Skuad England Pertama Capello

Tags: , , , , , ,

englandfa.jpg

Fabio Capello, pengurus baru England hari ini menamakan skuad Englandnya. Skuad England pertama untuk perlawanan persahabatan menentang Switzerland menyaksikan nama David Beckham tidak tersenarai. Fabio Capello ternyata berharap agar David Beckham dapat bersabar untuk mendapatkan ‘cap’nya yang ke 100 dalam mewakili England.

Kebanyakkan muka-muka lama seperti Michael Owen, Steven Gerrard, Michael Carrick dan Rio Ferdinand masih tersenarai. Kejutan yang paling menarik berlaku dari skuad kendalian Martin O’ Neill, Aston Villa di mana 5 pemain mereka berjaya disenaraikan di dalam skuad England Fabio Capello.

Gabriel Agbonlahor, Scott Carson, Curties Davies, Gareth Barry dan Ashley Young merupakan pemain Aston Villa yang mendapat tempat di skuad England untuk kali ini. Ternyata ini peluang terbaik buat 2 pemain muda iaitu Agbonlahor dan Ashley Young untuk menunjukkan mereka sudah bersedia untuk beraksi di pentas antarabangsa.

Michael Owen masih mendapat tempat di dalam skuad ini walaupun prestasinya untuk Newcastle United berada di tahap rendah. Kemungkinan besar Capello terpaksa membawa Owen ke dalam squadnya kerana kekurangan penyerang berkaliber dari England.

Dengan 30 pemain disenaraikan, hanya 23 pemain akan dibawa untuk perlawanan menentang Switzerland. Senarai terakhir akan dikeluarkan dalam minggu ini oleh Capello. Mungkinkah nama-nama besar akan dibuang dari skuad terakhir nanti?

Berikut adalah senarai penuh skuad England Capello:-

Penjaga Gol: David James (Portsmouth), Scott Carson (Liverpool on loan at Aston Villa), Chris Kirkland (Wigan)

Pertahanan: Wayne Bridge (Chelsea), Ashley Cole (Chelsea), Curtis Davies (West Brom on loan at Aston Villa), Rio Ferdinand (Manchester United), Glen Johnson (Portsmouth), Ledley King (Tottenham Hotspur), Nicky Shorey (Reading), Wes Brown (Manchester United), Joleon Lescott (Everton), Micah Richards (Manchester City), Matthew Upson (West Ham United), Jonathan Woodgate (Tottenham Hotspur)

Pemain Tengah: Michael Carrick (Manchester United), Steven Gerrard (Liverpool), Gareth Barry (Aston Villa), Jermaine Jenas (Tottenham Hotspur), Owen Hargreaves (Manchester United), Joe Cole (Chelsea), Ashley Young (Aston Villa), Stewart Downing (Middlesbrough), Shaun Wright-Phillips (Chelsea), David Bentley (Blackburn Rovers)

Penyerang: Emile Heskey (Wigan Athletic), Gabriel Agbonlahor (Aston Villa), Michael Owen (Newcastle United), Wayne Rooney (Manchester United), Peter Crouch (Liverpool)

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

3 Comments, Comment or Ping

  1. kecewa tiada sorang pemain arsenal :neutral:

  2. “Kejutan yang paling menarik berlaku dari skuad kendalian Martin Laursen, Aston Villa di mana 5 pemain mereka berjaya disenaraikan di dalam skuad England Fabio Capello.”

    Saya percaya dalam teks tersebut, nama manager Aston Villa sepatutnya ialah Martin O’ Neill.

    Saya sendiri tidak terkejut sebab 5 orang tersebut dipilih dalam skuad England, sebab kualiti mereka memang boleh tahan, sesiapa yang tengok aksi mereka di kaca TV mesti setuju, lagipun mereka jenis muda dan kerja keras. Akhir sekali, website yang menarik! Saya harap website ni dapat menarik perhatian orang Malaysia & menaikkan taraf dan minat orang terhadap sukan bolasepak la :)

  3. @bobbyt: thanks atas keprihatinan dan pujian anda.sudah pun dibaiki kesilapan tersebut
    @chot: hehe.duit banyak confirm awek cun.hehe

Reply to “Skuad England Pertama Capello”

Note: This post is over 3 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.