Review Pemindahan Pemain 2007
By KakiBangku • Oct 29th, 2007 • Category: Lain-Lain, Liga EnglandJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.
Dengan hampir 10 perlawanan sudah berlangsung untuk Liga Perdana England atau lebih dikenali dengan nama EPL, sudah boleh dikatakan kita kini mampu untuk menilai pemain-pemain yang baru berpindah ke kelab baru mereka di EPL. Nama-nama besar dan gergasi seperti Fernando Torres, Darrent Bent, dan Florent Malouda yang berhijrah dari kelab lama mereka ke kelab baru masing-masing dengan harga pemindahan berjuta-juta USD sudah pastinya diharap dapat memberikan pulangan yang setimpal.
Di dalam artikel ini saya senaraikan 5 pemain yang baru menyertai EPL dan berjaya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.
Tangga #1: Elano Brumer|Manchester City|$8M
Pengurus Manchester City, Sven Goran Erikson dikatakan hanya menggunakan DVD kompilasi mengenai pemain ini sebelum memutuskan untuk membelinya. Dengan harga $8M, pembelian ini boleh dikatakan sebagai pertaruhan. Namun begitu, Elano wajar dikatakan sebagai telah berjaya membayar balik harga pemindahannya dengan menjaringkan 4 gol dan melakukan 4 assist. Malah Sven Goran telah menyatakan bahawa dia gagal membawa England lebih maju ke hadapan kerana pasukan England tiada pemain seperti Elano.
Tangga #2: Martin Petrov|Manchester City|$4.7M
Dibeli dari Atletico Madrid, pemain sayap ini telah membuktikan gandingannya bersama dengan Elano Brumer di barisan tengah adalah sebagai salah satu gabungan mantap di dalam Liga England. Dengan 10 perlawanan yang telah berlangsung, dia telah berjaya menjaringkan 3 gol dan melakukan 2 assist. Kedudukan ke 3 Manchester City di dalam liga kini adalah salah satu tanda Petrov adalah pembelian yang mantap oleh Sven Goran Erikson.
Tangga #3: Benjani Mwaruwari |Portsmouth|$4.1M
Saya tidak terkejut jika pembaca tidak sedar akan kewujudan pemain ini. Benjani merupakan pemain penyerang yang dibeli pada Januari 2006 dengan harga pemindahan yang tertinggi bagi kelabnya Portsmouth. Jika anda melihat senarai penjaring untuk Liga England, jangan terkejut apabila melihat nama pemain ini di tangga teratas. Dengan 7 gol untuk dirinya, Benjani kini mula untuk menjustifikasikan mengapa Portsmouth sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk membelinya.
Tangga #4: Roque Santa Cruz| Blackburn| $3.5M
Dibeli dari pasukan gergasi German, Bayern Munich, Santa Cruz merupakan pemain penyerang berumur 25 tahun yang mula menunjukkan taringnya di hadapan pintu gol untuk Blackburn. Dikatakan sebagai “terlalu bagus” oleh rakan sepasukannya, Santa Cruz kini adalah nama pertama yang yang akan disenaraikan oleh Mark Hughes, pengurus Blackburn. Berasal dari Paraguay, kini Santa Cruz mula menjadi pemain kesukaan peminat apabila telah menjaring 6 gol dan melakukan 2 assist.
Tangga #5: Bacary Sagna|Arsenal|$6M
Walaupun Cecs Fabregas dikatakan tunjang utama pasukan Arsenal, peranan Sagna sebagai pertahanan kanan tidak boleh diperkecilkan. Merupakan pemain yang versatile, Sagna bukan sahaja mampu beraksi di pertahanan tetapi juga di barisan tengah. Walaupun hanya memiliki 1 assist setakat ini, Sagna mula menjadi pemain kesukaan peminat Arsenal kerana tenaganya yang berterusan dan semangat tidak mudah mengaku kalah. Sagna boleh dikatakan salah satu sebab utama Arsenal kini berada di puncak liga.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku
tak sabar nak tunggu januari. siapa agaknya yang arsenal akan beli? ada apa2 gosip terbaru?
arsenal kalau dapat maintain masa kolo toure gi african cup nanti.mmg peluang tinggi la nak menang liga.tapi apa2 hal hidup manchester united.hehe
setakat ni x de la dgr gossip terbaru pasal arsenal.diorang cam x nak beli player je..
berapa kerat sangat pemain yg arsenal beli masuk paper. 70 juta pound rugi le kalau tak guna beb