
Malaysia Football Once Upon A Time
Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) sekali lagi membuat kejutan kepada semua peminat bola sepak tanah air. Tiada lagi kelibat pemain import buat musim hadapan di kesemua liga-liga Malaysia. Tiada lagi kelibat pemain-pemain berkulit lebih hitam dari pemain kita di atas padang kali ini.
Tambah kecoh apabila sebenarnya keputusan FAM ini diambil tanpa mengira pandangan dan cadangan dari persatuan bola sepak negeri. Sememangnya FAM adalah induk organisasi bola sepak Malaysia, tetapi sekurang-kurangnya keputusan sebesar ini haruslah dibawa berbincang bersama persatuan-persatuan yang berkaitan.
Yang tambah sedihnya, Kedah dan Perak yang baru-baru ini telah layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia dibelasah teruk oleh lawan masing-masing(Kedah dibelasah 5-0 di gelanggang lawan manakala Perak dibenam 2-0 di tempat sendiri). Sekiranya khidmat pemain import masih tidak ditamatkan semasa perlawanan ini berlangsung, saya yakin nasib Kedah dan Perak tidaklah seteruk sekarang.
Jika anda tidak ketinggalan Berita Sukan di TV3 baru-baru ini, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, Datuk Mokhtar Ahmad menyatakan kekesalannya terhadap tindakan FAM yang terburu-buru untuk mematikan khidmat pemain import. Tak ada peluang langsung buat kelab-kelab dan pasukan negeri mencari pengganti buat pemain import yang telah banyak berjasa buat mereka.
Walaupun rasional tindakan ini adalah untuk memberikan lebih peluang beraksi kepada pemain tempatan, adakah kemampuan pemain-pemain tempatan kita sama tarafnya dengan pemain import? Perlu diingatkan sekiranya hanya beraksi sesama sendiri, bagaimanakah mutu permainan pemain-pemain tempatan boleh ditingkatkan? Kalau belajar tendang bola pun dari orang yang tak pandai menendang, macam mana kita sendiri nak pandai.
Malah pemain-pemain tempatan juga dikatakan tambah naik kepala dengan ketiadaan pemain import. Mereka yang dahulunya bergaji RM3000 hingga RM4000 kini mula meminta kenaikan gaji sehingga mencecah RM8000. Pemain-pemain ini tahu mereka kini boleh “demand” kerana ketiadaan awang-awang import ini. Yang nyatanya, perbelanjaan persatuan-persatuan bola sepak negeri tetap sama sebelum dan selepas ketiadaan pemain-pemain import.
Sebenarnya memang banyak pro dan kontranya tamatnya perkhidmatan pemain-pemain import di liga bola sepak Malaysia. Bagi kami di BorakBola.Net, kami melihat ini sebagai sebuah lagi keputusan lemah yang telah dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Jika dahulu FAM yang membenarkan kewujudan pemain import, kini mereka sendiri yang seolah-olah menelan air ludah sendiri.
Buat masa ini, sebagai penyokong, kita hanya mampu lihat dan pantau sahaja perkembangan bola sepak negara kita. Mampukah pemain-pemain tempatan yang selama ini dibayangi awang-awang import ini membuktikan kejaguhan mereka? Atau mereka tetap akan beraksi hambar sama seperti dahulu?
Apa pendapat anda? Jom sama-sama kita borak di BorakBola.Net – Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
Tags: FAM, malaysia football association, Persatuan Bola Sepak Malaysia

September 19th, 2008 at 4:12 pm
Setuju benarlah jika BorakBola pun mengambil pendirian menentang keputusan FAM yang aku sendiri anggap tidak matang, emosi dan hanya mementingkan kaum kerabat sendiri dari martabat bola sepak negara di persada antarabangsa.
Di tengah-tengah kemelut isu gaji tertunggak, FAM dilihat seperti ingin menutup isu dan kelemahan persatuan-persatuan di bawah naungannya yang sememangnya tidak mengerti maksud pepatah melayu, ‘Ukurlah baju di badan sendiri’
Ketika pasukan-pasukan elit, yang mempunyai status kewangan yang kukuh mengambil pemain-pemain import untuk memajukan pasukan mereka, pasukan lain yang kurang sumber dan bajet juga tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan pemain import, hasilnya, balance sheet pasukan menjadi negatif akibat bayaran yg tinggi bagi khidmat import ini, akhirnya, gaji pemain tertunggak beberapa bulan.
Pemain ini juga manusia, ada kereta, rumah, tanggungan lain yang perlu dibayar secara berkala. Jadi apabila timbul kes rasuah, jual beli permainan, janganlah dituding ke arah pemain sahaja.
FAM juga mengatakan keputusan ini dibuat kerana PErsatuan2 ini sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut.
Perlu diingat, setiap keputusan itu perlu ada justification yang kukuh, bukan diambil sekadar persetujuan bersama tanpa ada penjelasan, perdebatan, perkongsian idea, brainstorming, dan lain-lain sesi percambahan minda untuk memperkasa bola sepak negara.
Bukannya dengan jalan kembali ke era tuk kaduk.
Bodoh punya FAM!
September 19th, 2008 at 8:45 pm
pergh ~~ aran kalau bab bola sepak malaysia nie mmg 1st class komen dia.keep them coming bro.very good comment indeed
September 20th, 2008 at 10:41 am
sayang banget dengan local football scene kita ni…. kalau tak kita yang nak concern, sapa lagi bro?
September 21st, 2008 at 1:08 am
x setuju, pemain import penting tp kena pikir la ssegala segi
tgk selangor angkat pawang import dr indonesia.
stadium nak penuh, main pun best…
FAM ni yang mematikan kredibiliti kualiti permainan malaysia..
dulu thn 90-an ada je pemain import, player arsenal masuk tu…
christopher mandala, kiwomnya, joseph biskic…
cr la yg mcm ni, naikkan mutu…
September 22nd, 2008 at 10:45 am
dandelinoid: sokong!
November 2nd, 2009 at 11:38 pm
sebenarnya ada pro dan contra…terpulang kepada yang memberi pendapat…tp FAM harus bijak dan tidak terlalu memikirkan kuasa mereka sahaja..yang penting kualiti kerja itu lagi penting…saya nak malaysia ke piala dunia…tp kalau mcm ni…fikir2 je lah ya