik pernah berada di bawah pengurusannya.
Ini bermakna Sir Alex secara bersembunyi telah mengumumkan yang skuad yang pernah dianggotai Beckham, Roy Keane dan Cantona berada di taraf yang lebih rendah daripada skuad sekarang ini. Perlu diingatkan skuad sebelum ini berjaya memenangi Piala Liga Juara-Juara.
