Ronaldinho Kembali Mengganas Semula?
By KakiBangku • Mar 4th, 2008 • Category: Artikel TerbaruJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

Ronaldinho, pemain Brazil Barcelona pada perlawanan menentang Atletico Madrid baru-baru ini menunjukkan kepada semua peminat bola sepak yang dia masih tetap berbisa. Kalau dahulu saya ada menulis tentang Ronaldinho, Magik Yang Hilang, mungkinkah jaringan gol lipat oleh Ronaldinho kali ini akan menjadi titik permulaan kepada kebangkitannya semula?
Untuk musim ini, pemain nombor 10 Barcelona ini hanya menjadi kesebelasan utama dalam 12 perlawanan daripada jumlah 26 perlawanan. Dengan 8 gol dalam La Liga, 1 gol dalam Champions League dan 11 ‘assist’ untuk keseluruhan, sumbangan Ronaldinho untuk pasukan Catalan ini terlalu sedikit berbanding musim sebelumnya. Pada musim lepas, jumlah gol yang dijaringkan adalah sebanyak 21 buah, menjadikannya sebagai penjaring terbanyak buat Barcelona.
Kecederaan yang tak sudah dan pembelian Thierry Henry oleh pengurusan Barcelona merupakan antara 2 punca utama kejatuhan prestasi pemain Brazil ini. Ditambah pula dengan kebangkitan 2 pemain muda Catalan Giants iaitu Dos Santos dan Bojan Krikic menyebabkan kelibat Ronaldinho kurang diperlukan oleh Frank Rijkaard. Kalau dahulu sebelum bermula sesuatu perlawanan, Rijkaard akan menepuk bahu Ronaldinho seolah-olah mengharapkan magik dari pemain ini, kini kemesraan antara kedua-dua insan ini tidak lagi kelihatan.
Salah satu punca kurangnya sumbangan Ronaldinho terhadap Barcelona ialah posisi yang diberikan kepadanya oleh Frank Rijkaard. Posisi terbaik buatnya sudah tentu sebagai pemain ‘in the hole’ dengan tugasan ‘free role’. Namun begitu akibat keterpaksaan untuk menempatkan Samuel Etoo, Lionel Messi dan Thierry Henry, Ronaldinho telah ditugaskan untuk mengepalai sayap kiri Barcelona, suatu posisi yang memerlukan larian dan stamina yang tinggi. Akibatnya untuk kebanyakkan perlawananan, Ronaldinho dilihat tidak menyerlah dan kurang memberikan persembahan bermutu buat Barcelona.
Mampukah dengan satu jaringan magik minggu ini mengubah nasib Ronaldinho? Adakah Ronaldinho sudah menemui kembali sentuhan ajaibnya? Mahu ataupun tidak, penyokong Barcelona sudah tentunya berharap agar pemain ini akan menemui sentuhannya kembali agar mampu merampas takhta liga dari Real Madrid. Ketinggalan 5 mata dengan musuh ketat mereka, Ronaldinho dilihat mampu untuk membantu Barcelona merapatkan jurang tersebut.
Hayati jaringan Ronaldinho semasa menentang Atletico Madrid baru-baru ini:-
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku
kitorang mmg sdey dgn ronaldinho nih…
rezeki die xdtg lg tu..