Ronaldinho, Magik Yang Hilang
Tags: blog bola sepak, bojan, FC Barcelona, la liga, Ronaldinho, santos

Masih segar rasanya di ingatan, satu masa dahulu pemain nombor 10 Barcelona mempersembahkan kehebatannya di atas padang. Dengan teknik kaki bersilang, hantaran kepada Xavi sambil memandang kepada Eto dan jaringan gol ajaib dari tendangan percuma, Ronaldinho suatu masa dahulu pernah digelar Tuhan kepada bandar Barcelona. (Baca artikel selengkapnya untuk melihat video Ronaldinho beraksi)Kini dengan badan yang semakin gempal dan kecederaan yang tak pernah sembuh, zaman Ronaldinho di Barcelona kelihatan sudah sampai ke penghujung. Kebangkitan dua pemain muda Barcelona iaitu Santos dan Bojan memburukkan lagi situasi. Tidak dilupai aksi berbahaya Lionel Messi yang dilihat sudah dapat menggantikan khidmat Ronaldinho di atas padang.
Perlawanan hujung minggu yang lepas menentang Valencia membuktikan yang pihak pengurusan Barcelona mahu melepaskan Ronaldinho secepat mungkin. Mendahului 2-0, kecederaan menimpa pemain emas mereka, Lionel Messi.Ronaldinho dengan segera bangkit dari bangku simpanan untuk memanaskan badan. Dia begitu yakin yang Frank Rijkaard, pengurus Barcelona akan menggunakannya untuk mengantikan Messi.
Namun begitu, berlaku satu kekejaman yang memberikan kesan mendalam terhadap Ronaldinho. Rijkaard seolah-olah tidak dapat melihat kesungguhan Ronaldinho ingin beraksi. Pengurus FC Barcelona ini sebaliknya mengambil keputusan untuk menggunakan pemain muda, Giovanni Dos Santos.
Ronaldinho duduk kembali ke bangku simpanan dengan air muka yang muram. Tidak puas hati dengan keputusan pengurusnya. Mungkin pemain Brazil ini berharap yang dia akan mendapat peluang untuk beraksi dalam perlawanan itu tetapi akhirnya harapan tinggal harapan.
Dengan Chelsea dan AC Milan masih dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Ronaldinho, situasi buruk yang sedang melanda bandar Catalan ini dilihat akan mempercepatkan pemindahan lagenda Barcelona ini.
Sesungguhnya peminat bola sepak sedunia merindui kelibat Ronaldinho dan magiknya yang membuatkan kami tidak mampu mengelipkan mata.





10 Comments, Comment or Ping
din
yuhuu.. ronaldinho~!! nazu.. sorry lambat reply. .aku baru beli komputer. .ni baru nak download photoshop.. nanti aku msg kat ym ker, erm.. ni id ym aku. banzaiii53
Dec 21st, 2007
yalley_b
yeahhh….yalley_b kembali lg. emm….biase la tuh idup nih mcm roda. kadang kala kt ats kekadang kt bawah. same gak cam kucing….dulu die nyer pusing perghhh. mirip zidane . tp skang ni hampeh hahaha….
Dec 22nd, 2007
Azaharuddin.com
yeah…nampak gayanya begitulah rutin kehidupan bintang2 bolasepak dunia..kadang dipuja..kadang dikaji…yang pastinya, bintang Ronaldinho masih belum malap…
Dec 22nd, 2007
budin
ya ya mana ada malam..rijkad jer tak moh bagi peluang..dia memang dah tak nak ronie dah nih…meh ronie..kluar dari barca…ramai lagi kelab besau nak kat ko..ac milan nak ko…chelsea pun nak ko…ko pilih jer la yang mana ko suka…aiman tak kisah hahaha
Dec 23rd, 2007
KakiBangku
@yalley_b : sekarang pun masih mantap apa.tapi dalam arena lain la
@azaharuddin : yup,sekarang ini dia dah kurangkan gelecek tapi skill killer pass dia tetap mantap
@budin: harga ronaldinho yang agak mahal mungkin jadi penghalang kelab lain nak beli
selamat datang kepada saudara budin dan azaharudin.jangan segan2 nak keluarkan idea masing-masing.
Dec 23rd, 2007
yad
sape ade game valencia tuh haa?rijkard tak nampak kot die stretching2 kat tepi tuh.anyway welcome budin.(sembang topik berat gak saudara baru nih)
Dec 23rd, 2007
zewt
kalau betul barca tak nak dia… pasti chelsea akan gasak…
agak gembira juga jika man utd yang gasak…
Feb 9th, 2008
anti MU
sedah mamat nie..AC nk pancing..
Feb 14th, 2008
chanpang
dia kan kembali,percaya ckp aku!!!
cuma masa sahaja akan menentu kan nya…kekekeke
Mar 15th, 2008
Reply to “Ronaldinho, Magik Yang Hilang”