
Setelah seminggu di’tag’ oleh Naem di Diari Adsense dan baru-baru ini ini pula oleh Afham pula, tibalah masanya segala misteri peribadi, rahsia gelap dan konspirasi tentang KakiBangku, penulis BorakBola.Net- Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda dibongkari satu persatu. Diminta supaya semua pembaca tidak terkejut ataupun terkesima apabila membaca satu persatu rahsia yang telah begitu lama dipendam selama ini.
- Sama macam Naem jugak, saya pernah belajar di sekolah agama tapi perangainya dah jauh berbeza sangat masa zaman kegemilangan di sekolah dulu. Sekolah dulu kat Kajang, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang ataupun lebih dikenali dengan singkatan SMAPK.
- Sekarang ini tengah belajar kat Korea Selatan di bawah tajaan JPA. Sepatutnya dah balik dah sekarang ini tetapi disebabkan otak dah senak sikit semenjak dua nie terpaksa la extend untuk satu semester lagi.
- Pernah termakan daging ‘babi’ masa kat Korea. Nampak macam carrot tau, bukannya sengaja. Tidak ada niat di hati.
- Tidak suka makan sayur terutamanya sayur-sayur hijau. Kalau makan burger, confirm sayur-sayur tue akan diletakkan ke tepi dulu barulah makan. Best tue makan daging jer. Rasa enak di mulut.
- Suka duduk kat Korea. Antara sebab-sebabnya(selain dari awek-awek yang seksi masa musim panas) ialah Internet dia yang laju dan murah. Serius laju gile. Macam kalau nak main game online tue orang kata tak ada masalah la. Mungkin sebab Internet kat Korea nie dah jadi budaya orang dia.
- Pernah jadi ketua naqib masa kat sekolah dulu(pergh, betapa tingginya ilmu masa sekolah dulu tetapi sekarang….)
- Kawan-kawan saya cakap muka saya, perangai saya dan cara cakap saya sebijik macam ayah saya. Hahaha. Masa balik Malaysia hari tue ada juga tengok-tengok betul ke sama. Rupa-rupanya memang sama pun. Hehehe.
- Last skali, takut nak balik Malaysia sebab tengok keadaan Malaysia sekarang agak terumbang-ambing. Ingat nak carik bini orang sini je. Tapi takut diorang tak reti masak tomyam je.Uhuk. Makanan feveret tue.
Taknak tag orang lain. So itulah sahaja 8 rahsia kegelapan KakiBangku. Semoga selepas ini pembaca-pembaca BorakBola.Net lebih terasa mesra dan tak kekok untuk berinteraksi di blog ini. Oh lupa pulak, saya nie lahir tahun 1983. So sekarang dah umur 25 tahun. Tua la jugak. Terima kasih kerana sudi membaca.
