Post-Mortem Pesta Bola Merdeka 2008

Filed under: Bola Sepak Malaysia by: KakiBangku

Pesta Bola Merdeka 2008 baru sahaja berakhir 2 minggu yang lepas. Pasukan tuan rumah, Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan dan terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas tewas kepada Vietnam pada penentuan sepakan penalti.

Antara perkara-perkara utama yang boleh diambil positif dan negatif untuk skuad kebangsaan bola sepak Malaysia pada pertandingan kali ini ialah:-

  • kebuntuan idea untuk membolosi gol lawan di dalam keadaan terdesak. Masalah ini ketara pada perlawanan akhir di mana pemain-pemain Malaysia kerap melambungkan bola tinggi ke kotak penalti Vietnam. Tidak ada kepelbagaian.
  • sifat over-confidence. Apabila membelasah lawan di peringkat kumpulan dan separuh akhir, pemain terlalu yakin akan menang mudah di perlawanan akhir. Akibatnya over-confidence ini memakan diri.
  • benteng pertahanan yang kukuk. Gabungan Zamani Misbah dan Aidil ternyata berhasil. Tiada gol yang diboloskan dari masa perlawanan biasa sepanjang temasya Pesta Bola Merdeka 2008 berlangsung.
  • penjaga gol Malaysia tidak diuji. Akibat ketumpulan jentera serangan lawan dan kehebatan centre back kita, keupayaan sebenar penjaga gol tak dapat ditentukan. Yang penting dia sangat lemah dalam sepakan penalti.
  • Sathia menyatakan rindunya pada khidmat Akmal Rizal. Mungkin kekurangan pengalaman di peringkat antarabangsa penyerang kita sekarang menyebabkan tewasnya Malaysia di perlawanan akhir.
  • tidak stick pada game-play. Mungkin nervous atau tertekan semasa perlawanan akhir, Malaysia nampak terlalu terdesak untuk menjaringkan gol sehingga kadang kala terlalu mempercepatkan permainan. Sathia perlu terapkan kekuatan mental yang lebih kepada pemain-pemain.
  • penyerang tidak tajam di depan pintu gol. Terlalu banyak peluang yang dilepaskan. Di perlawanan akhir misalnya, banyak peluang Indra Putra terhidang di depan mata. Sama ada reaksi yang terlalu lambat atau membuat keputusan yang salah menyaksikan peluang terlepas begitu sahaja.

Pada pendapat saya yang masih mentah dalam bola sepak Malaysia ini, pasukan yang dibentuk Sathia ini adalah antara pasukan terbaik yang Malaysia pernah ada. Walaupun Pesta Bola Merdeka 2008 hanya didatangi oleh pasukan-pasukan ranking rendah dan juga Under 23, namun mutu permainan negara kita boleh dikatakan jauh lebih meningkat berbanding dulu.

Kini kita sudah ada asas benteng pertahanan yang kukuh, kekuatan barisan tengah yang mantap dan penyerang yang mampu menjaringkan gol. Dengan Piala AFF bakal menjelang, Malaysia perlukan lebih banyak perlawanan persahabatan untuk memantapkan lagi persefahaman dan menimba pengalaman.

Kita tunggu dan lihat macam mana gaya persembahan skuad bola sepak Malaysia di Piala AFF Disember ini. Pastikan anda mengikuti kami untuk mengetahui jadual dan keputusan terkini Piala AFF kelak.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tags: , , ,

2 Responses to “Post-Mortem Pesta Bola Merdeka 2008”

  1. Lamwaiee Says:

    sbnrnya malaysia boleh bermain bagus…knapa pmilihan pemain tidak diambil berdasarkan prestasi semasa..apa dalam malaysia ni hanya muka2 2 ja ka layak sarung jersi malaysia??
    cara permainan mcm bdk sekolah….men short sudah la…bukan ada stamina pum nk p kejar bola klu pass jauh2

  2. Ore klate Says:

    :x Saya harap Malaysia berlatih lebih gigih lagi dengan vietnam boleh kaloh.Semoga menang lain kali :cry:

Leave a Reply