Setelah disajikan dengan profile pemain dari Liga England, kini tibalah masanya BorakBola.Net untuk menghidangkan profile salah seorang pemain lagenda Malaysia iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari. Tidak sah dikatakan peminat bola sepak tanah air jika sekurang-kurangnya anda tidak mengenali pemain hebat ini. Mari kita kenali dengan lebih rapat pemain yang pernah digeruni di rantau Asia satu ketika dahulu ini. Kredit untuk HarimauMalaya atas informasi mengenai pemain ini.
- TARIKH LAHIR: 13 November 1953, di Setapak
- ISTERI: Tengku Zarina Tengku Ibrahim
- BAPA: Dahari Abeng
- EMAK: Maimon Sadikin
- ANAK: Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina
- KELAB: Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank
- MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971
- PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972
- MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972
- TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985
- CAPS: 167
- GOL PIALA MALAYSIA: 177
- GOL ANTARABANGSA: 125
- JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978
- PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran
- ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976
Kronologi Kehidupan Bola Sepak Allahyarham Mokhtar Dahari
- 1971: Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di Kuching, Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.
- 1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab Hitachi dari Jepun dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak 3-0 dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula mewakili Malaysia di Kejohanan Belia Asia, di Bangkok.
- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala Jakartaraya. Perlawanan pertama menentang Sri Lanka.
- 1973: Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi di Pestabola Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang 3-1 dan Mokhtar jaringkan dua gol.
- 1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran.
- 1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan kedua-dua gol itu.
- 1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka.
- 1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.
- 1980: Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib juara selepas tewas kepada Maghribi di final. Membawa negara meraih pingat emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.
- 1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B’. Perlawanan berkesudahan seri 1-1.
- 1979: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor (menentang Tentera) apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu. Mengakhiri zaman bujang selepas berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim. Mempertahankan pingat emas Sukan Sea dengan mengalahkan Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. – Mengumumkan persaraan arena bola sepak antarabangsa.
- 1981: Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura (Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah’ itu ialah Othman Omar. Mewakili negara ke pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana gagal. Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali kedua.
- 1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona.
- 1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali ketiga dan terakhir.
- 1986: Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `Pemain Terbaik Perlawanan Akhir’. Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan menghadiahkan jersi `keramat’ nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.
- 1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi.
- 1988: Menyertai Kwong Yik Bank dan membawa kelab itu menjadi juara Liga Selangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.
- 1989: Disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy. – berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan.
- 1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk.
- 1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
Tags: lagenda bola sepak malaysia, malaysia football legend, mokhtar dahari, supermokh

November 27th, 2007 at 6:55 pm
try cari plak profile kucing. cam menarik jer=P
November 27th, 2007 at 9:37 pm
kucing nye profile ada kat friendster ada la…^^
profile nam tak de ke? nazu
November 28th, 2007 at 2:52 am
nnt aku wat profile kucing.aku dah wat sket dah.tue baru intro je tue.amacam?
November 28th, 2007 at 12:58 pm
hahaha.nanti ada masa saya akan uploadkan video clip mokhtar dahari.baru tau macam mana kehebatan dia
December 19th, 2007 at 3:48 pm
gile la..lwn ngan arsenal leh mng..mntap gile…arini bru ak tau..ehehe
December 20th, 2007 at 2:47 am
itulah kehebatan pemain bola kita dulu dulu..
December 20th, 2007 at 2:10 pm
mmg mantap super mokh nie..heheh
January 7th, 2008 at 4:25 pm
Aku pernah lawan bola ngan anak dia (Redza) waktu sekolah aku lawan st john (sekolah premier nye league rasenya). Walaupun berkesudahan 1-1…yang penting aku tak lepas gol anak legend bola msia ni.. time tu top form…kalo sekrg ni rembat camne pun maybe gol kott hahah
July 10th, 2008 at 4:11 pm
February 15th, 2009 at 8:31 pm
lagenda malaysia mmg hebat…
tapi juga dibantu player2 lame dahulu…
Dulu disiplin,azam,semangat,kecergasan fizikal&mental diorg mantap..
tak mcm player sekarang…semua tu tiada…jgn terlalu salahkan FAM…
player skrg semua tu lgsg ditahap yg amat rendah….
pikir2kan…
February 15th, 2009 at 8:36 pm
sathianatan ade ckp…kecergasan tiada…tiada yg mcm mane??
bg aku..kecergasan kepantasan diorg..kecergasan mental diorg tu lar puncanya…
diorg takde kreativiti…sumenya main ditakuk lame…..
taktikal serangan smua ditakuk lame…
tgk EPL…serangan taktikal yg menarik dan menghiburkan….
EPL player main gune otak semate2…
Malaysian player main gune tenaga semate2…
pikirkan2…………
March 20th, 2009 at 10:46 am
saya rasa dia sangat bodoh. seperti satu sohai. saya ingin fuck dia.
March 20th, 2009 at 10:50 am
hi
March 20th, 2009 at 3:53 pm
beliau berjasa kepada malaysia
March 23rd, 2009 at 10:26 pm
March 30th, 2009 at 2:11 pm
amik mok carik psal mok buat keja kusus
April 15th, 2009 at 10:31 am
erm.. x tau nk ckp pe…… heh2
May 1st, 2009 at 11:23 am
thanks super mokh
May 15th, 2009 at 12:34 pm
SuperMokh still the best player in Malaysia
July 29th, 2009 at 11:02 pm
cerita sal rajagobal xde?
August 31st, 2009 at 1:40 pm
gua tabek allahyarham Mokhtar Dahari
September 26th, 2009 at 11:34 am
you r de best
October 2nd, 2009 at 11:48 pm
yup he always is..:)
October 31st, 2009 at 10:45 am
hi,
October 31st, 2009 at 10:51 am
swadikap,eehhhemmm,saya ni darri England.saya ni musuh ketat SuperMokh.Smasa sy lwn dia kt stadium old traford BELIAU MeNANGiS kerana sy rembat bola lalu secara tdk sengaja terkena muka dia y hansome tu….
November 8th, 2009 at 10:46 am
he is the bestest player ball in malaysia.now who is instead???
January 20th, 2010 at 8:58 pm
mokhtar mcm aq laa….
January 21st, 2010 at 6:33 pm
April 8th, 2010 at 1:18 pm
you are the best………
April 12th, 2010 at 2:49 pm
Gilelah..
start Arwah main bola wakil mesia 1972 – 1976 dah 100 caps..dalam masa 4 tahun je..
team mesia skang ade ke perlawanan persahabatan purata 20 game setahun..memang patut la ranking corot..
May 12th, 2010 at 5:42 pm
Warning: parse_url(http://) [function.parse-url]: Unable to parse url in /web/home/nazu23/html/wp-content/plugins/mbla/mbla.php on line 690
sub johor Says:
June 16th, 2010 at 10:29 am
Ahli-ahli sukan sekarang tak ada semangat patriotik. terlalu dimanjakan oleh kerajaan dengan imbuhan yang tak masuk akal, menang sekali tapi ganjarannya melimpah ruah terutamanya kepada kaun bukan melayu. Contohnya pelumba basikal dari terengganu, boleh kira top 5 di dunia tapi diabaikan, dengan rumah beliau di kampungnya hampir nak rebah tapi kerajaan tak nampak. tapi bagi ahli sukan bangsa lain baru menang sekali, kerajaan boleh bagi rumah, tanah, bonus dibayar elaun yang tinggi lepas tu entah kemana, permainan jadi haprak. apa nak dihairankan, semuanya dah dapat. Permainan pun makin menjunam – semua ganjaran wa sulah lapat apa mau main butut-butut, cincai sulah. Itu pun masih di timang-timang lagi oleh kerajaan dan badan-badan sukan negara.