Steven Gerrard, Si Hipokrit

Filed under: Liga England by: KakiBangku

Ketua pasukan Liverpool, lagenda Liverpool dan penentu tahap sukan bola sepak England yang lebih dikenali dengan nama Steven Gerrard mempunyai ramai peminat yang tak berbelah bahagi sokongan terhadapnya. Sudah tentu anda masih tidak dapat melupakan bagaimana dia membakar semangat Liverpool untuk menjulang Piala Juara-Juara di Istanbul 2 tahun lepas. Dengan semangat tidak mudah mengaku kalah inilah Gerrard telah berjaya memikat ribuan hati peminat bola sepak sedunia.

Walaupun dia telah mengeluarkan kenyataan bahawa pemain seperti Carvalho merosakkan nama baik bola sepak (Carvalho dikenali dengan sikapnya yang suka berlakon dan melawan pengadil), Gerrad masih merupakan antara salah seorang pemain yang dihormati di dalam Liga Perdana England. Persoalannya di sini wajarkah kita menggelarkan Steven Gerrard sebagai hipokrit kerana dia juga sebenarnya melakukan perkara yang hampir serupa dengan Carvalho?

Jika anda menonton perlawanan di antara Everton dan Liverpool baru-baru ini, sudah tentu anda dapat menyaksikan bagaimana Gerrard telah mempengaruhi keputusan pengadil perlawanan itu iaitu M Clattenburg. Pada mulanya Clattenburg hanya mengeluarkan kad kuning, namun dengan sedikit “gertakan” daripada Gerrad, pengadil perlawanan telah menyimpan kad kuningnya dan melayangkan kad merah kepada Tony Hibbert. Kelihatan betapa kuatnya pengaruh Gerrard sehingga berjaya menukar keputusan pengadil perlawananan di saat-saat genting.

Insiden ini dan juga insiden menjatuhkan badan dengan mudah untuk mendapatkan sepakan penalti di dalam perlawanan tersebut ternyata telah mengubah persepsi peminat-peminat kepada Gerrard. Layakkah Gerrard digelar hipokrit? Ataupun dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan kemenangan Liverpool? Kongsi pendapat anda mengenai isu ini bersama saya.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tags: , , , , ,

14 Responses to “Steven Gerrard, Si Hipokrit”

  1. din Says:

    tak jugak… sebagai captain, kepentingan pasukan terpakse diletakkan di hadapan melebihi segala galanya. .. sebab tu kot org panngil captain… otai atas padang…
    tapi tindakan die yang menjatuhkan diri secare sengaje tu.. tak boleh dimaafkan la. kalau boleh dibuktikan dgn sebetulnya… walau mcm mane pun.. gerrard merupakan captain yang mempunyai leadership yang cukup tinngi dan tidak hairan sangat disegani baik lawan dan kawan.

  2. zick3y Says:

    alah ramai lagi player yg lagi teruk dive drpd gerrard.. henry dulu kat EPL kuat dive gak.. pires, c.ronaldo etc

  3. KakiBangku Says:

    @din – leh kira gak le idea kau nie.sebagai kapten gerard mmg macho.ada cita2 gak dulu nak jadi gitu zaman memuda
    @zick3y – hmmm.tapi masalahnya gerrard ngutuk orang dive.last2 dia gak yang wat.tue yang angin tue

  4. zam Says:

    memang hibbert ada body contact apa?
    pasal kad merah tu pulak , tak tau la apa gerrard cakap kat ref

  5. jey Says:

    gerrard tidak boleh di labelkan sebagai hipokrit……..

  6. therds Says:

    memang ade contact la..
    lain la mcm raja diving si ronaldo tu..

  7. as Says:

    alaa klu org tarik2 baju dlm kotak penalti, nak buat mcm mane, nak shoot pon susah, buat2 rebah sudah. Dpt jgk penalti…Lg pon bukan selalu pon dia buat. :arrow:

  8. BobbyT Says:

    I don’t wanna debate about his hypocrisy or diving, when I talk about Steven Gerrard, his 2 wonder goals against West Ham in FA Cup Final will flash in front of my eyes! One of the best England player now :)


  9. Warning: parse_url(http://) [function.parse-url]: Unable to parse url in /web/home/nazu23/html/wp-content/plugins/mbla/mbla.php on line 690
    stevie
    Says:

    wowow…. jgn ckp gerrard camtu… meremang buluk roma aku…. mmg sahhh kad merah arituhh… mmg contact dari belakang…
    aku fanatik gle kat gerrard beb…. captaincy paling tinggi kat england skarang….. dielhh player england plg cemerlang skarang…..
    patut die jadik kapten england…. ade ke bg ferdinand jadik….. antara terry ngan gerrard…. gerard lg layak beb……

  10. iqmal Says:

    sbgi kpten,kte msti mlakukan ape shje utk mncpi kmnangan..dy mmg seorg kpten yg bek..

  11. ilyana Says:

    kita juga sanggup berkorban

  12. Anonymous Says:

    ;-) ;-) gerard mmg cool

  13. liverpool fan's Says:

    ;-) aku ttp sokong gerrard. :|

  14. kakero Says:

    aku rase gerrrad skrg main cantik la…dia mmg ade talent jadi Captain englang berbanding terry atau ferdinand..tgk la cam ne dia leh naik kan semangat pasukan liverpool mase menumpas kan Ac milan kat istanbul 2005 tu.Pasal dive tu mmg takleg lari tapi kalau ade contact kat kaki atau badan dia why not dia takleh jatuh kan diri dia untuk dapat kan penalti daripada C.ronaldo yg tak kena pun kaki dia tapi dive je lebih.

Leave a Reply