Skuad AC Milan Sudah Terlalu Tua?
By KakiBangku • Mar 7th, 2008 • Category: Liga Itali, Liga Juara-JuaraJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

10 bulan selepas menjulang piala berprestij Champions League, kekalahan AC Milan kepada Arsenal dalam perlawanan Champions League kelmarin di San Siro ternyata satu kejutan. Kubu kebal buat pasukan ini musnah dengan gol dari Fabregas dan Adebayour. Anak didik Carlo Ancelotti ternyata tidak mampu memberi tentangan balas apabila didominasi sepanjang perlawananan oleh skuad muda Arsene Wenger.
Daripada 25 senarai nama pemain untuk Champions League, 18 daripada pemain-pemain AC Milan berumur 30 tahun ke atas. Semasa perlawanan menentang Arsenal kelmarin, Ancelotti telah menyenaraikan 8 pemain berusia 30 tahun ke atas dalam kesebelasan utamanya. Ronaldo, Seedorf dan Dida pula tidak dapat diturunkan akibat kecederaan. Hanya Kaka, Pato dan Andrea Pirlo sahaja yang masih tidak mencecah umur 30 tahun.
Dengan Paolo Maldini yang berusia 40 tahun mengepelai benteng pertahanan AC Milan, pemain-pemain lincah Arsenal ternyata mengambil kesempatan sepenuhnya dengan menggunakan kepantasan mereka untuk mengkucar-kacirkan benteng AC Milan. Walaupun berpengalaman tinggi, ternyata benteng pertahanan AC Milan akur apabila gagal menghalang rembatan padu Fabregas membolosi jaring gol mereka.
Kini sudah tiba masanya untuk pihak pengurusan AC Milan untuk membina semula pasukan baru San Siro ini. Sudah sampai waktunya untuk kuda-kuda tua seperti Maldini, Nesta dan Seedorf digantikan dengan pemain-pemain muda yang lebih berstamina dan pantas. Walaupun pengalaman bermain perlawanan-perlawanan besar tidak dapat ditukar ganti, namun dengan kepantasan corak permainan bola sepak sekarang, ia adalah satu liabiliti untuk terus mengekalkan barisan pemain lama sementara pasukan-pasukan lain perlahan-lahan sedang membina era baru dengan pemain-pemain muda.
Pada pandangan penulis, pengurusan AC Milan perlu berbelanja besar pada musim panas ini apabila perpindahan dibuka semula untuk membeli pemain-pemain muda yang berbakat. Pemain-pemain lama perlu disimpan sekurang-kurangnya untuk satu musim lagi supaya pemain-pemain muda dapat menimba sebanyak mana pengalaman yang boleh dari mereka. Selepas itu barulah sedikit demi sedikit kuda-kuda tua ini ditamatkan kontrak mereka.
Mungkin juga sudah tiba masanya untuk Carlo Ancelotti meletakkan jawatannya selaku pengurus AC Milan. Walaupun kontraknya bersama kelab tersebut masih kekal sehingga 2010, Ancelotti dilihat telah berada terlalu lama bersama AC Milan sehingga menyebabkan tiada kepelbagaian dari segi teknik, taktik dan corak latihan. Sudah tiba masanya untuk pengurus-pengurus muda seperti Jose Mourinho ataupun Frank Rijkaard membawa perubahan kepada kelab berprestij ini.
Buat peminat setia AC Milan diharap janganlah anda terlalu bersedih dengan kekalahan kelab kesayangan anda kali ini. Selagi adanya Kaka dan juga ‘wonderkid’ terbaru dari Brazil iaitu Alexandre Pato di San Siro, masa depan kelab ini akan terjamin sekurang-kurangnya buat 3 4 tahun yang akan datang. Generasi baru AC Milan harus dibina dengan 2 pemain ini menjadi asas bagi gagasan baru AC Milan. Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat bagaimanakah kelab ini akan bangkit dari kekalahan perit di tangan Arsenal kali ini.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku
dk:internet kat rumah dah tak ada so susah skit nak update
wan:salan perkenalan
semua: banyak juga kejutan untuk champions league kali ini.tahniah buat semua pasukan yang berjaya layak ke suku akhir
Livepool FC all the way to final….hehehehe…
saya ni peminat kelab ac milan… so minta senarai nama pemain baharu untuk kelab ini pada musim panas ini… Inzaghi