Pasukan UEFA Untuk 2007

Filed under: Liga Juara-Juara by: KakiBangku

logochampionsleague.jpg

Menerusi laman web UEFA, kesebelasan utama(UEFA Football Team Of 2007) untuk keseluruhan Eropah telah pun dipilih oleh peminat bola sepak sendiri. Dengan lebih 3.75 juta undian oleh hampir 300,000 ribu pengguna laman web UEFA, kini BorakBola.Net membawakan anda 11 pemain dan seorang pengurus terbaik Eropah.

Dengan pemerhatian oleh pakar menerusi perlawanan Champions League, sebanyak 60 pemain telah dicalonkan. Kesemua pemain ini kemudiannya telah diundi oleh peminat bola sepak seluruh dunia untuk membentuk satu pasukan yang terbaik buat tahun 2007. Oleh kerana pengundian ini dilakukan oleh peminat, kemungkinan besar pemain yang anda rasakan layak berada di dalam pasukan ini tidak termasuk di dalam senarai.

Berikut adalah kesebelasan utama UEFA Football Team Of 2007:-

uefateamoftheyear.jpg

Apa pendapat anda? Siapakah yang sebenarnya lebih layak untuk mengisi kesebelasan terbaik Eropah? Adakah Sir Alex Ferguson benar-benar sesuai untuk mengendali pasukan ini? Jom BorakBola dengan Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda.

20 Pemain Terburuk Dunia

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

Bukan ku pinta
Lahir ke dunia
Bukan ku minta
Tak hensem begini

Pemain bola memang tak habis dengan kajian yang dilakukan terhadap diorang. Kalau dulu saya ada menulis tentang artikel 5 pemain terkacak dunia, kini laman web ThePeopleClub dengan beraninya mengeluarkan senarai 20 pemain terburuk dunia. Dalam kata pasarnya, pemain yang tak handsome, buruk, tak kacak dan kalau tengok buat sakit hati je.

Mendahului senarai ialah pemain Manchester United(ada 7 pemain Manchester dalam senarai ini) iaitu Wayne Rooney. Dengan muka ala gorilanya, leher yang tak kelihatan dan tinggi yang tak seberapa, Rooney diundi paling tak hensem lebih dari Ronaldinho yang menduduki tangga ke 2. Nampaknya gigi jongang Ronaldinho masih gagal menandingi wajah buruk Rooney secara keseluruhannya. Mesti Ronaldinho kecewa.

Untuk pengetahuan anda semua, wajah pemain ini tidak langsung memberi kesan kepada mereka dalam bab mencari awek. Wayne Rooney memiliki antara awek terlawa, Peter Crouch dan aweknya pula digelar Beauty and The Beast oleh media English dan ramai lagi. Ternyata kalau duit dalam poket dah bersepah, setakat muka buruk boleh diterima oleh wanita sekarang. Bak kata orang, duit itu segalanya.

Mari kita lihat senarai lengkap 20 pemain terburuk ini:-

Rank
Name Club
Wayne Rooney
1
Wayne Rooney Manchester United
Ronaldinho
2
Ronaldinho Barcelona
Carlos Tevez
3
Carlos Tevez Manchester United
Peter Crouch
4
Peter Crouch Liverpool
Ronaldo
5
Ronaldo Milan
Luke Chadwick
6
Luke Chadwick Manchester United
Robbie Fowler
7
Robbie Fowler Cardiff
Darren Fletcher
8
Darren Fletcher Manchester United
Rio Ferdinand
9
Rio Ferdinand Manchester United
Ruud Van Nistelrooy
10
Ruud Van Nistelrooy Real Madrid
Dirk Kuyt
11
Dirk Kuyt Liverpool
Joleon Lescott
12
Joleon Lescott Everton
Gary Neville
13
Gary Neville Manchester United
Robbie Savage
14
Robbie Savage Derby County
Iván Campo
15
Iván Campo Bolton
Robert Earnshaw
16
Robert Earnshaw Derby County
Phil Neville
17
Phil Neville Everton
Philippe Senderos
18
Philippe Senderos Arsenal
Paddy Kenny
19
Paddy Kenny Sheffield United
Edwin Van der Sar
20
Edwin Van der Sar Manchester United

10 Pemain Termahal Dunia

Filed under: Artikel Pilihan by: KakiBangku

pemaintermahaldunia.jpg

Dengan dunia bola sepak dipenuhi sumber kewangan yang melimpah ruah terutamanya buat kelab-kelab besar, harga badan setiap pemain makin hari makin meningkat. Pernah terfikir siapakah pemain termahal di dunia ini? Kini, BorakBola.Net – Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda membawakan statistik mengenai harga pemindahan pemain:-

10 Pemain Termahal Dunia

1. Zinedine Zidane: Juventus ke Real Madrid – 45.62 million GBP (2001)
2. Luis Figo: Barcelona ke Real Madrid – 37 mil (2000)
3. Hernan Crespo: Parma ke Lazio – 35.5 mil (2000)
4. Gianluigi Buffon: Parma ke Juventus – 32.6 mil (2001)
5. Christian Vieri: Lazio ke Inter – 32 mil (1999)
6. Shevchenko AC Milan ke Chelsea – 30 million GBP (2006)
7. Rio Ferdinand: Leeds ke Manchester United – 29.1 mil (2002)
8. Gaizka Mendieta: Valencia ke Lazio – 29 mil (2001)
9. Ronaldo: Inter ke Real Madrid – 28.49 mil (2002)
10. Juan Sebastian Veron: Lazio ke Manchester United – 28.1 mil (2001)

Status pemain termahal dunia setakat ini masih dipegang oleh legenda Perancis, Zidane. Kemungkinan besar rekod ini hanya boleh dipecahkan sekiranya pemain-pemain muda seperti Lionel Messi, Kaka, Fabregas dan Cristiano Ronaldo dibeli oleh kelab-kelab lain. Pembelian ini mungkin tidak akan berlaku dalam masa terdekat akibat keengganan kelab masing-masing melepaskan pemain terbaik mereka.

10 Pemain Termahal Liga Perdana England

1. Andriy Shevchenko: AC Milan le Chelsea – 30 million GBP (2006)
2. Rio Ferdinand: Leeds ke Manchester United – 29.1 mil (2002)
3. Juan Sebastian Veron: Lazio ke Manchester United – 28.1 mil (2001)
4. Michael Essien: Lyon to Chelsea – 24.43 mil (2005)
5. Didier Drogba: Marseille ke Chelsea – 24 mil (2004)
6. Wayne Rooney: Everton ke Manchester United – 23 mil (2004) 7. Shaun Wright-Phillips: Manchester City ke Chelsea – 21 mil (2005)
8. Fernando Torres: Atletico Madrid ke Liverpool – 20 mil (2007)
9. Ricardo Carvalho: Porto ke Chelsea – 19.85 mil (2004)
10. Ruud Van Nistelrooy: PSV ke Manchester United – 19 mil (2001)

Nampaknya 2 kelab iaitu Manchester United dan Chelsea(sejak kedatangan Ibrahimovic) paling berbelanja sakan dalam hal membeli pemain. Juan Sebastian Veron merupakan pembelian gagal Sir Alex tetapi dibeli pula oleh Jose Mourinho dengan harga yang agak tinggi. Manakalah Fernando Torres merupakan rekod pembelian termahal buat kelab Liverpool.

Dengan kebanyakan kelab kini lebih menumpukan pembelian kepada pemain muda yang tidak terkenal, harga pemain-pemain ini tidaklah semahal pemain-pemain ternama dunia. Siapa yang cepat membuat ‘approach’ berkemungkinan besar untuk membuat keuntungan yang tinggi apabila pemain-pemain muda ini mencipta nama dalam masa 4-5 tahun.

Pengurus yang paling bijak dan cermat serta mempunyai pandangan yang tajam dalam mengesan bakat-bakat muda sudah tentu milik Arsene Wenger. Wenger berjaya menukar Fabregas yang tidak mendapat tempat di dalam pasukan Barcelona kepada seorang pemain tengah yang hampir sempurna kini. Selain itu ada juga nama-nama pemain yang dikenali seperti Kolo Toure, Gael Glichy dan Flamini yang kini disegani sebagai pemain ternama di Liga England.

Apa pendapat anda tentang pembelian pemain masa kini? Adakah berbaloi untuk kelab-kelab mengeluarkan sejumlah wang yang besar membeli mereka? Jom borak bola di BorakBola.Net- Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda.