Profile: Fabrice ‘Fabolous’ Muamba.
By Tristan • Jan 3rd, 2008 • Category: Liga EnglandJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.
Kapten Bawah-19 England ini kerap dibandingkan dengan Patrick Vieira, bekas kapten Arsenal. Akan tetapi, Muamba lebih versatil berbanding Vieira, malahan peratusan bentesannya yang tepat mengena sasaran adalah jauh lebih tinggi daripada Vieira. Muamba juga dikenali sebagai seorang pemain yang mempunyai stamina yang tinggi di kalangan pemain muda di kem Arsenal.
Muamba dilahirkan di Kishasha, Zaire pada tahun 1988. Reformasi nasional membawa kepada pertumpahan darah pada tahun 1994 menghalau bapak Muamba, seorang ahli politik yang berpengaruh keluar dari Zaire (kini dikenali sebagai Congo). Pada tahun 1999 seluruh keluarganya turut menurut jejak langkah bapak Muamba dan berhijrah ke England.
Muamba berhijrah ke England tanpa mempelajari sepatah pun Bahasa Inggeris kecuali ‘Thank you’, ‘I’m sorry’ dan ‘I’m hungry’ (dipercayai ayat English yang dipelajari Muamba seterusnya ialah ‘F*** you’ tetapi fakta ini masih tidak dapat disahkan oleh mana-mana pihak). Walaupun begitu Muamba tidak putus asa dan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan A-Level semasa tamat sekolah menengah.
Arsenal mengesan bakat Muamba semasa dia bermain bola sepak di sekolahnya. Dia menyertai akademi Arsenal pada 2002 dan menandatangani kontrak pro pada 2005. Menyedari peluang untuk Muamba menyerlah di skuad utama agak sukar, Arsene Wenger telah meminjamkan Muamba kepada Birmingham City pada tahun 2006. Ketika itu rakan seArsenalnya di Birmingham, Sebastian Larsson telah menandatangani kontrak tetap pada Januari 2007. Menyedari yang peluangnya untuk bermain dengan pasukan utama Birmingham lebih tinggi berbanding Arsenal, Muamba berpindah ke Birmingham dengan yuran perpindahan sekurang-kurangnya 4 juta pound.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
Tristan ialah seorang penyokong setia kelab Arsenal kerana 'beautiful football' yang digunakan dalam corak permainan mereka. Paling membenci apa-apa yang berkaitan dengan Manchester United.
Email this author | All posts by Tristan