Profile : Juande Ramos - Pengurus Totenham
By KakiBangku • Nov 10th, 2007 • Category: Liga England, PengurusJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.
Dengan pemecatan Martin Jol, Totenham kini diuruskan oleh pengurus baru yang didatangkan khas dari Sepanyol, Juande Ramos. Sebelum ini, Ramos adalah pengurus pasukan Sevilla, di mana dia mencipta nama sebagai pengurus yang berkebolehan. Untuk peminat Totenham, BorakBola.Net memprofilkan Juande Ramos dengan lebih terperinci supaya kita tidak tertanya-tanya mengenai pengurus baru Totenham ini.
Jom kita selongkar, bongkar dan gali maklumat pengurus baru yang bakal menyerikan lagi Liga England untuk musim ini.
- nama penuhnya ialah Juan de la Cruz Ramos Cano
- pernah menjadi pemain bola sepak sebelum kecederaan pada kaki yang menamatkan kariernya pada umur semuda 27 tahun
- memulakan karier sebagai pengurus bola sepak dengan kelab dari Sepanyol iaitu Elche (untuk pasukan ‘B’)
- dari Elche, Ramos kemudiannya mengurus kelab Alcoyano dan seterusnya kelab Levante UD
- mula mencipta nama apabila memenangi 13 perlawanan berturut-turut bersama kelab Levante UD
- dalam beberapa tahun berikutnya, Ramos mengurus pasukan Barcelona ‘B’, Rayo Vallecano dan Malaga.
- setelah Malaga, Sevilla pula mendapatkan khidmat Ramos. Bersama dengan kelab inilah, dia mula benar-benar mencipta nama sebagai seorang pengurus bola sepak yang berbakat besar.
- musim pertama bersama Sevilla, Ramos telah berjaya membawa Sevilla menduduki tangga ke 5 liga.
- pada musim pertama di bawah kendalian Ramos juga, Sevilla telah berjaya menjuarai Piala UEFA dengan membelasah Middlesbrough 4-0
- tambah manis apabila Sevilla berjaya memenangi Piala Super Cup (juara Piala UEFA menentang Juara Champions League) apabila membelasah Barcelona 3-0
- pada musim kedua Ramos, sekali lagi Sevilla berjaya menambah koleksi piala dengan Piala UEFA dan juga Piala Copa del Rey.
- Sevilla menamatkan musim kedua di bawah pimpinan Ramos di tangga ke 3 Liga Sepanyol
- menyertai barisan pengurusan Totenham setelah pemecatan Martin Jol
- dilaporkan menerima bayaran kedua tertinggi di kalangan para pengurus apabila bersetuju mengantikan Martin Jol
- perlawanan pertamanya untuk Totenham berkesudahan dengan seri 1-1 menentang Middlesbrough
Sama-samalah kita tunggu dan lihat bagaimanakah perwatakan pengurus Totenham yang baru ini bakal menyerikan lagi Liga England terutamanya dengan pemergian Mourinho.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku
rasanye bro leh jd mcm Ramos..
setelah kecederaan dlman n pancit..
so mula jd pengurus bola utk umah kuning..
hheheehe :p