Real Madrid Dan AC Milan Tumpas
By KakiBangku • Mar 7th, 2008 • Category: Liga Juara-JuaraJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

Arsenal Football Club menjadi kelab England pertama menumpaskan gergasi Eropah AC Milan di San Siro pada perlawanan Champions League 2nd Leg Round 16. Seri tanpa jaringan di Emirates Stadium, anak didik Arsene Wenger tidak terkesima dengan sokongan padu peminat AC Milan, sebaliknya dengan Cesc Fabregas mendominasi barisan tengah, Arsenal sememangnya merupakan pasukan yang lebih layak ke suku akhir berbanding AC Milan.
Jaringan ’screamer’ dari luar kotak penalti oleh Fabregas ketika perlawanan berbaki kira-kira 10 minit ternyata menganggu konsentrasi pemain AC Milan. Kalut mencari gol pernyamaan, Adebayour menghukum barisan pertahanan AC Milan dengan menolak mudah untuk memastikan kemenangan adalah milik The Gunners.
Manakala Real Madrid pula terpaksa melupakan hasrat untuk menjulang Piala Champions League musim ini apabila tewas di tangan AS Roma. Kesilapan Pepe, pemain pertahanan tengah yang dibuang padang akibat menerima 2 kad kuning merupakan punca utama kekalahan Real Madrid. Bermain 10 orang dan tanpa pemain-pemain utama seperti Ruud Van Nistelrooy, Arjen Robben dan Sneidjer, ternyata Real kurang menyengat di barisan hadapan.
Setakat ini 3 kelab England iaitu Chelsea, Arsenal dan Liverpool telah melayakkan diri ke suku akhir Champions League. Mampukah Liverpool menewaskan Inter Milan minggu hadapan untuk melengkapkan wakil England di piala berprestij ini? Sekiranya Inter Milan tewas di tangan Liverpool, AS Roma akan menjadi wakil tunggal dari Itali. Manakala dengan kekalahan Sevilla dan Real Madrid menyaksikan hanya Barcelona mewakili kelab dari Sepanyol ke suku ahir Champions League.
Kejutan terbesar untuk pusingan kali ini sudah tentunya dari kelab The Gunners. Dianggap mempunyai misi mustahil untuk menewaskan AC Milan di San Siro, ternyata anak buah Arsene Wenger kini boleh dianggap salah sebuah gergasi bola sepak Eropah. Malah selepas kemenangan ke atas AC Milan, Cesc Fabregas menyatakan dengan yakin yang Arsenal mampu menjuarai bukan sahaja Champions League tetapi juga liga English Premier League.
Kini ‘excitement’ bagi peminat bola sepak seluruh dunia semakin meningkat dengan pusingan Champions League mengorak selangkah lebih dekat lagi ke perlawanan akhir. Suku akhir kali ini bakal menyaksikan nama-nama hebat di samping kelab-kelab underdog seperti Fenerbahce dan Schalke 04. Adakah dominasi kelab-kelab besar akan berterusan atau mampukah kelab-kelab kecil ini membuat kejutan? Sama-samalah kita tunggu dan saksikan apabila suku akhir Champions League bermula tidak lama lagi.
Real Madrid vs AS Roma
Chelsea vs Olympiacos
FC Porto vs Schalke 04
AC Milan vs Arsenal
Manchester United vs Lyon
Barcelona vs Celtic
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku