[Sukan SEA] – Raja Asia Tenggara

Filed under: Artikel Pilihan, Bola Sepak Malaysia by: BangkuSimpanan

FAM

Percaya atau tidak itulah realitinya. Mungkin para pengkritik-pengkritik beranggapan itu cumalah nasib. Tetapi harus di ingat, menang tetap menang walaupun dengan 1-0, walaupun dengan gol sendiri oleh pihak lawan. Yeah kini mereka mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah. Tahniah aku ucapkan kepada mereka semua. 20 tahun adalah satu jangka masa yang begitu lama. Memang sangap la orang kata. Tetapi hari ni kesanggapan rakyat Malaysia dapat dihapuskan dengan squad Harimau Muda kite berjaya merangkul pingat emas dalam sukan SEA 09. Aku memang kagum dengan semangat diorang. Memang Malaysia memerlukan mentaliti dan semangat yang sebigini rupa untuk menongkah arus dalam kancah moden bola sepak. Semangat ini lah yang selama ini hilang tanpa khabar. Kini semangat ini kembali kepangkuan squad muda kali ini.

Ketika ini aku berasa teruja dan bangga ketika lagu negaraku berkumandang di Laos. Terima kasih Rajagopal. Memang nama pun Raja. Memang anda adalah Raja. Kini squad kita boleh dianggap Raja Asia Tenggara yang baru. Vietnam harus menelan mentah-mentah kata yang mereka lontarkan sebelum pertandingan akhir. Thailand pun tidak harus kita gentarkan lagi. Ikut sejarah kita memang dulu mampu menandingini mereka. Seperti kata orang di mana ada kemahuan pasti disitu ada jalan. Gila patriotik aku. Serius aku tak penah rasa bangga macam ni. Maybe orang kata..alah setakat sukan SEA je tue pun nak bising ke?..

Ya, ni memang sukan SEA. Aku harap dengan kemengan ini yang akan menjadi satu platform dan pemangkin untuk squad negara untuk melangkah satu tapak ke hadapan lagi. Kita perlu bergerak satu demi satu langkah bermula dengan sukan SEA. Selepas ni baru lah kita boleh target untuk memasuki perlawanan akhir sukan Asia yang mana didominasi oleh Korea, Jepun dan lain2. Jadi lah kemenangan ini yang membuktikan kita boleh. Malysia Boleh. Biarlah para pengkiritik mengkritik pasukan Malaysia. Itu memang tugas diorang. Dah nama pun pengkritik. Tetapi kritikan-kritikan pedas itu perlu diambil kira untuk kita maju. Tanpa kritikan kita tidak tahu kelemahan diri.

Selepas ini persoalan yang akan bermain dibibir peminat-peminat Malaysia ialah adakah kita mampu untuk mempertahankan emas sukan SEA ni? Aku harap pemain-pemain ni yang akan jadi tulang belakang untuk squad senior. Kunalan bermain cemerlang di bahagian sayap walaupun first half die main kat sebelah kiri(mamat ni winger belah kanan). Die banyak membantu bahagian pertahanan. Guru pulak agak keras dan solid di bahangian DM tetapi perlu memperkemaskan kawalan bola. Banyak sangat hilang bola. Muslim dan Aidil berganding cemerlang dengan takle-takle yang bersih. Aerial battle pun menang tetapi perlu memberi fokus pada akhir-akhir perlawanan. Sabree dan Nasriq main mantap. Diorang berani naik ke atas untuk membantu serangan dan laju untuk turun semula ke posisi asal. Memang secara keseluruhan diorang main mantap.Cuma perlu lebih tajam di barisan hadapan untuk menyudahkan umpanan-umpanan dari pemain tengah.

Series aku tak penah seronok macam nie. Terima kasih Rajagopal. Terima kasih squad harimau Muda. Tetapi mereka perlu ingat dan jangan alpa kerana pasti selepas ini harapan peminat-peminat terhadap mereka akan semakin tinggi. Kritikan-kritikan pun akan datang bagaikan peluru-peluru ketika peperangan dunia ke-2 jika mereka gagal. Janganlah hangat-hangat taik ayam. Sekarang tidak keterlaluan jika untuk aku katakan Malaysia adalah Raja Asia Tenggara. Malaysia Boleh.

FINAL SUKAN SEA 09

MALAYSIA 1 – 0 VIETNAM

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

14 Responses to “[Sukan SEA] – Raja Asia Tenggara”

  1. Anonymous Says:

    caya la harimau malaya…

  2. hezriaki Says:

    salam maal hijrah…tahniah kpd skuad bolasepak malaysia kerana mangangkat martabat negara di mata asia tenggara..dengan kilauan emas yang di genggam skuad negara,ia membuktikan ia suatu perubahan yang semakin meningkat yang di tunjukkan oleh ank didik rajagopal..walaupun diperkatan kan ianya gol sendiri,ia sebenarnya adlah titik usaha pemain2 sendiri yang terus menekan pemain vietnam sehingga tercipta gol kemenangan negara kita..ternyata doa dan diiringgi semangat,usaha yang tak pernah jemu,ia membuahkan hasil buat seluruh warga malaysia..tahniah..kepada pengkritik,adat kehidupan n permainan,takkan selama kita duduk diatas,ada kalanye kita tersungkur,tapi bkn bermakna kita hina untuk dikeji..hidup pasukan malaysia..salam

  3. rafiz2000 Says:

    tahniah dan sekalung penghargaan buat seluruh pasukan malaysia serta rakyat malaysia yang menyokong pasukan Harimau kita.
    Semoga ini akan menjadi asas kepada penubuhan sebuah pasukan yang mantap dan mengharapkan ini permulaan sebuah episoa baru di FAM.
    Semoga team2 yang dibimbing oleh Azrai Khor dan Ong Kim Swee meneruskan perjuangan skuad senior.

    Bagi pandangan aku-
    1st touch bola agak kurang memuaskan..mudah terlepas.
    Trough pass kepada striker tak banyak menjadi
    Defender solid tak ada silly mistake and nampak fokus.
    Cuma Midfield kadangkala agak kebawah hampir kepada defender..bila nak counter attack tak menjadi..
    kadangkala ruang antara midfield n striker nampak jauh.

    totally aku memneri tabik hormat dengan 8.5 mata dari 10.
    pemain terbaik-semua defender.

  4. BangkuSimpanan Says:

    nice one rafiz..yup2 def kite mmg patut diberi pujian..tapi aku pun agak cemas time 8min terakhir tue..hehe

  5. DHFTBL Says:

    sekalung tahniah buat pasukn bola sepak kebangsaan atas kmnngn ke atas Vietnam ptng td..kredit harus dberikn kpd barisan prthnn msia yg sentiasa segak n steady mengatasi serangn brtali arus phak lawan..wpun barisn mdfield agak kurang idea dan barisan serangn kurang tajam namun smngt mereka utk mengatasi segala kelemahan yg ada especially pd separuh masa pertama mmbngkitkn adrenalin aku sbgai salah seorang peminat bola sepak msia (ntah ape aku merapu ni)

    cuma aku trtarik dgn kenyataan pengulas sukan RTM tu yg mengatakan kmnngn ni harus djadikn pmbkar semangt kpd pemain utk mengharungi saingan liga tempatan yg nmpknya smakin muram…ada kalanya aku trfikir d mana barisn bawah 23 msia waktu mnjulang pestabola mrdeka dulu..prsmbhn mereka d saingan temptn mcm pmain biase je..

  6. majin Says:

    Cayalah bro. Dah lama sangat Malaysian tunggu result camni. paling respek, lu orang fight setiap bola. masa lwn laos, sayap laos bebas bergerak di kiri kanan. Lwn vietnam, sayap diorang takleh buat banyak. syabas bek kiri dan kanan (serta tengah) yang melumpuhkan serangan vietnam sebelum ianya menjadi gol. serangan plak, IMHO zaquan sepatutnya diturunkan dr awal lagi instead of ahmad fakri yg x efektif hari tu. paling tidak, zaquan ni boleh huru-harakan benteng lawan. Syabas Malaysia!

  7. harimau tua Says:

    salam semua dan tahniah…
    satu jer harapan aku..supaya org² berkuasa kat malaysia jangan buat keputusan atas hidden agenda mereka sendiri… sepatutnya team harimau muda dikekalkan terus dalam piala malaysia… bukannya dibubar demi nak selamatkan maruah pahang fa yg sepatutnya bermain dalam liga perdana tahun depan..!! masuk ni dah 3 kali pahang ‘diselamatkan’.. fasal pahang dibelasah teruk dalam final piala malaysia gak ler singapura kena buang dari piala malaysia… terus hilang keseronokan piala malaysia beb…

  8. meon77 Says:

    caya lah harimau malaya…
    cam nie lah nak gi jauh…
    tapi ble nak tngk malaysia
    maen kat piala dunai erk.. :lol:

  9. Yob Tak Tekejo Says:

    Menang pingat emas Sukan SEA bukan boleh dianggap kejayaan gemilang bola Malaysia. Sebelum ini kita pun dah menang beberapa kali pingat emas sejak zaman Ghani Minhat, Mokhtar dan Zainal. Walaupun menang diakhirnya bola Malaysia tak kemana jugak. Dlm sejarah bola Malaysia hanya tiga kali shj kejayaan yg boleh dianggap gemilang iaitu ketika menang gangsa Sukan Asia 1974 dan layak ke olimpik 1972 & 1980. Kalo dlm masa 6 thn akn dtg team ni boleh menang Piala AFF, layak secara merit ke Piala Asia dan layak hingga ke peringkat terakhir kelayakan Piala Dunia pun dah kira agak baik dan boleh dibanggakan..

  10. amad Says:

    tahniah kat malaysia…selama 20 tahun menunggu…akhirnyer berjaya juga…alhamdulillah..tapi ingat,itu adalah kuasa Allah…kiter sepatut nya bersyukur atas kurniaanNya…

  11. andi Says:

    raja asia tnggara adalh thailand trus nomor 2nya indonesia 3 singapura.. :razz: itu amua sya liht mnrut prjlanan sepak bola :grin: asean 20 thn trakhir.. HORAS INDONESIA… :evil: malaysia berlatihlah dulu.. smga bsok jdi runner up.. indonesa juaranya!!!!!!!!!!! :lol:

  12. Anonymous Says:

    caya la harimau malaya…

  13. nazrin Says:

    Tahniah Pasukan Kebangsaan,diharapkan pencapaian ini akan berterusan.Tapi adakah menjadi realiti andai pasukan Harimau Muda A kini masih tiada tempat untuk ditempatkan dimana-mana liga.

  14. ntah Says:

    20 thn??..
    kena tunggu 20 thn lg aa kot br bleh bangga balek..

Leave a Reply