Rafa Benitez Dipecat!!!

Filed under: Liga England by: KakiBangku

rafabenitez

Jangan terkejut jika pembaca akan melihat tajuk di atas memenuhi dunia bola sepak tidak lama lagi. Masa untuk Rafa Benitez untuk terus berkhidmat di Liverpool nampaknya sudah semakin singkat akibat keterbukaan Benitez mengutuk pemilik Liverpool iaitu Tom Hicks dan George Gillets.

Semuanya bermula apabila Benitez menyatakan yang Tom dan George tidak memahami bagaimana sistem pemindahan pemain di bulan Januari ini berfungsi. Benitez secara terang-terangan melahirkan kekecewaannya terhadap reaksi lambat pemilik Liverpool ini apabila diajak berbincang mengenai ‘potential transfer target’ untuk memantapkan lagi pasukan Liverpool.

Benitez yang mengharapkan sokongan padu terutamanya dari segi kewangan daripada Tom dan George dikecewakan apabila kenyataan balas daripada kedua-dua mereka ini seolah-olah menyuruh Benitez menumpukan perhatian kepada perlawanan seterusnya dengan skuad Liverpool yang sedia ada. Malah Tom dan George menyatakan yang mereka hanya akan berbincang mengenai ‘transfer money’ hanya apabila kedua-dua mereka turun ke England pada pertengahan bulan Disember kelak.

Kini dengan api yang semakin membara terutamanya dari pemilik Liverpool sendiri, kelantangan Benitez dilihat telah memakan dirinya sendiri. Dengan adanya ramai pengurus-pengurus yang berkaliber seperti Mourinho, Capello dan Lippi, pemilik Liverpool ini dilihat tidak mempunyai masalah untuk mencari pengganti yang sesuai sekiranya Benitez dipecat kelak.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat sandiwara bola sepak England yang kian hari kian menarik.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tags: , , ,

13 Responses to “Rafa Benitez Dipecat!!!”

  1. buya Says:

    bio betik ni? ke rekaan semata2? haha tp mcm best gak.saya nantikan episode seterusnya

  2. buya Says:

    eh silap page plak yg dikomen,,nak letak kat diari seorang pemain bola sepak..haha

  3. Free_Kick Says:

    walau cemana berprestijnya liverpool ni menang Juara Eropah, tetapi kalau depa tak mampu untuk menjuara Liga Perdana English..masih kira tak cukup jugak la…tak brapa “kaw” laaa

    untuk makluman…Liga Perdana English ni…mmg sangat lama Liverpool tak dapat. Banitez masih gagal menyempurnakan tugasnya di England.

  4. KakiBangku Says:

    yup..fan liverpool kebanyakkan dahagakan piala liga english.bak kata sedara free kick.selagi x menang benda tue selagi tue la benitez gagal..

  5. ayut Says:

    ….(speechless)

  6. nazu Says:

    ala yut.aku sebenarnya sokong liverpool gak. 2 champions league dalam 3 tahun
    memang satu pencapaian yg macho.susah nak wat tue. :) :).skang jom target
    juara liga laks

  7. Free_Kick Says:

    Target tu mudah…
    nak capai tu payah…kalau nengok pada keadaan awal ni pun, liverpool masih terumbang-ambing, masih tak konsisten kat liga domestik dan antarabangsa, walaupun di penuhi dengan banyak player2 berbakat, dalam tempoh 5 – 1 tahun player dlm team liverpool pun tak konsisten, banyak tul yang bertukar-tukar.

  8. BangkuSimpanan Says:

    ada harapan rafa benitez nie kene pecat. liverpool mmg terkenal ngan pasukan yang kurang konsisten tp aku ttp sokong liverpool.harap2 season ni mng la liverpool.haha

  9. ayut Says:

    Wahai BangkuSImpanan, You’ll never walk alone!!

  10. nazu Says:

    anda tidak berjalan seorang!!

  11. Truckster Says:

    Rafa nampaknya dah semakin terdesak skang….Liverpool pon asyik draw2 kalah skit…ape citer,

  12. Nazu Says:

    liverpool seri lagi lawan boro.hmm.dengar cerita jurgen klinsmaan tunggu masa jer nak amik alih tempat rafa.kita tunggu dan lihat

  13. underground Says:

    harap2 klu kllinsmaan msk liverpool akn bw prbhn yg bsr…mmp menaikkan imej liverpool blk…chayok2 liverpool…

Leave a Reply