Selamat Tinggal Sam Allardyce
By KakiBangku • Jan 11th, 2008 • Category: Liga EnglandJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

Akhirnya masa Sam Allardyce ataupun lebih dikenali dengan Big Sam(mungkin kerana saiz badannya yang agak gempal) di Newcastle hanya mampu bertahan selama 8 bulan di Newcastle. Dengan tahun baru 2008 baru masuk 11 hari, Big Sam kini terpaksa mencari kelab baru untuk meneruskan kariernya di dalam dunia bola sepak.
Pemindahan dari Bolton ke Newcastle dilihat sebagai satu batu loncatan untuk Big Sam mengukuhkan lagi kariernya dalam bidang pengurusan. Sayangnya disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari buat bekas pengurus Bolton ini apabila pihak pengurusan Newcastle ternyata tidak mampu bertahan lagi dengan prestasi buruk kelab hitam putih ini.
Pemecatan ini berkemungkinan besar berpunca dari pemindahan saham milik Newcastle United dari Freddy Shepherd kepada Mike Ashley. Perlantikan Big Sam dilakukan oleh Shepherd pada bulan Mei 2007. Sayangnya kedatangan Mike Ashley yang membeli hampir separuh saham kelab tersebut menyebabkan penyingkiran Big Sam terjadi juga.
Mengapakah Mike Ashley mahu memecat Sam Allardyce? Jawapannya amat mudah iaitu untuk melihat kelab bola sepak Newcastle United bermain dengan lebih menarik. Mungkin anda semua sedia maklum bagaimanakah corak permainan Bolton di bawah kendalian Big Sam.
Dengan meletakkan ‘target man’ di jentera serangan, Bolton mengamalkan sistem ‘long ball’. Newcastle juga tidak terlepas dari corak permainan ini dan itulah punca pemecatan Sam Allardyce. Sudahlah menggunakan teknik permainan yang tidak menarik langsung, keputusan yang diperolehi juga tidak memenuhi ‘expectation’ awal musim.
Dengan Harry Redknapp dilaporkan sebagai nama calon yang paling sesuai untuk memegang kerusi pengurus Newcastle United, ternyata rekod Big Sam dalam dunia pengurusan bola sepak makin buruk akibat pemecatan ini.
BorakBola.Net - Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda hanya ada satu nasihat buat Big Sam jika dia membaca coretan ini. Cukup-cukuplah main ‘long ball’. Tak larat mata ini nak melihat cara tue. Buat-buat pikir teknik lain pulak. Takkan la mengurus lama-lama tahu satu cara je kot.
Selamat menyambut Tahun Baru Maal Hijrah.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku