Reaksi Kekalahan England vs Croatia

By KakiBangku • Nov 23rd, 2007 • Category: Euro 2008

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

malaysia premiere football blog @ blog bola sepak

Berikutan dengan kekalahan memalukan England menentang Croatia (3-2), BorakBola.Net telah menemuramah beberapa individu untuk sama-sama berkongsi pendapat mengenai kegagalan England layak ke Euro 2008. Mari kita dengar apa kata para peminat bola sepak tanah air mengenai kejutan ini.

Sabby Singh, 32, Penganalis Bola Sepak

Walaupun saya telah membuat ramalan yang England akan menang mudah terhadap Croatia, ternyata kali ini saya silap. England kekurangan ‘passion’, semangat dan teknik. Ternyata Croatia adalah pasukan yang lebih baik dari England. Walaupun Euro 2008 akan terasa kurang meriahnya tanpa England, kekalahan ini haruslah menjadi titik post-mortem untuk pasukan tersebut. Yang paling penting ialah perlantikan jurulatih baru yang berkaliber untuk membimbing pasukan ini.

Ahmed Bilal, 22, Peminat Die Hard Fan Liga England

Aku dah cakap dah England akan kalah tapi tue la sorang pun member-member aku taknak percaya. Bodoh betul England. Ada ke patut letak penjaga gol tak berpengalaman untuk game penting macam ni. Lepas tue ‘defender’ ntah apa-apa. Tak faham betul aku dengan apa Steve Mclaren tue fikir. Kan dah kalah. Padan muka England. Baik bagi aku jadi ‘manager’ England lagi bagus. Ini aku rasa nak carut nie, tak tahu ke aku nie peminat gile ba** England (temuramah terpaksa dihentikan kerana kegagalan pengawalan emosi oleh Encik Bilal)

Karam Singh Waleey, 40, Pemberita TV5

Saya mulakan komen saya mengenai kekalahan England ini dengan pepatah Melayu yang mengatakan ‘kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan diduga’. Walaupun kekalahan ini memang mengecewakan jutaan peminat, tetapi haruslah dilihat sebagai satu titik kebangkitan semula untuk bolasepak England. Dari segi kebersihan dan keganasan, dengan ketiadaan peminat England di Poland dan Austria, dijangka peratus sampah sarap dan ‘violence’ akan berkurangan daripada jangkaan. Ini sangat baik untuk ‘enviroment’ dunia kita yang semakin tercemar dari hari ke hari. Tidak lupa masalah curi tanah yang berlaku di Shah Alam (sampai di tahap ini, BorakBola terpaksa mengingatkan Encik Karam mengenai topik temuramah untuk hari ini)

Mohd Din, 30, Software Engineer

Oh, nie nak temuramah pasal England kalah semalam ke? Keluar kat mana nie? Utusan ke Berita Harian? Saya bukan apa, semalam saya tengok bola nie pun curi-curi. Biasalah, bini saya tue mana kasik saya tengok bola pepagi buta. Saya pura-pura tidur semalam. Dengar dia dah berdengkur, perlahan-lahan saya bangun dari katil pergi tengok bola. Tapi tuelah tak best tengok bola gitu, nak menjerit-jerit pun tak boleh. Bergetar kat padan saya tahan marah. Teringat masa zaman bujang. Lepak ngan member-member tengok bola kat kedai mamak. Best tak ingat. Eh, interview ni tak kuar kat Utusan kan? Bukan apa bini saya tue baca Utusan, takut lak kalau dia terbaca pasal nie.

Cik Lieya, 43, Suri Rumah Separuh Masa

Interview pasal England? Bola? Kau nak kena tikam ngan pisau ikan aku nie? Tak nampak ke aku tgh sibuk siang ikan nie. Kan dengan engkau skali aku buat lauk makan malam nanti.(Pentemuramah BorakBola terpaksa melarikan diri dengan membuat pecutan 100 meter keluar pintur rumah Cik Lieya pada ketika ini)

PEMBERITAHUAN: Segala isi kandungan temuramah, nama dan watak adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kaitan dengan yang hidup atau telah mati.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , , ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

10 Responses »

  1. hahaha…demn!!…teruskn usaha anda. awat takde org nih!!!!!!!!!!!!!!!!!!bosannyerrr

  2. yeahhhhhhhh!!!terima kasih untuk cik yalley kerana menyokong kami

  3. hehe ada unsur humor :P teruskan bro perjuangan memartabatkan bola sepak tanah air.

  4. hahahha…aku ada je…nazu….aku sokong ko…kucing…ada jeorg

  5. kekalahan ni bkn salah beckham!!

  6. aku rasa ni sbb gerad x main laa englend kalah…
    gerad kaki power.. shoot dari jauh.. idup gerad..

  7. beckham la penggerak utama england. gol crouch tu pun beckham yg assist dgn pin-point passing yang sungguh jitu. hidup beckham!!

  8. Pemain England cukup terkenal, berbakat, berkualiti dan popular. Tetapi Manager tak tau menggunakan segala aset yang ada ni sebaik mungkin. Pemain2 ini akan ada yang akan berumur lebih dari 30 tahun untuk Euro akan datang..ketika ini zaman depa di puncak prestasi…sayang kelibat mereka ni seperti Lampard, Gerrard, Ferdinand, Beckham, Robinson, Terry tiada di EURO 2008.

  9. @free_kick - betul kata encik freekick. tak ada kelibat player player yang dinyatakan memang buat rasa kekurangan yang agak banyak. sedih gak nie.nasib baik ada spain dan france.
    @dk - gerrard main la hari tue din. cit

  10. @KAKIBANGKU hahaha aku mana tau… main belasah je..opss sory.. tp bukan
    salah gerrard ok… ni semua salah pemain croatia yg power skit dr englend..

Leave a Reply

Note: This post is over 8 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.