
Roman mengamuk!!Itulah berita yang kami dengar.Ini bukan mengamuk pukul orang tetapi ura-ura mengatakan dia mengamuk dengan meperuntukkan jumlah wang yang besar untuk membeli ketiga-tiga pemain ini.Benarkah sumber yang kami terima ini?
Jika benar,maka kita mungkin akan melihat aksi Pirlo,Ribery dan Aguero dalam EPL. Jika benar maka semakin gerunlah “Big Four” yang lain dan semakin sukarlah untuk Man Utd mengekalkan kejuaraan EPL dan semakin sukarlah untuk Liverpool atau Arsenal untuk merangkul Piala Liga. Tetapi apa yang pasti Ancelloti mahu mendapatkan khidmat Pirlo,pemain yang pernah dibimbing nya di AC Milan.Kelibat Pirlo menyarung jersi Chelsea memang boleh direalisasikan,tetapi tidak mustahil juga untuk melihat Ribery dan Aguero beraksi untuk Chelsea.Memang Roman mengamuk…yearghhh!!
