Zinedine Zidane, one name all football fans will remember not for only his headbutt against Marco Materazzi but also for all the skills, memories and great moments for us. Blessed with ball control skill, wide range of passing and stunning shoots, Zidane has patched his name among the legends of football such as Maradona, De Stefano and Pele.
The sweetheart of France football’s fans for his contribution in World Cup 1998 and Euro 2000 especially, BorakBola.Net – Your Malaysia Premiere Football Blog brings to you 9 minutes of Zidane’s greatest collection of skills during his football carrier.
Menerusi laman web UEFA, kesebelasan utama(UEFA Football Team Of 2007) untuk keseluruhan Eropah telah pun dipilih oleh peminat bola sepak sendiri. Dengan lebih 3.75 juta undian oleh hampir 300,000 ribu pengguna laman web UEFA, kini BorakBola.Net membawakan anda 11 pemain dan seorang pengurus terbaik Eropah.
Dengan pemerhatian oleh pakar menerusi perlawanan Champions League, sebanyak 60 pemain telah dicalonkan. Kesemua pemain ini kemudiannya telah diundi oleh peminat bola sepak seluruh dunia untuk membentuk satu pasukan yang terbaik buat tahun 2007. Oleh kerana pengundian ini dilakukan oleh peminat, kemungkinan besar pemain yang anda rasakan layak berada di dalam pasukan ini tidak termasuk di dalam senarai.
Berikut adalah kesebelasan utama UEFA Football Team Of 2007:-
Apa pendapat anda? Siapakah yang sebenarnya lebih layak untuk mengisi kesebelasan terbaik Eropah? Adakah Sir Alex Ferguson benar-benar sesuai untuk mengendali pasukan ini? Jom BorakBola dengan Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda.
Bukan ku pinta
Lahir ke dunia
Bukan ku minta
Tak hensem begini
Pemain bola memang tak habis dengan kajian yang dilakukan terhadap diorang. Kalau dulu saya ada menulis tentang artikel 5 pemain terkacak dunia, kini laman web ThePeopleClub dengan beraninya mengeluarkan senarai 20 pemain terburuk dunia. Dalam kata pasarnya, pemain yang tak handsome, buruk, tak kacak dan kalau tengok buat sakit hati je.
Mendahului senarai ialah pemain Manchester United(ada 7 pemain Manchester dalam senarai ini) iaitu Wayne Rooney. Dengan muka ala gorilanya, leher yang tak kelihatan dan tinggi yang tak seberapa, Rooney diundi paling tak hensem lebih dari Ronaldinho yang menduduki tangga ke 2. Nampaknya gigi jongang Ronaldinho masih gagal menandingi wajah buruk Rooney secara keseluruhannya. Mesti Ronaldinho kecewa.
Untuk pengetahuan anda semua, wajah pemain ini tidak langsung memberi kesan kepada mereka dalam bab mencari awek. Wayne Rooney memiliki antara awek terlawa, Peter Crouch dan aweknya pula digelar Beauty and The Beast oleh media English dan ramai lagi. Ternyata kalau duit dalam poket dah bersepah, setakat muka buruk boleh diterima oleh wanita sekarang. Bak kata orang, duit itu segalanya.
Mari kita lihat senarai lengkap 20 pemain terburuk ini:-
Association of Football Statisticians atau kalau dalam Bahasa Malaysianya ‘Persatuan Statistik Bola Sepak’, selepas membuat kajian setiap fakta dan angka telah menerbitkan 100 pemain terbaik dunia. Perlu dingatkan yang penilaian ini dilakukan berdasarkan beberapa faktor seperti gol yang dijaringkan oleh penyerang, ‘clean sheet’ oleh pemain pertahanan, dan juga sejauh mana pencapaian pemain-pemain tersebut(sama ada pernah bermain dalam perlawanan akhir Piala Dunia dan sebagainya).