20 Pemain Terburuk Dunia

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

Bukan ku pinta
Lahir ke dunia
Bukan ku minta
Tak hensem begini

Pemain bola memang tak habis dengan kajian yang dilakukan terhadap diorang. Kalau dulu saya ada menulis tentang artikel 5 pemain terkacak dunia, kini laman web ThePeopleClub dengan beraninya mengeluarkan senarai 20 pemain terburuk dunia. Dalam kata pasarnya, pemain yang tak handsome, buruk, tak kacak dan kalau tengok buat sakit hati je.

Mendahului senarai ialah pemain Manchester United(ada 7 pemain Manchester dalam senarai ini) iaitu Wayne Rooney. Dengan muka ala gorilanya, leher yang tak kelihatan dan tinggi yang tak seberapa, Rooney diundi paling tak hensem lebih dari Ronaldinho yang menduduki tangga ke 2. Nampaknya gigi jongang Ronaldinho masih gagal menandingi wajah buruk Rooney secara keseluruhannya. Mesti Ronaldinho kecewa.

Untuk pengetahuan anda semua, wajah pemain ini tidak langsung memberi kesan kepada mereka dalam bab mencari awek. Wayne Rooney memiliki antara awek terlawa, Peter Crouch dan aweknya pula digelar Beauty and The Beast oleh media English dan ramai lagi. Ternyata kalau duit dalam poket dah bersepah, setakat muka buruk boleh diterima oleh wanita sekarang. Bak kata orang, duit itu segalanya.

Mari kita lihat senarai lengkap 20 pemain terburuk ini:-

Rank
Name Club
Wayne Rooney
1
Wayne Rooney Manchester United
Ronaldinho
2
Ronaldinho Barcelona
Carlos Tevez
3
Carlos Tevez Manchester United
Peter Crouch
4
Peter Crouch Liverpool
Ronaldo
5
Ronaldo Milan
Luke Chadwick
6
Luke Chadwick Manchester United
Robbie Fowler
7
Robbie Fowler Cardiff
Darren Fletcher
8
Darren Fletcher Manchester United
Rio Ferdinand
9
Rio Ferdinand Manchester United
Ruud Van Nistelrooy
10
Ruud Van Nistelrooy Real Madrid
Dirk Kuyt
11
Dirk Kuyt Liverpool
Joleon Lescott
12
Joleon Lescott Everton
Gary Neville
13
Gary Neville Manchester United
Robbie Savage
14
Robbie Savage Derby County
Iván Campo
15
Iván Campo Bolton
Robert Earnshaw
16
Robert Earnshaw Derby County
Phil Neville
17
Phil Neville Everton
Philippe Senderos
18
Philippe Senderos Arsenal
Paddy Kenny
19
Paddy Kenny Sheffield United
Edwin Van der Sar
20
Edwin Van der Sar Manchester United

50 Gol Terbaik Dunia

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

Melihat reaksi yang ditimbulkan dengan persoalan jaringan gol manakah yang terbaik di dunia, saya telah membuat sedikit kajian di Internet. Hasilnya ialah video youtube yang menunjukkan 50 gol terbaik dunia. Videonya ada di bawah ini. Enjoy dan buatlah penilaian anda sendiri.