Ronaldo, Tamatnya Karier Seorang Lagenda?
By KakiBangku • Feb 17th, 2008 • Category: Liga ItaliJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

Ronaldo Luis Nazário de Lima(lebih dikenali dengan Ronaldo), penyerang Brazil yang kini beraksi untuk kelab AC Milan ditimpa malang dengan kecederaan di ‘rotulean tendon’. Baru sahaja pulih dari kecederaan lama, Ronaldo yang kini berusia 31 tahun dijangka memerlukan masa 9 hingga 12 bulan untuk pulih dari kecederaan teruk ini.
Kecederaan kali ini berlaku semasa AC Milan menentang Livorno yang berakhir dengan keputusan seri 1-1. Pada April 2000, Ronaldo pernah mengalami kecederaan yang sama di kaki kanannya. Kini kaki kiri Ronaldo pula yang menjadi mangsa. Ronaldo telah mengambil masa kira-kira 2 tahun untuk mendapatkan kembali prestasi terbaiknya sejak kecederaan pada tahun 2000 dahulu.
Dengan usia yang sudah tua(31 tahun), kecederaan kali ini dilihat mampu mengakhiri karier pemain lagenda Brazil ini. Pernah memenangi 3 kali anugerah FIFA World Player Of The Year, nampaknya AC Milan terpaksa melupakan hasrat untuk terus menggandingkan pemain Brazil yang baru naik(Alexandre Pato) dengan Ronaldo.
Mampukah pemain botak ini bangkit dari kecederaan yang menimpanya kali ini? Jangka masa 12 bulan untuk pulih dari kecederaan merupakan suatu tempoh yang lama buat mana-mana pemain bola sepak. Nampaknya untuk musim ini peminat-peminat bola sepak terpaksa melupakan hasrat untuk melihat kelibat Ronaldo di atas padang.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku
aduh..dah berakhir la kot..tapi mana tau dia akan jadi bintang balik di umur 33
Semuanya berkemungkinan, terutamanya di kelab AC Milan nie, tengoklah Inzaghi dan lain-lain, nie memang kelab awet muda… Speedy recovery to Ronaldo!