Profile : Oliveira Anderson
Tags: Anderson, blog bola sepak, manchester united, Oliveira Anderson, the red devils

Jangan percaya jika member anda sembang lebat mengatakan yang dia sebenarnya sudah lama mengetahui mengenai kehebatan pemain terbaru Manchester United ini. Pembelian terbaru oleh Sir Alex Ferguson dari kelab FC Porto merupakan salah satu pembelian yang dilakukan secara senyap-senyap. Kebanyakan peminat bola sepak dunia tidak langsung mengenali Anderson sebelum namanya diumumkan sebagai pemain Manchester United.
Akibat terpegun dengan kehebatannya mengemudi jentera tengah The Reds Devils dalam perlawanan menentang Liverpool baru-baru ini, BorakBola.Net berusaha keras untuk memprofilekan pemain ‘wonderkid’ ini.
- Nama Penuh : Oliveira Anderson
- Tarikh Lahir : 13 April 1988 (19 Tahun)
- Negara : Brazil
- Harga Pembelian : 17 Juta Pound
- Kelab : Gremio, FC Porto, Manchester United
- Anugerah : Pemain Terbaik Fifa-U 17 World Cup
Walaupun sebelum ini pernah dikecewakan dengan pembelian Kleberson yang juga berasal dari Brazil, ternyata kali ini Sir Alex membuat keputusan yang bijak untuk mengambil Anderson.
Dengan kecederaan yang menimpa Paul Scholes serta Michael Carrick yang ‘out-of-form’, gandingan Anderson dan seorang lagi pemain baru Manchester United, Owen Hargreaves ternyata berkesan dalam mengekang jentera tengah Liverpool baru-baru ini.
Asset utama Anderson sudah tentunya staminanya yang tinggi, keupayaan membaca hantaran lawan dan juga kebolehan membuat ‘killer passing’. Walaupun masih muda dan tidak pandai bercakap dalam bahasa Inggeris, ternyata dia tidak tenggelam dalam tekanan pemain-pemain hebat seperti Steven Gerrard dan Javier Mascherano.
Dengan adanya kelibat Anderson untuk tahun-tahun yang akan mendatang, Manchester United dilihat mempunyai peluang cerah untuk memenangi piala Liga Juara-Juara yang telah lama diidamkan oleh peminat The Red Devils.
Kita tunggu dan lihat sejauh manakah pemain samba ini mampu memenuhi potensi dalam dirinya di dalam jersi merah Manchester United.
Apa pendapat anda tentang Anderson?





11 Comments, Comment or Ping
zewt
beliau adalah balasan man utd kepada arsenal punya fabregas.
Dec 19th, 2007
Tristan
wuih jauh tu nak dibandingkan ngan fabregas. skarang ni level anderson stakat bole banding dgn denilson je. tapi kebolehan berguling2 lepas kene tackle tu memang tak boleh banding ngan sesapa dah
Dec 19th, 2007
nazu
aik.memang betul la dia kena tackle.2 tahun lagi dia jadi lagi mantap dari fabregas.for sure
Dec 20th, 2007
ayut
die blaja dr abg pro diver=christiano ronaldo
nazu mmg backing dak2 man yoo die
Dec 22nd, 2007
zewt
tristan… anderson… hanya tak banyak peluang berbanding dengan fabregas…
Feb 9th, 2008
iqbal
Feb 11th, 2008
falcao
dia adalah ball winner yg semakin matang… boleh menandingi fabregas… ada ciri2 seperti gatusso tapi lebih kreatif dan berskill…kalau tak silap semasa bersama porto dia bermain di posisi flank
Mar 4th, 2008
dk
bawa2 la update.. hehe
Mar 5th, 2008
chanpang
anderson…mula2 smua org cuma membagi harapan kpd Nani,tp bg aku!anderson lg mantap kerana nani kdg2 pon out of form gak…
passing anderson mmg maut siot…terutamanya long pass dia tok change side…sentiasa dpt menghasilkan peluang tok rooney and ronaldo dlm counter attack!!
anderson pun pena bawah bola dari hujung padang smpai gol lawan…aku cuma harap dia leh goal tol man utd wat kali pertama nya
Mar 15th, 2008
rushdi
hmm.. ternanti2 jaringan gol die untuk man utd.. dekat man utd die bermain agak ke bawah sedikit.. sbnrnya aku tgk die mempunyai abality lebih utk menyerang kerana mempunyai kepantasan dan long passing yg baik.. agk syg jugak lebih melihat die bermain agak defensif.. mungkin percaturan saf.. saf lebih mengenali die dan potential yg die ade..
p/s- suke anderson sbb membuatkan fabregas mcm hilang akal nk buat ape dgn bola.. remember ( 4-0 win over arsenal ) great2 performance from anderson.. gerrard pon kelihatan agak susah nk lepas si seladang man utd ni..
Mar 21st, 2008
chanpang
btol…aku setuju!!walo pun anderson plg muda antara dia, fabregas dgn si gerrad!!tp biler diorg bermain atas padang bersama…anderson leh fight bola dgn dgn diorg
Mar 21st, 2008
Reply to “Profile : Oliveira Anderson”