Preview: Liga England Minggu 13

By KakiBangku • Nov 10th, 2007 • Category: Liga England

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

Hujung minggu ini seperti biasa kita akan disajikan dengan perlawanan-perlawanan Liga England untuk kali yang ke 13. Dengan pertengahan minggu yang baik untuk kebanyakan kelab Liga England dalam pertandingan Liga Juara-Juara dan Piala Uefa, terutamanya buat Arsenal, Manchester United, Liverpool dan Bolton, dilihat perlawanan pada kali ini sebagai perlawanan yang bakal digunakan untuk meneruskan momentum kemenangan masing-masing. Tentunya yang menjadi tumpuan utama untuk minggu ini ialah pertarungan ‘derby’ di antara Sunderland dan Newcastle. Kedua-dua pasukan ini memerlukan kemenangan untuk menebus balik kekalahan yang dialami pada perlawanan lepas.

Pertemuan di antara Manchester United dan Blackburn juga tidak kurang menariknya. Mark Hughes, selaku pengurus Blackburn, pernah menerima tunjuk ajar semasa karier permainannya di bawah Sir Alex Ferguson. Pertembungan ini boleh dikatakan pertembungan di antara seorang guru dan pelajarnya.

Ini adalah ‘prediction’ saya untuk keputusan minggu ini. Jangan lupa tukar pemain Fantasy Football anda.

  • Sunderland v Newcastle (2-1)
  • Derby v West Ham (1-0)
  • Liverpool v Fulham (2-1)
  • Birmingham v Aston Villa (0-2)
  • Chelsea v Everton (2-1)
  • Bolton v Middlesbrough (2-2)
  • Man Utd v Blackburn (3-1)
  • Tottenham v Wigan (2-1)
  • Portsmouth v Man City (3-1)
  • Reading v Arsenal (0-2)

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , , , ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

5 Responses »

  1. ok2…mari kita lihat camner ngn prediction penulis begaye kite nih.hehe ^^

  2. leh tahan gak la akunya prediction.mengena gak sepam dua

  3. yahh.. predict la lagi utk minggu2 akan dtg..

  4. alamak terlupa nak buat minggu nie punya.nasib baik kali nie FA Cup.heheh

  5. Hye..ada sape2 minat ronaldo tak?

Leave a Reply

Note: This post is over 8 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.