Rooney dan Tevez - Penyerang Kenit
By KakiBangku • Oct 31st, 2007 • Category: Liga England, Pendapat PeribadiJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.
Dengan kemenangan 4-1 menentang Middlesbrough baru-baru ini, Manchester United telah berjaya menyamai rekod terdahulu apabila berjaya menjaringkan 4 gol di dalam 4 perlawanan berturut-turut. 16 gol dalam 4 perlawanan merupakan satu angka yang agak menggerunkan pihak lawan, terutamanya bagi pasukan yang akan menentang Manchester United dalam jarak masa terdekat.
Yang ingin diketengahkan di sini ialah gabungan dua penyerang ‘kecil’ mereka iaitu Carlos Tevez dan Wayne Rooney. Dua gabungan yang semakin mantap persefahamannya dari setiap perlawanan ke setiap perlawanan.
Sebelum pesta gol yang berlaku baru-baru ini, Manchester United hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja. Kebanyakkan perlawanan dimenangi kerana keutuhan benteng pertahanan United yang diketuai Rio Ferdinand dan Vidic. Semasa ini pelbagai kutukan dan cacian dilemparkan kepada barisan serangan Manchester terutamanya mengenai ketidaksesuaian Rooney dan Tevez. Ramai pengkritik sukan antarabangsa mengatakan kedua-dua pemain ini terlalu serupa, tidak boleh memenangi tandukan dengan pemain pertahanan lawan dan jika mereka berdua berada di atas padang, maka United tidak akan mempunyai ‘target man’.
Semasa siri kemenangan 1-0 inilah, para pengkritik bola sepak mengatakan yang Manchester United merindui kelibat Louis Saha (yang sentiasa dilanda kecederaan). Louis Saha diakui membawa dimensi baru kepada bahagian serangan, terutamanya dari segi kekuatan fizikalnya terutama semasa memenangi perebutan bola di udara. Malah pada masa ini juga Sir Alex Ferguson juga tidak terlepas dari kutukan kerana kegagalannya membeli seorang penyerang baru sebagai ‘backup’ kepada barisan serangan yang sedia ada. Kegagalan Sir Alex untuk membeli Berbatov dari Totenham telah menjadi satu bahan untuk para pengkritik ketika itu.
Namun kini dengan persefahaman yang semakin meningkat antara dua penyerang genit ini, para pengkritik yang dulunya kecoh sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi. Jika anda sempat menyaksikan perlawanan United menentang Boro baru-baru ini, gol pertama Tevez menunjukkan betapa Rooney dan Tevez saling memahami antara satu sama lain. ‘Backheel’ yang dilakukan oleh Rooney untuk membuka peluang Tevez menjaringkan gol tidak mungkin dapat dilakukan sekiranya kedua-dua pemain ini tidak memahami sepenuhnya corak permainan masing-masing.
Kini tidak lagi kedengaran suara-suara kutukan yang mengatakan dua pemain kecil ini tidak boleh bermain bersama di atas padang. Malah tidak keterlaluan dikatakan kelibat Louis Saha juga semakin lama semakin dilupai oleh para peminat Manchester United. Buat masa ini kita hanya mampu menunggu untuk melihat sejauh manakah pasangan penyerang ini mampu mengegarkan dunia bola sepak dengan gabungan mereka berdua. Dengan Rooney, Tevez, Ronaldo serta kedatangan Nani, Anderson dan Hagreaves tidak dapat dinafikan peluang Manchester United untuk menjulang Piala Liga Juara-Juara dan Liga Perdana England dilihat semakin tinggi.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku
untung le jd kecik. body contact sikit jatuh le. kalau tak jatuh pun bole la diving mcm yg si silang-silang selalu buat. dah la ref selalu bagi penal kat united. mengapa ya?
selaku penyokong MU saya membantah keras cakap yg mengatakan rooney dan tevez ske dive.kalau ronaldo ngn nani tue logik le kot.tp rooney ngan tevez walaupun kecik diorang ada body strenght