Di dalam Liga Perdana Inggeris, ramai pemain punya kebolehan dan teknik mengawal bola yang mampu mencuri tumpuan semua orang. Akan tetapi di antara mereka siapa yang punya teknik terbaik? Sebagai peminat Arsenal, Tristan ingin mencalonkan Aliaksandr Hleb untuk anugerah ini, tetapi untuk kategori ini, pemenangnya ialah Steed Malbranque, pemain Tottenham Hotspurs.
Di dalam padang, anda pasti akan dapat mengenali Malbranque dengan sekilas pandang. Dengan jersi yang tak pernah tight-in, ia menjadikan Malbranque nampak pendek dan ala-ala rapper dengan baju yang nampak besar. Selain itu dalam permainan juga Malbranque selalu menggunakan teknik-teknik yang fancy yang mampu membuat penonton melonjak dari tempat duduk. Salah seorang peminat setia Malbranque ialah bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair.
Memulakan karier di Lyon dan kekal di sana hingga 2001. Pada awal kariernya, Arsenal pernah cuba memancing Malbranque untuk bermain di Highbury akan tetapi pada masa itu dia merasakan yang dia terlalu muda untuk mencuba sesuatu yang baru. Akan tetapi apabila Jean Tigana datang kembali beberapa tahun kemudian, Malbranque menyambut tawaran itu dan berpindah ke Fulham dengan yuran perpindahan 4.5 juta pound, satu angka yang agak besar untuk seorang pemain berumur 21 tahun.
Malbranque pantas menafikan keraguan peminat Fulham dengan aksi-aksi yang menjolok mata sambil menjaringkan 10 gol dalam musim pertama bersama Fulham. Musim terbaik Malbranque bersama Fulham ialah pada 2002-2003 waktu Fulham menyertai Piala UEFA. 13 gol dalam liga menyelamatkan Fulham dari tersingkir ke Liga Divisyen 1. Pada penghujung musim itu juga, Malbranque ditawarkan untuk menyertai Belgium, akan tetapi bekas ketua pasukan Perancis Bawah-18 itu percaya karier antarabangsanya adalah dengan Perancis.
Malbranque menyertai Totenham Hotspuds Cunts pada 31 Ogos 2006. Walaupun pasukan tersebut merupakan pasukan kelas ketiga dengan peminat-peminat yang perasan pasukan pujaan mereka adalah pasukan terbaik dunia, bakat Malbranque tetap menyerlah.
http://www.youtube.com/watch?v=4XyptYniRDg
http://www.youtube.com/watch?v=DbAAboR6-Ak
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
Tags: fulham football club, steed malbranque

November 30th, 2007 at 10:02 am
ouww mamat ni power gentel… macho2…
December 8th, 2007 at 2:51 pm
player ni tak berani mencuba sesuatu yang baru.