Preview: Arsenal vs Manchester United

By Tristan • Nov 2nd, 2007 • Category: Liga England

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

Perlawanan yang paling dinanti-nantikan minggu ini. Tiada kelab di Liga Perdana Inggeris yang boleh melaungkan dengan lantang bahawa mereka punya kelab seteru segah sejarah dan pertentangan yang dilalui oleh kedua kelab ini. Pada awal musim lalu ramai peminat dan pengkritik bola sepak yang menyatakan bahawa Arsenal sedang mengalami zaman-zaman kejatuhan.

Berita yang TH14 menyertai Barcelona kerap mengisi muka akhbar setiap Jun. Cuma bezanya tahun ini, khabar angin tidak lagi bertiup. Angin musim panas berlabuh di Catalonia, membawa Thierry Henry bersamanya.

Walaupun Henry dianggap pemain yang punya sifat setia, terutamanya kepada Arsene Wenger yang dikenalinya semenjak zaman awal mereka di Monaco, pemergiannya ke Barcelona bagai sudah ditakdirkan.

Manchester United pula, segar dengan kemenangan Liga Perdana Inggeris musim lalu nampak masih dahagakan kemenangan. Owen Hargreaves, Nani dan Anderson dilamar untuk menambahkan lagi persaingan dalam pasukan yang sudah punya ramai pemain yang berbakat. Tidak cukup dengan itu, Carlos Tevez, yang menyerlah dengan pasukan picisan West Ham United turut diserapkan ke dalam skuad, membuktikan bahawa Alex Ferguson benar-benar serius ingin mempertahankan gelaran liga yang dirampas daripada Chelsea.

Dalam liga, kedua-dua pasukan kini mempunyai rekod yang setara dengan 8 kemenangan setiap satu. Seri dalam perlawanan Sabtu ini bukanlah satu pilihan kerana kedua-dua pasukan ingin memiliki bekalan yang mencukupi menjelang ke perlawanan Boxing Day. Sudah menjadi kebiasaan pasukan yang mampu membina momentum menjelang Krismas bakal menjulang piala Liga Perdana di penghujung musim. Tidak mengejutkan juga kerana hanya empat pasukan pernah menjulang piala rebutan tersebut. Konsistensi jelas menjadi ramuan utama untuk juara-juara.

Siapa yang akan pulang dengan 3 mata esok masih hangat didebatkan. Pasukan yang paling banyak menjaringkan gol (satu-satunya pasukan yang menjaringkan gol dalam SETIAP perlawanan musim ini) bertemu pasukan yang punya pertahanan ampuh yang baru melepaskan 4 gol dalam 10 perlawanan terakhir mereka. Manchester United pernah menunjukkan bahawa mereka mampu menang dengan konsep anti-football. Arsenal pula lebih matang pada musim ini, dengan gol-gol kemenangan lewat di hujung permainan.

Mentaliti kedua-dua pasukan juga berbeza. Manchester membina moral mereka dengan mengumpul rentetan kemenangan sedangkan Arsenal akan lebih berkeyakinan dalam permainan sekiranya mereka bermain dengan lancar. Perlawanan esok mungkin tidak menjurus ke arah permainan fizikal seperti di zaman Keane-Vieira sedikit masa dahulu, tetapi boleh dijangkakan penonton-penonton yang datang bertandang ke Stadium Emirates tidak akan kecewa dengan £50 ~ £90 yang mereka belanjakan.

Pemain tumpuan: Aleksander Hleb

Ramalan penulis: Arsenal 3-0 Manchester United

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , , ,

Tristan ialah seorang penyokong setia kelab Arsenal kerana 'beautiful football' yang digunakan dalam corak permainan mereka. Paling membenci apa-apa yang berkaitan dengan Manchester United.
Email this author | All posts by Tristan

One Response »

  1. 3-0 agak garang tue.aku rasa 2-2.fabregas 1 adebayor 1, rooney 2

Leave a Reply

Note: This post is over 8 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.