Skuad Terbaik Manchester United?

Tags: , , ,

Siapakah yang tidak gentar mendengar nama Rooney, Ronaldo, dan Tevez?Kelibat 3 pemain ini sahaja sudah cukup untuk menggerunkan pihak lawan dengan corak permainan serangan mereka. Ditambah pula dengan pembelian pemain seperti Nani, Anderson dan Hagreaves baru-baru ini, Sir Alex Ferguson telah menyatakan yang skuad Manchester United sekarang ini adalah yang terbaik pernah berada di bawah pengurusannya.

Ini bermakna Sir Alex secara bersembunyi telah mengumumkan yang skuad yang pernah dianggotai Beckham, Roy Keane dan Cantona berada di taraf yang lebih rendah daripada skuad sekarang ini. Perlu diingatkan skuad sebelum ini berjaya memenangi Piala Liga Juara-Juara.

Tunjang utama skuad Manchester United sekarang ini sudah tentunya terletak pada pasangan 2R mereka iaitu Ronaldo dan Rooney. Kedua-dua pemain ini mempunyai kepantasan, lincah dan yang penting mempunyai ‘finishing’ semasa berada di hadapan gawang lawan. Dengan Ronaldo sudah pun menjaringkan 10 gol untuk musim ini (23 gol untuk musim sebelumnya), kecederaan yang menimpa Rooney baru-baru ini dilihat tidak mampu untuk memberi impak yang kuat kepada prestasi Manchester United. Dibantu pula dengan barisan ‘midfield’ yang diketuai oleh Hagreaves selaku ‘defensive midfield’, ketibaan Anderson dilihat sebagai tepat pada waktunya terutama untuk membuang sedikit beban yang dipikul oleh Paul Scholes.

Dengan persembahan yang matang dan fleksibel dari Anderson, kita dapat menyaksikan Michael Carrick, pemain yang menjadi tonggak utama ‘midfield’ Manchester United pada musim lepas gagal membolosi kesebelasan utama skuad musim ini. Di bahagian sayap kiri pula, kelibat pemain baru dari Portugal, Nani, diakui oleh Sir Alex sebagai telah berjaya membiasakan dirinya dengan corak permainan pantas Liga England lebih cepat dari jangkaannya. Taktik ‘rotation’ menggantikan Ryan Giggs dan Nani untuk posisi sayap kiri ternyata membuahkan hasil dengan Ryan Giggs menunjukkan walaupun usianya sudah menjangkau 34 tahun tetapi dia tidak mudah untuk menyerahkan tempatnya kepada pemain muda seperti Nani. Malah Nani sendiri apabila disenaraikan di kesebelasan utama, tidak melepaskan peluang yang diberi dengan acapkali menjaringkan gol ataupun ‘assist’ yang penting.

Jangan pula kita lupa bahagian pertahanan Manchester United yang setakat ini hanya memboloskan 6 gol sahaja. Nemanja Vidic ternyata merupakan salah satu pembelian terbaik yang dilakukan oleh Sir Alex Ferguson. Melalui musim pertama yang agak kurang memberangsangkan, kini Vidic telah membuktikan bahawa dialah orangnya untuk beraksi di bahagian tengah pertahanan bersama Rio Ferdinand. Vidic dan Rio seolah-olah melengkapi sesama sendiri, dengan Rio mempunyai keupayaan tinggi membaca hantaran lawan dan Vidic pula kebal dari asakan fizikal penyerang lawan.

Pemergian Heinze ke Real Madrid ditangisi ramai peminat Manchester United kerana kehebatannya beraksi di bahagian bek kiri. Namun begitu, Patrice Evra membuktikan yang keyakinan Sir Alex pada dirinya tidak sia-sia. Walaupun agak kekurangan dari segi fizikal, Evra membuktikan yang dia mempunyai kelebihan dari segi kepantasan dan kecekapan mengelecek bola yang diperlukan untuk melalukan ‘counter attack’. Gerakan ‘overlap’ Evra sering kali mengkucar-kacirkan pihak lawan(sebagai contoh semasa perlawanan menentang Arsenal baru-baru ini).

Tidak lama lagi dengan kembalinya kaptain pasukan The Red Devils iaitu Gary Neville, mampukah skuad terbaik Manchester United ini membuktikan kenyataan Sir Alex Ferguson bukan sekadar ayat motivasi untuk mereka? Mampukah mereka menjuarai Liga England dan Piala Liga Juara-Juara yang seperti semua sedia maklum, sudah menjadi idaman lama buat Sir Alex.

Untuk digelar yang terbaik, hanya kejuaraan sahaja yang mampu membuktikannya.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

16 Comments, Comment or Ping

  1. din

    huhu.. sekarang mmg terbaik.. tapi kene tgk dari pelbagai aspek dan segi kot.. kalau mcm sekarang adelah terbaik sebab
    pencungkilan bakat dulu, sebagai seorang pengurus, ferguson mesti la rase bangge sebab dulu die berjaya sbb budak budak dari academy, carik bakat , dan sekarang skuad dari kejayaan skuad academy, jual sume dapat duit, beli jer dak dak gempak yang mahal nak mampos.. dari segi kejayaan ferguson jer sebnarnye kot..

  2. ayut

    man yoo x bes :P

  3. juned

    ayut dengki.

  4. ayut

    ek eh bro juned..ingat da xde internet da kt mesia tu, lame menyepi…hahaha

  5. nam

    hidup man uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

  6. van der sar tu brape umor die aku nampak mcm dh tua
    tapi bagus die jage gol MU

  7. Free_Kick

    erm….ferguson dpt kumpulkan pemain muda berbakat…tapi lom capai kejayaan seperti zaman eric cantona, beckham dan roy keane….

    arsenal juga sudah mula menonjol dengan pemain muda nya walaupun tidak berjuto-juto seperti player man u…lihat la carrick..sekarang agak tenggelam, walaupun sebelum ini ketika mula-mula dibeli alex ferguson diwar-war sebagai penganti roy keane..banyak juga pembelian ferguson yang tak berjaya….contoh: penjaga gol jer dah lebih dari lima org sebelum jumpa van der sar…

  8. yup.itu belum kira veron dan diego forlan.banyak jugaklah pembelian yang gagal.barthez pun leh dikira gagal gak.

  9. Tristan

    tak payah cakap la berapa banyak pemain yg gagal bawah ferguson. mesti semua dah lupa eric djemba djemba ngan kleberson kan?

    kalau gagal tu bermakna dijual ke kelab lain kerana tidak sependapat dengan orang tua tu…. uish ni lagi banyak. tak terkira banyaknya

  10. bEckam-benGkanG..

    :razz: alaha..
    korang sume nie ckp bkn main pandai lg!! klah ferguson.. org tua tu dah berabad dok kat old traford!! malah bkn dok saje je ( macam korang, nganga jer)..hihihi.. hasilny ade, pulangannye ade.. mcm korng nie, ckp jer lebih, itu lah ini lah… entah2 sepak bola pn xkena!!! hua3…

  11. roy..

    :roll: tol la ckp ko tu beckam…
    komen pandai la!!! mainny xtau pndai ke x… bkn jer mu dorg kutuk!! team mlaysia sendiri pn dorg kutuk gak…
    xpatut tul!!! hmm.. klu sume la cm nie, bola sepak kita hanya pada nam jer la!!! common la..
    footbaal is real life, if ur life bore.. juz do it!!!! football here…. ye haa…

  12. beckam, ko ni bangang ke ape, takde kene mengene main bola ngan borak pasal bola… dah nama blog nih borak psl bola, klu lu rasa sengal ngan derang kat sini yg ade rasa nak kongsi idea psl football scara serius, tak yah la nak kutuk2..

    perangai melayu lama ko bawak lagi zaman milleneum nih beb…tak ke mana la ko…

    sori aku emosi sikit, psl aku takleh tul ade org camni, dah minat bola suka ati la depa nak sembang psl ape.. semestinye ke minat bola kena main bola..ko tu bagus sgt agaknya main bola sampai wakil negeri ke? cakap tu biar la pakai otak sikit…

    btw.. aku anti MU… tapi aku support blog ni yg ade usaha utk dapatkan idea2 dari peminat bola sepak tanah air…

    berubahlah bro…

  13. Beckham dan Roy - terima kasih kerana sudi membuat komen di sini. tahukah anda yang sebenarnya Sir Alex Ferguson, Jose Mourinho dan ramai lagi pengurus-pengurus besar dunia yang karier mereka sebagai pemain bola sebenanrya hampeh. semua tue main untuk kelab-kelab kecil jer. Kalau Jose tue maybe tak pernah main bola langsung kot sebab dulu dia jadi tukang translate je. walaupun tak reti main bola tapi ilmu diorang nie banyak bab bola sepak sebab tue boleh jadi pengurus.

    mengenai kutukan kat bola sepak malaysia, saya akui saya mmg kutuk.tapi saya tak kutuk bodoh je.aran pun tak kutuk bodoh.kami ada bagi cadangan-cadangan untuk tengok bola sepak negara sendiri maju. kami sayang kat bola negara kita.

    kesimpullannya blog ini untuk kongsi pendapat-pendapat mengenai bola sepak.saya amat mengalukan komen-komen dari saudara roy dan beckham.at least kita boleh lihat pandangan rakyat malaysia dari sudut yang lain.thanks and keep visiting

  14. Anonymous

    SUKSES BRO… :cool: :shock:

  15. roy & bengkang..gua setuju ngan aran..tak semestinya nak kena main bola pandai tahap tak ingat baru boleh ckp pasal bola..kalau lu dah terer sangat sila je hntr video orang kat sini nak tengok..

  16. Theo Walcott

    Arsenal pun apa kurangnya…. Arsenal tak la membeli pemain yang mahal cam mu tu…. guna la pemain muda sebab mereka ni bleh main lama lagi… yang tua cam giggs n van der sar tu kejap lagi tak main la tuhhhh….

Reply to “Skuad Terbaik Manchester United?”

Note: This post is over 6 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.